Showing posts with label #awareness. Show all posts
Showing posts with label #awareness. Show all posts

Tuesday, July 19, 2016

Sebelum Tidur...

CUBA TANYA ISTERI SEBELUM TIDO NANTI
kalau one day saya dah takde, datang ejen takaful bawak cek RM500,000 untuk awak dan anak anak, awak akan terima tak cek tu?
jika jawapannya "mestila", "takkanlah nak tolak", "kalau dah hak kita, ambillah"..itu petanda suami kene kena ambil satu pelan takaful.


CUBA TANYA SUAMI SEBELUM TIDO NANTI
kalau one day saya dah saya pergi dulu, datang ejen takaful bawak cek RM500,000 untuk awak dan anak anak, awak akan terima tak cek tu?
jika jawapannya "mestila", "takkanlah nak tolak", "kalau dah hak kita, ambillah"..itu petanda isteri kene kena ambil satu pelan takaful.

Pesan kat dia, duit tu bukan untuk HANTARAN KAWIN DIA DENGAN PEREMPUAN LAIN.


-SAM-
Islamic Financial Planner
019-4552664

Sunday, September 20, 2015

Ambil awal. Itu lebih baik

Faktor umur memberi kesan besar terhadap harga polisi kita. Semakin awal umur kita mengambil polisi, semakin cerah peluang kita untuk mendapatkan harga polisi dengan coverage manfaat yang bagus dengan harga yang murah. Paling mudah saya berikan contoh, jika kita mengambil polisi ketika berumur awal 20-an kita masih berpeluang untuk mengambil polisi dengan harga yang murah dengan manfaat yang lebih banyak, tetapi jika kita baru nak mengambil polisi pada umur 30-an, kita mungkin tidak dapat manfaat yang sama seperti pada umur 20-an tadi dengan harga yang sama.


Ini kerana, semakin berumur seseorang, semakin meningkat risiko untuk mendapat masalah kesihatan. Semakin meningkat risiko, maka semakin tinggi peluang kita untuk mendapatkan rawatan dengan kerap. Sudah tentu syarikat insuran tdak mahu menanggung orang yang sudah pastinya sakit bukan? Tetapi rasa2 ada kemungkinan kita sakit tak nanti? Tunggu apa lagi? 😀

Ada yang nak tahu2 tentang Prudential BsN Takaful???
Pm.


Siapa sangka kos perubatan setinggi ini.

Sekali kena sound dgn prospek daaa...kita bg la plan yg plng murah kat dia, sbb dh terbiasa mcm tu..jumpa prospek je mesti nk yg byran bulanan plng murah...sekali jumpa prospek ni dh ada kesedaran tentang perlindungan takaful & medical card...nk yg coverage 4juta..byr mhl xpe katanya sbb bnda ni perlu dan penting...I salute u bro..Alhamdulillah tahniah sbb tahu takaful ni penting.

Monday, June 22, 2015

Pedulikah Kita?




Pedulikah kita dengan orang di sekeliling kita? Sejauh mana dan berapa lama kita dapat membantu mereka? Adakah kita pernah mengambil iktibar?

Hidup ibarat roda yang berputar, kita bukan sentiasa berada di atas.

Bagaimana sekiranya kita sendiri yang ditimpa musibah? Siapakah yang dapat membantu kita? Perancangan Yang Maha Esa sememangnya sempurna, tetapi kita kenalah berusaha.

"Beringat sebelum kena, bukan sudah terkena baru teringat-ingat"

Shahrul Afzam
PruBSN Takaful
0194552664

Sunday, June 21, 2015

Semoga Menjadi Iktibar

Suatu penegasan di sini, "pemilikan polisi takaful adalah tertakluk utk ORANG YANG SIHAT, MASIH SIHAT & SEDANG SIHAT SHJA".. tidak lyk apply utk yg sudah sakit, ada sakit & ad simptom2 sakit.. mohon ambil tahu ye ~



if nak tahu apa sebab kena apply dg syarat SIHAT, meh pm kte jmpa sy explain.. x kna byr, sharing utk ambil tahu je, deal? 0194552664

Sunday, March 22, 2015

3 Sebab Kenapa Takaful Penting Kepada Anda

Skim Takaful bukan seperti mana yang anda fikirkan, bukan sekadar seorang agent mengetuk pintu rumah anda untuk menjual polisi bagi melindungi anda daripada sebab kemalangan sahaja.

Skim Takaful adalah lebih daripada itu, ianya memberi jaminan perlindungan apabila kita meninggal dunia dengan manfaat Khairat dibayar pada waris kita.Tetapi berapa ramaikah diantara kita sudah mendapatkan perlindungan ini?Rata-rata yang kita lihat, masih ramai lagi diantara kita yang tiada perlindungan Takaful. Apakah sebabnya?

1) Tiada pengetahuan langsung.. apa itu Takaful..
2) Mereka rasakan Takaful itu tidak perlu .. dan melihat ianya sebagai bebanan bayaran tambahan yang perlu dikeluarkan..selain dari bil-bil yang telah sedia ada..Adakah mereka tahu bahawa jika mereka bermula lebih awal… semasa muda.. mereka mendapat lebih manfaat perlindungan berbanding semasa mereka sudah tua kelak..

Berikut adalah alasan kenapa kita memerlukan Takaful

Alasan 1
Adakah kita mempunyai berbagai-bagai bil atau bayaran hutang yang perlu di lunaskan pada setiap bulan?? Ini adalah alasan besar kenapa kita memerlukan Takaful supaya segala bayaran bil dan hutang tadi terbayar andainya kita telah tiada.. dan waris kita tidak dibebani lagi oleh hutang kita.

Alasan 2
Anda muda, gagah dan sihat sekarang? Tiada berpenyakit? Jadi inilah masa yang terbaik untuk mendapatkan Takaful. Bayaran sumbangan anda adalah kecil bermula dari sekarang hingga anda berumur 65 tahun.. dan ianya adalah sebagai simpanan persaraan anda nanti.. lagi awal anda bermula takaful adalah lebih bagus… kerana anda tidak perlu risau lagi jika anda mendapat penyakit yang serious akan datang .., kerana anda telah dilindungi Takaful… Orang yang sudah berpenyakit memang tiada sebarang syarikat insuran atau takaful yang akan menerimanya. Kata orang.. ambillah pelan Takaful sekarang… semasa ia menerima kita, jangan sampai semua syarikat takaful dan insuran sudah tidak menerima kita apabila kita telah menghidap penyakit.. ketika itu kita akan menyesal kelak….

Alasan 3
Adakah anda berkahwin? Adakah anda sayang isteri anda? Jadi.. perlukah anda tinggalkan isteri dan anak-anak anda dengan kesusahan setelah ketiadaan anda? Bayangkan jika kita tiada perlindungan Takaful, ditakdirkan kita mengidap kanser 6 bulan akan datang… dan meninggal selepas 18 bulan kemudian. Kita terpaksa tinggalkan isteri dan 2 orang anak kita meneruskan hidup mereka dengan ketiadaan sumber kewangan… bagaimanakah mereka hendak menyara hidup mereka? Membayar bil-bil dan hutang peninggalan kita… Inikah yang patut kita tinggalkan untuk mereka? Cuba fakir-fikirkan….Banyak lagi alasan-alasan lain kenapa kita perlukan Perlindungan Takaful!

Jangan tangguh lagi. Sediakan plan takaful untuk diri anda sendiri, untuk keluarga, dan setiap insan yang anda sayang.

Shahrul Afzam
Prudential BSN Takaful
0194552664