Monday, March 30, 2015

Plan Pendidikan Untuk Anak Tersayang.

PELAN SMARTLINK PRUBSN TAKAFUL ADALAH SATU PELAN SUMBANGAN BERKALA BERKAITAN PELABURAN YANGDI REKA UNTUK MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN SERTA MEMBINA DANA PENDIDIKAN YANG KUKUH UNTUK ANAK ANDA.

DENGAN SUMBANGAN MINIMUM RM50.00 SEBULAN.PELAN YANG BERPATUTAN INI DI SEDIAKAN UNTUK ANAK ANDA YANG BERUMUR DI ANTARA 1 HINNGA 18 TAHUN .PELAN SMARTLINK TAKAFUL PRUBSN ADALAH FLEKSIBEL DI MANA ANDA BOLEH MEMILIH SAMA ADA PELAN TERSEBUT MATANG APABILA ANAK ANDA MENCAPAI UMUR 25 TAHUN ATAU ANDA BOLEH MELAKUKAN PERANCANGAN MASA HADAPAN SUPAYA IA TAMAT TEMPOH PADA UMUR 80 ATAU 100 TAHUN.

KITA LIHAT CONTOH PERJALANAN SESEORANG BERMULA DARI KELAHIRAN

SENARIO 1





AZMI TELAH MEMBELI SEBUAH PELAN PENDIDIAN KEPADA ANAK TERSAYANGNYA, AZMAN DENGAN CARUMAN SEBANYAK RM200 SEBULAN.


BERMULA NYA PELAN PADA UMUR 1 TAHUN, DAN AZMAN DI LINDUNGI DENGAN PELAN PENDIDIKAN SEPERTI DI BAWAH:




SETERUSNYA PERJALANAN HIDUP AZMAN SEBAGAI PELAJAR TAHUN 1 HINGGA UMUR 17 TAHUN DI PERINGKAT MENENGAH….ALHAMDULILLAH KEPUTUSAN SPM AZMAN BOLEH DIKATAKAN CEMERLANG.

PADA USIA 18 TAHUN AZMAN DISERAP KE MATRIKULASI AWAM. KECERMELANGANNYA BERTERUSAN SEHINNGA DIA MENDAPAT KEPUTUSAN 3.97 CGPA..UNTUK MENERUSKAN KE PERINGKAT IJAZAH SARJANA

DI PERINGKAT IJAZAH AZMAN TELAH MEMILIH PENGAJIAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN MEMILIH UNIVERSITI SWASTA UNITEN.. DI UNITEN AZMAN MENDAPAT “SCHOLARSHIP” DARI MULA TAHUN PERTAMA HINGGA TAHUN AKHIR DI UNIVERSITI TERSEBUT KERANA KEPUTUSAN CEMERLANGNYA.

EN AZMI TELAH MEMUTUSKAN DIA TIDAK AKAN MENGELUARKAN DANA PENDIDIKAN ANAKNYA UNTUK TUJUAN PENDIDIKAN.TETAPI MEMILIH UNTUK MENYAMBUNG PELAN TERSEBUT UNTUK TUJUAN LAIN.

PADA UMUR 25 TAHUN PELAN PENDIDIKAN AZMAN TELAH PUN MENJANA SEBANYAK RM 25,000..DAN AZMAN JUGA INGIN MENAMATKAN ZAMAN BUJANG NYA PADA UMUR TERSEBUT..

BAGI EN AZMI INILAH MASA YANG SESUAI UNTUK MENGELUARKAN DANA YANG TELAH TERKUMPUL SELAMA 25 TAHUN UNTUK ANAK KESAYANGAN NYA AZMAN..ALHAMDULLAH..EN AZMI MENGGUNAKAN SEBAHAGIAN DARI SIMPANAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA..DAN AZMAN MENGGUNA KAN SIMPANAN SELEBIHNYA UNTUK MEMULAKAN KEHIDUPAN SEBAGAI SUAMI.

BERBEZA DENGAN KAWAN-KAWANNYA YANG TERPAKSA MEMBUAT “PERSONAL LOAN” UNTUK TUJUAN PERKAHWINAN.

