Monday, November 22, 2010

Fakta Menarik Tentang Bill Gates


1. Bill Gates menghasilkan US$250 setiap saat,sekitar US$20 juta sehari dan US$7.8 milion setahun!

2. Jika dia kehilangan atau hilang US$1.000, dia tidak perlu susah2 lagi untuk mengambilnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengambil, dia sudah memperoleh penghasilan dalam jumlah yang sama.
3. Hutang nasional Amerika sekitar US$5.62 trilion, jika Bill Gates akan membayar sendiri hutang itu, dia dapat melangsaikannya dalam waktu kurang dari 10 tahun.

aset:Kereta dia kot..ni msti kete potong-sambung ni..sbb tu pnjg..ish2..

4. Jika Bill Gates dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi dia tetap dapat menyimpan US$5 juta sebagai wang sakunya.
5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.

baru je Grad..haha

6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara terkaya didunia iaitu ke 37 atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, bahkan melebihi kekayaan IBM.
aset:mahligai yang tersergam indah(xnmpk mcm indah pn)

7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1400 tahun dan menggunakan sejumlah 713 buah pesawat Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.
"duit dh byk, biler la aku blh pegi mekah ni"

8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita merumuskan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta per hari untuk menghabiskan semua wang.
9. Akan Tetapi!Jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun!
ni pn slh satu aset beliau..haha

p/s: aset mne paling menarik?eemmmm...............

Sunday, November 21, 2010

Adolf Hitler Murka diatas Apa Yang Berlaku

Rasenye tak perlu kot TTB nak upload balik video ni kat blog..wat menyemakk jer..nanti upload kang, buat malu mak bapak diorang je..lagipun video tu dah bersepah sarap kat fesbuk mahupun youtube. Dah ramai yang sebarkan apatah lagi yang memberi komen2 kritikan kat video tu.
merdekaaaaa....(xde kaitan)


Daripada comolot jadi jenglot kt tepi jalan tu, baik korang pegi umah psangan masing2, jumpa bibik mak bapak, then salam n cium tangan dorg..haa, mse tu, cium la puas2 smpai muntah..straight to the corner point, kawin je teros. Kan senang.. Tapi ble dah buat benda tu, mesti ramai yang sumpah seranah. Free2 je dapat tanpa internal charge..Bukan rakyat malaysia je, tapi sampai luar negara. Kat luar negara pon mengutuk serta mengecam hebat terhadap ape yang dilakukan oleh mamat n minah dlm vdeo tu..


Ini buktinya..
So, kepada mereka2 yang berkenaan, bawak2 ubat bartaubat. 

p/s: pakcik hitler MURKA di atas ape yang berlaku lantas menyebabkan beliau gering..

Saturday, November 20, 2010

Fitnah Terhadap Permaisuri Siti Aishah Terbongkar

Bismillahirrahmanirrahim...
Memandangkan kini TTB bermastautin di tanah Selangor, rase terpanggil untuk mengambil berat tentang isu2 yang berlaku disini apatah lagi pabila menyentuh isu yang berkaitan dengan kerabat diraja, insan yang patut disanjung tinggi
Pernah menyandang sebagai Raja Permaisuri Agong pada 6 April 1999 - 21 November 2001. 


Tau kan pasal isu ni?alaa, yang dicanang2kan dan ditimbulkan oleh UncleSeekers, sejak 2 November lepas sehinggalah last entry beliau pada 18 November. Semuanya entry berkenaan dengan isu YAM Permaisuri Siti Aishah yang dikatakan mempunyai hubungan "cinta syhh" yang karut lagi marut untuk tatapan umum. Satu perkara yang jelas ingin mengaibkan Permaisuri dan menjejaskan kredibiliti sesebuah insititusi diraja tanah melayu. (apsal ayat skema sgt ni??)


