Assalamualaikum w.b.t
Bagi yang bekerja makan gaji, duit gaji kadangkala cukup dan kadangkala dirasakan tidak cukup.
Semuanya bergantung kepada bagaimana kita menguruskan wang gaji yang diperoleh.
Ada yang tidak sampai hujung bulan, tapi dah habis duit gaji malah perlu berhutang pula.
Oleh itu, saya kongsikan tip kewangan peribadi dan keluarga bagaimana hendak jadikan duit gaji kita itu mencukupi sesuai dengan jumlah gaji yang diperoleh.
Tip Kewangan Peribadi – 5 Tip Cukup Duit Gaji
1. Dapat gaji, SIMPAN 10% dahulu sebelum BELANJA
Ini adalah peraturan wajib.
Sebelum anda ambil duit gaji anda untuk belanja harian, belanja dapur, bayar ansuran, bayar hutang dan sebagainya, SIMPAN 10 % dahulu gaji tersebut ke akaun simpanan anda.
Contohnya, gaji saya adalah di dalam akaun Bank Islam. Jadi, setiap kali gaji masuk, saya akan transfer sekurang-kurangnya 10% gaji saya ke akaun Tabung Haji saya.
Kemudian, barulah saya akan gunakan wang gaji tersebut untuk pelbagai urusan.
Jadi, anda seharusnya ada sekurang-kurangnya 2 akaun iaitu akaun bank untuk wang perbelanjaan dan akaun simpanan yang tidak boleh diganggu.
Bayangkan, jika gaji anda :
RM 1200 sebulan, 10% ialah RM 120 sebulan x 12 bulan = RM 1440 setahun
Dan anda telah bekerja selama 5 tahun, maka simpanan anda sudah RM 7200.
Jika gaji RM 2800, 10% ialah RM 280 sebulan x 12 bulan = RM 3360 setahun
Dan jika anda telah bekerja selama 5 tahun, maka simpanan anda sudah RM 16 800.
Bagi yang berniaga, sama juga, pastikan anda simpan sekurang-kurangnya 10% daripada keuntungan anda.
Amalan menyimpan ini sudah tidak menjadi rahsia, tetapi hanya segelintir sahaja yang mengamalkannya.
Bayangkan mereka yang telah bekerja bertahun-tahun, tetapi simpanan tidak bertambah dan masih tidak cukup wang.
Ini kerana tiadanya disiplin dalam menyimpan walaupun hanya 10% daripada gaji setiap bulan.
2. Ada perancangan kewangan
Perancangan kewangan amat penting bagi mengelakkan wang digunakan kepada perkara yang tidak sepatutnya.
Bahagikan siap-siap jumlah wang untuk setiap kategori perbelanjaan dan komitmen bulanan.
Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda RM 2000
Simpanan (10%) RM 200
Sewa rumah RM 300
Ansuran kereta RM 300
Bil elektrik/air RM 100
Makan minum RM 400
Sedekah RM 100
Ibu Bapa RM 200
Nafkah isteri /keluarga RM 300
Lain-lain (minyak, tol, sosial, luar jangka) RM 100
JUMLAH RM 2000
Dengan perancangan ini, anda akan tahu ke mana wang anda disalurkan.
Bagi lebih memudahkan, amalkan merekod dan mencatat perbelanjaan harian anda dalambuku kewangan khas yang anda buat.
Catat perbelanjaan anda pada hari tersebut dan semak kembali adakah ia telah melebihi jumlah yang sepatutnya. Jika ya, anda perlu seimbangkan kembali dengan perbelanjaan yang lain.
Sebarang lebihan wang, anda boleh simpan wang tersebut atau dibawa ke bulan hadapan.
3. Belanja ikut keperluan bukan ikut kemahuan
Tip ke 3 ini juga amat penting.
Belanja ikut keperluan dan bukan ikut nafsu kemahuan.
Ramai yang pantang tengok sesuatu perkara yang diminati, mereka akan segera dapatkannya.
Walaupun ia tiada dalam perancangan dan bukan sesuatu yang menjadi keperluan.
Antara sebab ramai yang tidak cukup duit gaji adalah pada tip ini.
Perlukah tukar handphone baru jika yang lama masih lagi ok dan boleh digunakan?
Perlukah langsir baru atau sekadar mengikut trend?
Mana lebih jimat makan dirumah atau makan di kedai setiap hari?
Makan satu dua lauk sudah cukup daripada makan banyak lauk dalam sesuatu masa?
Sport ring baru walaupun yang lama dah cukup cantik?
Dan banyak lagi, yang jika dipertimbangkan, banyak wang gaji kita dapat dijimatkan dan digunakan untuk keperluan yang lebih penting.
4. Minimumkan perbelanjaan
Apabila anda mengurangkan perbelanjaan dan jumlah komitmen bulanan anda, maka anda mempunyai lebih banyak wang lebihan setiap bulan.