AZMAN BOLEH MEYAMBUNG SIMPANAN NYA UNTUK SIMPANAN HARI TUA HINGGA UMUR 80TAHUN ATAU 100 TAHUN

SENARIO 2




PN LATIFAH TELAH MEMILIH SEBUAH PELAN PENDIDIAN KEPADA ANAK TERSAYANGNYA, SHARIFAH DENGAN CARUMAN SEBANYAK RM250 SEBULAN

BERMULA NYA PELAN PADA SHARIFAH DI LINDUNGI DENGAN PELAN PENDIDIKAN SEPERTI DI BAWAH:




PADA SEUSIA 5 TAHUN ANAK PEREMPUAN NYA SHARIFAH TELAH PUN DI MASUK KAN KE HOSPITAL AMPANG PUTERI DISEBAB KAN DEMAM DENGGI YANG AGAK SERIUS..SHARIFAH TELAH DIRAWAT SELAMA SEMINGGU DI HOSPITAL TERSEBUT,DAN SEGALA BILL HOSPITAL SHARIFAH TELAH DI TANGGUNG OLEH SYARIKAT PRUDENTIAL TAKAFUL BSN SEBANYAK RM 7000.00


MUJUR PUAN LATIFAH MEMBELI BENEFIT KAD PERUBATAN + SAVING UNTUK ANAKNYA..PADA UMUR ANAK NYA 19 TAHUN SELEPAS MENAMATKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT STPM,PUAN MENGELUARKAN SEMUA SIMPANAN ANAKNYA UNTUK MENAMPUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT IAJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI TEMPATAN

SENARIO 3



EN. FARID MEMBELI SEBUAH PLAN EDUCATION UNTUK ANAK NYA FUAD YANG BERUSIA 2 TAHUN,BERHARGA RM150 SEBULAN..

SELEPAS 3 TAHUN KEMUDIAN ,MALANG TIDAK BERBAU,EN FARID MENGALAMI KEMALANGAN JALAN RAYA YANG AGAK SERIUS..AKIBAT DARIPADA ITU,EN FARID TELAH LUMPUH SELURUH BADAN..

WALAUPUN EN FARID TIDAK MENGAMBIL INSURAN UNTUK DIRINYA..EN FARID TIDAK PERLU MEMBAYAR LAGI PELAN ANAKNYA . INI KERANA BERDASARKAN REPORT DARI DOCTOR DAN HOSPITAL ,EN FARID TELAH MENGALAMI LUMPUH DAN TIDAK MAMPU UNTUK BEKERJA DAN MENYARA ANAKNYA FUAD..

DISEBAB KAN EN FARID SEBAGAI PAYOR ATAU PEMBAYAR BAGI POLISI TERSEBUT …EN. FARID TIDAK PERLU MEMBAYAR LAGI PELAN ANAKNYA KERANA PREMIUM PELAN ANAKNYA TELAH DI BIAYAI OLEH PRUDENTIALBSN TAKAFUL

PELAN ANAKNYA AKAN DIBIYAI OLEH SYARIKAT PRUDENTIAL BSN TAKAFUL SEHINGGA UMUR ANAKNYA 25TAHUN..

Monday, March 23, 2015

Jangan gadai harta

Kalau tiada takaful peribadi, anda sanggup gadaikan harta anda semata2 untuk bayar bil hospital? Nasihat saya, jangan la. Jangan. Jangan x gadai, sebab kesihatan itu penting. Kalau taknak ikut nasihat saya, ambil la takaful awal2 ye.

Sunday, March 22, 2015

3 Sebab Kenapa Takaful Penting Kepada Anda

Skim Takaful bukan seperti mana yang anda fikirkan, bukan sekadar seorang agent mengetuk pintu rumah anda untuk menjual polisi bagi melindungi anda daripada sebab kemalangan sahaja.

Skim Takaful adalah lebih daripada itu, ianya memberi jaminan perlindungan apabila kita meninggal dunia dengan manfaat Khairat dibayar pada waris kita.Tetapi berapa ramaikah diantara kita sudah mendapatkan perlindungan ini?Rata-rata yang kita lihat, masih ramai lagi diantara kita yang tiada perlindungan Takaful. Apakah sebabnya?