Pendedahan yang dilakukan oleh hamba Allah tu semuanya berunsur fitnah. TTB pernah dimaklumkan oleh seorang rakan mengenai isu ini beberapa hari lepas, namun tidak mudah bagi TTB tampil kehadapan untuk turut postkan isu ini. Kerana penulisan blog bukan hanya untuk meraih populariti semata2 dengan entry2 yang tidak masuk akal dan murahan. Sebaliknya ia patut disajikan dengan pelbagai fakta mahupun ilmu yang boleh disalurkan kepada orang ramai.

Friday, November 19, 2010

Kisah Sedih: Mana suami saya? Mana anak-anak saya?

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

Salam Aidiladha

Assalamualaikum dan rase2nye tak lambat lagi TTB ingin mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada pembaca umat Islam yang telah menyambut kedatangan Aidihladha pada hari kelmarin..Semoga dengan sambutan hari mulia ni dapat memberi sepenuh kerahmatan dan mendapat keberkatan Ilahi hendaknya. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam mempringati kisah pngorbanan Nabi Ibrahim dlm menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Banyak yang kita boleh pelajari melalui kisah pngorbanan Nabi Ibrahim dan perayaan Aidiladha ini. Bagi warga kota  yang tak sempat pulang ke kampung halaman tu, jangan bsedih dan berduka lara k..Selain kat kampung, di bandar2 pn boleh banyak mengadakan majlis korban such as masjid2, di universiti2 dan mana2 organization yang berbaik hati untuk sponsor..so, ape lagi, tumpang je la sekaki..hehe..maklum la, nk balik kampung pn, ramai yang dapat cuti sehari je kan?

Monday, November 15, 2010

Hari Arafah (9 Zulhijjah bersamaan 16 November 2010)

Assalamualaikum wbth.
Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pula digalakkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Semakin banyak pahala yang kita buat, semakin banyak yang Allah gandakan. InsyaAllah..=)
Di sini dipetik  sebuah hadis untuk renungan kita bersama.

Hadits Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 “Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.” [HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah]




AMALAN-AMALAN UTAMA
1) Zikir
2) Berpuasa
3) Melakukan lain-lain amalan sunat seperti membaca Al-quran,solat sunat & sedeqah
4) Menjauhi maksiat
5) Bertakbir
6) Berkorban

Selamat Beramal & Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Friday, November 12, 2010

Cerita Best yang MESTI-DITONTON!

Jap eh..nak gelak..hahhahhahahahaha...warrrhkkahkahkah..aaarrgghhhha
hahahahahahhahahaha...addehhhh..sakit usus duk gelak..adeeyyy...haha..k, dah abes..memang..dasyatgempakgilacunwomeletooppp!!!!
eh, sori ye celcom..terpinjam ayat "mamat celcom blue" kjap..hehe..bagaikan angin sempoi-sempoi bahasa la citer Chapalrela ni..kalo TTB tgk sorang2 pon bikin gelak bagai nak rak!. Pedulik hape haku org ade ke tidak. hehe. tapi kalo ade mmber tengok skali, mmg dia jadi mangsa utk aku pukul laaa..haha...biler gelak x tahan, mmg best memukul org!.
Citer yg boleh dikategorikan sebagai "Top Player" la..macam dalam game PES tu, bukan beginner, intermediate, tapi TOP Player. Sebab TTB memang suke tengok citer2 lawak. Selain genre AKSI, Lawak tu rangking kedua..hehe.
Citer ni memang best. Ade org ckp, citer ni CINDERELLA versi jantan. Ade pulak org ckp, macam citer bawang putih bawang merah..ape kaitan nye, haa, tu yg kiter tak tau..yg Cinderella tu, mungkin la sbb namenye hampir same,,hehe..
penyeri "iyee keeaaa"