Contohnya, jika bil air dan elektrik anda mencecah RM 150 setiap bulan, bagaimana anda dapat jimatkan dan kurangkan penggunaan elektrik dan air sehingga hanya RM 100 sebulan. Jadi, anda jimat RM 50 sebulan.
Sama juga, berbanding naik kereta ke tempat kerja, mungkin naik motor lebih praktikal dan lebih jimat minyak jika tempat kerja anda dekat sahaja.
Bil telefon atau topup, kurangkan call dan sms, atau boleh whatsapp sahaja. Atau pilih pelan telefon yang percuma untuk panggilan ke talian yang sama. Saya yakin, banyak wang anda dapat dijimatkan.
Bagi yang bujang pula, pilih rumah sewa yang lebih murah, berkongsi bilik atau duduk sahaja di kuarters jika ada.
Jika anda ingin membeli kereta pertama atau kedua, apa kata pertimbangkan kereta second hand yang lebih murah tanpa perlu bayaran ansuran bulanan sehingga bertahun-tahun.
Jadi, anda boleh jimat wang untuk simpanan atau pelaburan yang lain.
Terdapat pelbagai lagi cara yang dapat anda gunakan untuk mengurangkan kos dan komitmen bulanan anda.
Apa yang penting, adalah anda komited untuk mengurus kembali dan menilai semula perbelanjaan anda setiap bulan.
5. Amalkan menderma
Sudahkah anda peruntukkan sejumlah wang untuk anda dermakan setiap bulan?
Tahniah jika anda ada menderma, tetapi jika tiada, mulakan untuk menderma sedikit wang anda kepada mereka yang memerlukan.
Ini kerana, dengan menderma, Allah akan cukupkan keperluan anda dan tambahkan lagi berganda-ganda daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
Rezeki juga akan menjadi lebih berkat dan tidak bocor.
Wang yang sedikit dirasakan cukup apabila rezeki yang diperoleh itu berkat.
Sebaliknya, wang yang banyak tapi tidak berkat, pemiliknya tidak akan tenang dan ada sahaja masalah yang berlaku yang menyebabkan kebocoran wang seperti kereta rosak, kemalangan, musibah dan sebagainya.
Kesimpulan
Tip di atas ini bukanlah bermaksud anda terpaksa berlapar atau berkorban hidup dengan segalanya kurang, tetapi saya ingin mengajak untuk kita sama-sama menyimpan wang kita dan melihat kembali bagaimana kita menguruskan wang kita supaya sentiasa mencukupi dan menjadi lebih baik.
Semoga dapat kita amalkan 5 tip ini supaya duit gaji yang diperoleh setiap bulan cukup, dapat disimpan dan diberkati Allah hendaknya. Amin.
BONUS
6. Bina pendapatan sampingan dan pendapatan pasif
Daripada wang gaji juga, anda boleh mula membina pendapatan sampingan dengan berniaga kecil-kecilan di luar waktu kerja anda secara part-time.
Lihat apakah perniagaan yang sesuai dengan minat dan kepakaran anda dan pelajari ilmu perniagaan dengan mentor anda. Cari ilmu dan pengalaman berniaga dan insyaAllah anda akan dapat menjana pendapatan sampingan anda.
Selain itu, anda juga boleh mula membina pendapatan pasif dengan hartanah, saham, pelaburan emas dan lain-lain dengan syarat mula melabur untuk ilmu terlebih dahulu.
Pesanan saya, jangan gunakan wang simpanan anda untuk melabur, tapi gunakanlah wang lebihan sahaja dalam pelaburan anda.
Jika anda ada cara anda tersendiri menguruskan kewangan anda, silakan kongsikan bersama di bawah.
TAMBAHAN :
Berdasarkan soal jawab yang saya terima, ramai yang tidak cukup wang gaji dan tidak dapat menyimpan apabila perbelanjaan melebihi gaji yang diperoleh. Justeru, tip di bawah antara yang boleh saya rumuskan :
1. Kawal perbelanjaan setiap hari dan mula hidup berjimat cermat.
2. Mula mencari sumber pendapatan kedua, ketiga dan seterusnya yang boleh membawa masuk aliran pendapatan lain dan tidak bergantung semata-mata kepada gaji.
3. Keluar dari zon selesa. Kita akan mendapat hasil yang sama apabila kekal pada tahap dan rutin hidup yang sama. Keluar daripada hidup sekarang dan mula berusaha bertindak luar daripada biasa membuat perubahan sedikit demi sedikit. InsyaAllah hidup kita akan menjadi lebih baik.
4. Dekatkan diri dengan Allah mencapai takwa. Dengan takwa, Allah telah janjikan jalan keluar daripada segala masalah.
5. Banyakkan membaca dan menambah ilmu. Kemudian, amalkan ilmu yang ada untuk mendapat hasilnya. Ilmu dan idea yang tidak diamalkan tidak membuahkan sebarang hasil.
Salam kejayaan daripada saya.