1) Tiada pengetahuan langsung.. apa itu Takaful..
2) Mereka rasakan Takaful itu tidak perlu .. dan melihat ianya sebagai bebanan bayaran tambahan yang perlu dikeluarkan..selain dari bil-bil yang telah sedia ada..Adakah mereka tahu bahawa jika mereka bermula lebih awal… semasa muda.. mereka mendapat lebih manfaat perlindungan berbanding semasa mereka sudah tua kelak..

Berikut adalah alasan kenapa kita memerlukan Takaful

Alasan 1
Adakah kita mempunyai berbagai-bagai bil atau bayaran hutang yang perlu di lunaskan pada setiap bulan?? Ini adalah alasan besar kenapa kita memerlukan Takaful supaya segala bayaran bil dan hutang tadi terbayar andainya kita telah tiada.. dan waris kita tidak dibebani lagi oleh hutang kita.

Alasan 2
Anda muda, gagah dan sihat sekarang? Tiada berpenyakit? Jadi inilah masa yang terbaik untuk mendapatkan Takaful. Bayaran sumbangan anda adalah kecil bermula dari sekarang hingga anda berumur 65 tahun.. dan ianya adalah sebagai simpanan persaraan anda nanti.. lagi awal anda bermula takaful adalah lebih bagus… kerana anda tidak perlu risau lagi jika anda mendapat penyakit yang serious akan datang .., kerana anda telah dilindungi Takaful… Orang yang sudah berpenyakit memang tiada sebarang syarikat insuran atau takaful yang akan menerimanya. Kata orang.. ambillah pelan Takaful sekarang… semasa ia menerima kita, jangan sampai semua syarikat takaful dan insuran sudah tidak menerima kita apabila kita telah menghidap penyakit.. ketika itu kita akan menyesal kelak….

Alasan 3
Adakah anda berkahwin? Adakah anda sayang isteri anda? Jadi.. perlukah anda tinggalkan isteri dan anak-anak anda dengan kesusahan setelah ketiadaan anda? Bayangkan jika kita tiada perlindungan Takaful, ditakdirkan kita mengidap kanser 6 bulan akan datang… dan meninggal selepas 18 bulan kemudian. Kita terpaksa tinggalkan isteri dan 2 orang anak kita meneruskan hidup mereka dengan ketiadaan sumber kewangan… bagaimanakah mereka hendak menyara hidup mereka? Membayar bil-bil dan hutang peninggalan kita… Inikah yang patut kita tinggalkan untuk mereka? Cuba fakir-fikirkan….Banyak lagi alasan-alasan lain kenapa kita perlukan Perlindungan Takaful!

Jangan tangguh lagi. Sediakan plan takaful untuk diri anda sendiri, untuk keluarga, dan setiap insan yang anda sayang.

Shahrul Afzam
Prudential BSN Takaful
0194552664

Wednesday, March 18, 2015

Kenapa PruBSN Takaful?

Sebab utama ialah bukan semua takaful sama ..

Takaful adalah dari bahasa arab yang bermaksud insurans. Syarikat takaful di malaysia ada banyak, jadi takaful ini cuma nama am, bukannya kalau kata takaful , ada satu syarikat aja. Di Malaysia ada Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful (dulu nama Takaful Nasional) dan Prudential BSN Takaful.

Apakah yang membezakan setiap takaful ini?

1. Sistem
Cara bagaimana data2 client disimpan, cara bagaimana pengendalian syarikat, cara bagaimana menguruskan data base client yang berjuta-juta orang. Sistem dan Pengurusan data client prudential terkini dan centralize. Jika anda register insurans/takaful hari ini, esok dah masuk sistem. Sistem ini diupdate setiap hari.

2. Agent/Walk-in/telefon
Ada insurans/takaful yang menggunakan cara walk-in , boleh beli sahaja insurans di bank/premis. Maksudnya macam kita beli baju di kaunter, bayar then u get the product. Atau beli melalui operator yang call. Pada saya, satu kelemahan jika anda beli cara walk-in tanpa ejen, pada masa anda ingin buat claim, semua urusan harus dilakukan sendiri. Bayangkan kalau ketika itu anda sedang terbaring, macamana nak buat claim??

