Good Nite semua.. Lama sy x berFB.. Masa byk hbs menguruskan kesihatan.. kesihatan x mengizinkan..
Just nak pesan kat kawan2.. Pentingnya anda miliki 1 Kad kesihatan/ insuran kesihatan..
3 tahun yang lalu.. Sy Ambil kad kesihatan.. Ceupecare... Saja suka2.. Riak x rasa pun keperluannya.. Tp ambil juga Sbb murah sangat.. Sebulan bayar rm28 shj.. Dia cover rm20,000 setahun.. Waktu ambil tu x pk pun akan sakit.. Rasa mcm badan ni buat dari besi.. Rasa akan sihat sentiasa.. Tahun kedua buat bayaran.. Rasa nak tamatkan je .. Berkali kali pk nk terminate je. X berbaloi bayar sbb x guna pun.. Dah 3 tahun x guna pun..Tp malas nk g office mrk.. So biar je la.. Terus potong dr gaji je. X rasa sgt la..
Kalau congak rm28 x 36 bulan bayar.. Jumlahnya rm1008.00 aku dah byr kat mereka..
Tanggal 4 nov.. Kaki aku paralyzed.. X leh gerak.. Kalau gerak rasa sakit gila.. mcm sakit gigi tahap maximun ( aku cakap sakit gigi sbb aku nak gambarkan mcm mana kaki aku sakit time tu.. Sbb sakit gigi adalah sakit yg tersangatlah sakit)
Aku x leh jalan.. X leh bangun.. Pukul 1 pagi.. Aku berusaha 10 minit untuk bangun.. Kekiri x boleh.. Meniarap x boleh.. Sambil menangis sakit giler.. Aku merangkak tepi dinding.. Capai sepasang baju.. Capai kunci kereta.. Merangkak ke kereta.. Drive ke columbia asia hospital.. Nasib baik keta auto.. Masih mampu drive.. Aku sampai.. Tekan hon n mnta guard bawa kerusi roda .. Aku x pk apa dah.. Swipe la kad bank sy.. Rawat la saya.. Saya x tahan dah sakit giler.. Insuran lulus x.. Sy pk kemudian..
Dr suntik pain killer paling kuat kat punggung n suntik ubat kat urat darah tangan.. Saya terus tidur.. Sedar sedar Bangun tido dah masuk wad. 2 hari pakai kerusi roda.. Duduk x selesa.. Sakit nya tuhan yg tahu.. Tido x selesa.. Pain killer setiap masa.. MRI hari hari .. Kalau tambah jumlah jam.. 4 jam aku duk dalam mesin MRI tu.... Cari punca sakit.. 20 keping gambar scan MRI.. Punca ditemui.. Aku rahsiakan..
Kos rawatan sy 3 hari kat sana rm5000.. N kad yg sy byr rm28 sebulan itulah yg melunaskan bil hospital sebanyak rm4994.. Sy just bayar rm6 sahaja sbb sy minta ubat yg x ada kaitan dengan sakit saya.. Itu baru 3 hari.. Lau lg lama puluhan ribu kot kena bayar..
Syukur sangat.. Kalau x kat mana la sy nak cari duit bayar bil tersebut..
Waktu sy merangkak kesakitan tu.. Sy x ingat pun nak call kawan2 sbb sy bkn jenis yg pandai mnta tolong.. Maybe sbb dah 14 tahun berdikari.. Lg pun dah pukul 1 pagi.. Semua mst dah tido.. Sy just pk hospital terdekat je..
Nyawa kita ni rapuh sgt2.. Sy mnta maaf pada semua yg sy pernah sakiti.. Moga kita semua damai di bumi pinjaman ini.. Amin amin amin..
Now dah register BSN PRUDENTIAL.. 400 sebulan.. Sanggup byr. Cover 4 juta.. Pampasan cacat kekal rm200000.. Meninggal or cukup umur dapat lak rm130,000
Sumber: FB Razak Rahim