3. Latihan/Training pada ejen
Prudential sangat menitik berat berkaitan dengan pembangunan dan perkembangan setiap ejennya. Disebabkan itu setiap ejen Prudential diwajibkan menghadiri kursus yg berkaitan minimum 30 CPD setiap tahun seperti disarankan oleh Bank Negara.

4. Produk
PruBSN Takaful adalah merupakan satu-satunya syarikat takaful yg menyediakan in-house medical card iaitu bukan 3rd party Medical card maksudnya, semua bayaran dan proses kemasukan wad diuruskan sendiri oleh Prudential dan tidak menggunakan pihak ke-3. Jadi tidak hairanlah jika dikatakan bahawa PruBSN merupakan membayar claim medical terbanyak di antara penyedia takaful di Malaysia sekarang ini.

5. Syariah Compliant
Yang paling UTAMA ialah produk PruBSN ialah menepati kriteria yang ditentukan oleh syariah.

Tuesday, March 17, 2015

Info PruBSN Takaful

Assamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang kepada anda semua. Laman ini direka khas untuk sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pelan-pelan takaful dari Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN).

Antara maklumat yang anda boleh perolehi di laman web ini ialah:

  • Pelan Takafulink atau Cerdik (Dewasa atau Pendidikan)
  • Medical Card PruBSN Takaful
  • Soal jawap (FAQ)
  • Maklumat semasa mengenai industri insurans atau takaful dan sebagainya
Prudential Assuranse Malaysia Berhad telah menjalinkan kerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menghasilkan produk takaful plan ini...Takaful plan ini khas untuk masyarakat beragama Islam dan bukan beragama Islam dan ianya adalah menepati syarat2 syariah (syariah compliant). Takaful Plan ini telah dilancarkan pada bulan November 2006. 

MANFAAT YANG DIPEROLEHI...Dengan premium bulanan dari serendah RM4 sehari, anda akan mendapat banyak manfaat dengan takaful plan prubsn ini...antara manfaat-manfaat yang bakal anda perolehi apabila menjadi peserta dalam takaful plan prubsn ini adalah seperti berikut :

1) manfaat kematian (death benefit)
2) manfaat penyakit kritikal (critical illnes)
3) manfaat kemalangan diri ( accidental death & disablement)
4) manfaat perubatan (medical cover/ medical card)
5) manfaat hospital (hospital benefit)
6) manfaat perlindungan pendapatan akibat penyakit kritikal (crisis cover income)
7) manfaat perlindungan pendapatan mingguan (weekly indemnity)
8) manfaat polisi percuma (contributor/disability provider)

Monday, March 16, 2015

Medical Card & Hospital Benefit



Medical Card PruBSN Takaful adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.

Antara kelebihan Medical Card PruBSN Takaful adalah seperti berikut :

Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70 tahun atau 100 tahun yang tinggi
Had seumur hidup bernilai antara RM500,000 hingga RM2,500,000*.
Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
Penjagaan jururawat di rumah
Elaun kemasukan ke wad (maximum RM400/day)
Elaun pembedahan (maximum per operation procedure bermula dari RM2,500 - RM12,500)
Elaun bagi cuti sakit “weekly indemnity” (minimum cuti sakit selama seminggu)
Pembedahan balik hari (Day Surgery)
Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
Rawatan Dialisis buah pinggang
Rawatan Kanser
Jaminan pembaharuan sehingga umur 70 tahun atau 100 tahun
Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
Dan banyak lagii......
* Pakej terbaru daripada Takaful Health2 bermula Oct 2011.
Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat Medical Card.



Perhatian :

Manfaat Medical Card ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :

1- Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.
Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation
(300 <= ko-takaful :10% <=1000)

Contoh 1 :
Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN bayar selebihnya iaitu RM 1,700

Contoh 2 :
Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.

Contoh 3 :
Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas. Untuk maklumat lanjut atau penerangan yang lebih jelas, anda boleh hubungi saya di 019-4552664(Shahrul)
2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.

Nota Penting :
Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas polisi lulus.

Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus. Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut :

Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
Diabetes Mellitus
Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
Hernia, buasir atau fistula
Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin
Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sedia wujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.

Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perlajanan.

Sertai sekarang atau untuk maklumat lanjut hubungi saya 019-4552664(Shahrul)

Sunday, March 15, 2015

Manfaat PruBSN Takaful

1. Bebas dari tekanan yang bakal dihadapi jika suatu hari nanti dimasukkan ke dalam wad hospital. Tunjuk sahaja kad perubatan takaful dari PruBSN dan hospital panel akan selesaikan masalah bil secara online dengan pihak Prudential BSN.

Nilai minima yang dilindungi adalah minimum sebanyak RM500,000 untuk seumur hidup. Nilai ini boleh ditingkatkan (mengikut bayaran premium) sehingga RM2.5 juta.

Kos permulaan premium bulanan hanya RM120 untuk dewasa (Takafulink - Retirement Plan) dan RM100 untuk kanak-kanak. (Takaful cerdik – Education Plan).

2. Simpanan untuk anak-anak dan famili tersayang. Bayangkan jika terjadi sesuatu pada kita nanti, sekurangnya pihak Prudential akan membayar sejumlah pampasan kematian kepada famili kita sebanyak yang kita ambil walaupun baru sebulan kita menyertai pelan ini. Tak payah lagi menunggu bertahun tahun untuk menyimpan duit sebanyak itu, contohnya RM50,000.

Kita tidak sanggup tinggalkan famili kita susah semasa ketiadaan kita untuk menyara hidup dan membayar bil bil hutang kita.
Sanggupkah kita biarkan anak anak kita terbiar begitu saja?

Hadis riwayat Al-bukhari;-
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

3. Premium bayaran bulanan menjadi percuma dan dapat pampasan tunai yang banyak (Cth: RM50,000) sekiranya pemegang polisi terkena salah satu 36 penyakit kritikal.

4. Prudential akan bayar premium bulanan sehingga tamat polisi. Pembayar tidak perlu bayar lagi tapi masih dapat manfaat seperti sediakala.

5. Jika berlaku kemalangan yang tidak diduga seperti terjatuh tangga, terlanggar sesuatu, terlanggar kereta dan sebagainya, anda boleh pergi kemana-mana klinik untuk buat rawatan dan dapat claim balik harga bayaran klinik tersebut.

6. Elaun harian yang besar maximum RM400 sehari jika masuk hospital dan jika ada pembedahan, elaun pembedahan diberikan mengikut jenis pembedahan dan juga elaun kemasukan ke ICU.

7. Manfaat lain seperti crisis cover income, medical reimbursement accident, dll.

8. Pengecualian cukai pendapatan RM6,000 bagi KWSP dan life insurance.

9. Pengecualian cukai pendapatan RM3,000 bagi education and medical insurance).

Saturday, March 14, 2015

Konsep Takaful

Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Tahap kehidupan yang berubah-ubah.

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

- Berdasarkan Syariah
Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

- Komprehensif
Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

- Pulangan pelaburan yang tinggi
Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda
Dana Ekuiti
Dana Urus
Dana Aman

Friday, March 13, 2015

Tempoh Matang Medical Card

Jika anda baru sahaja menerima sijil Takafulink beserta Kad Perubatan, anda telah di lindungi daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan. Namun bagi penyakit-penyakit biasa dan beberapa penyakit tertentu, anda perlu menunggu untuk beberapa tempoh masa tertentu sebelum mendapat perlindungan sepenuhnya. Sila rujuk rajah berikut:



Penerangan

1) Tarikh Kuatkuasa - Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja.

2) Selepas 1 bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.

3) Selepas 3 bulan - Kad boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad Tanpa Deposit dan Tanpa perlu membuat tuntutan

4) Selepas 4 Bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik.

Secara ringkas, Kad ini tidak memberi perlindungan penuh secara serta-merta. Oleh itu, jika anda fikir kad ini dapat membantu di masa-masa kecemasan, jangan bertangguh lagi untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila sebenarnya ia akan di perlukan.