Citer ni mengisahkan  tentang: 
"Anjang Merah yang kematian ibu dan terpaksa tinggal dengan ibu tirinya, Mak Jenab dan saudara tirinya Jali Puteh. Selama tinggal di situ Anjang Merah sentiasa didera. Anjang Merah juga ditugaskan menjaga kandang kambing ayahnya, Pak Manap. Tanpa Anjang Merah ketahui arwah ibunya, Mak Senah ada mewasiatkan sepasang kasut chapal diberi nama "CHAPAL BALDU BIRU". Apakah keistimewaan Chapal Baldu Biru ini? Saksikan kesudahannya dalam Chapalrela!" (astro ckp, bukan aku)
haha..ni boleh digelar professor klon!..bab2 tiru gaya percakapan org,dia nombor satu..mmg suke tgk dia copy gaya Ust Fadzilah Kamsah, Eric(Deco bersama ERIC) dan sore Chef Wan. memang meletop!..macam sup ekor kat kdai bawah tu..

zizan memang x abis2 dengan lawak sempoi bin simpulan bahasanya..haha..pompuan ni pon satu, bleh thn gk melawak..haa, dia ni jadi HOT la dlm Chapalrela sbb direbut oleh mamat dua ciput ni..nasib baik kambing tu x nak kat dia..huh!


Dibarisi oleh pelakon2 senior dan junior, kecik dan beso, ayam dan kambing..fuyoo, kambing blakon tuuu...ni haa plakon manusia (Zizan Raja Lawak, Johan Raja Lawak, Sherry Ibrahim, Maimon Talib, Pak Tam Raja Lawak 3, Zaibo, June, Raja Azri, Man Belon, Fadhil Dhan)

So, bagi sesiapa yang belum, x pernah, skip2 citer ni, atau terlepas pandang, lebih baik korang download la ye..xyah beli, download je..skali lagi, download..bukan beli..hehe..x habeh la hingget2 n fulus2 korang..=P..just kne bayar broadband je la..pakai Unifi, insyaAllah laju mendonloding..macam kat ofis TTB ni..tp jangan slh anggap, gua TIDAK donlod citer kat ofis beb!....buat kije jer!!huh!
p/s: Dua RAJALAWAKING ni mmg produk terbaik Program Raja Lawak...cooollll..

Thursday, November 11, 2010

Al-Fatihah Untuk Arwah Shamrin(fotograf)

Mari kita sama2 menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh arwah Shamrin dari kumpulan Fotograf. Penyanyi itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. 

Menurut rakan baiknya yang juga penyanyi kumpulan Bumiputera Rockers, Johari Mat Rozekhi atau Joey, Shamrin sempat memaklumkan badannya kejang ketika kejadian itu berlaku.

“Kami terus mengangkatnya ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital, tetapi pada masa itu, wajahnya sudah kebiruan," kata Joey yang turut menyertai perlawanan antara artis Malaysia dengan pasukan MAA Insurance itu.

Jenazah dibawa ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru untuk bedah siasat.



sumber: blog and paper

Dr. Fazley Letak Jawatan

Belum habis isu Datuk, ni isu Doktor pulak. Dr. Fazley dah pun meletakkan jawatan beliau sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) setelah satu dunia memngetahui pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung dengan pengiktirafan tersebut.


"BBC news melaporkan, Ijazah kedoktoran Dr. Fazley Yaakob yang diperolehi dari  European Business School Cambridge adalah kelayakan  yang tidak diiktiraf. Ini menyebabkan  University of Wales tidak akan menerima mana-mana pelajar dari Fazley International College(FICO) yang merupakan kolej yang diuruskan oleh Dr. Fazley, sehinggalah sisatan benar-benar selesai. "




Tapi, TTB yakin,smua ni bukan bukan atas kehendak Fazley sendiri. Kerana berdasarkan kenyataanya, dia mengambil langkah untuk tidak menggunakan gelaran Dr setelah mengesyaki ade sesuatu yang tidak kena dengan tempat beliaumenerima ijazah berkenaan. Diharap agar beliau dapat menjawab spekulasi ini kerana TTB percaya, ramai diantara kita, blogger2 dan pembaca blog yang kebanyakannya terdiri daripada warga pelajar universiti mahupun sekolah sentiasa ternanti2 akan perkembangan isu ini. 
Just wait and see...


p/s: lepas kes Datuk, timbul Dr...what is next??

AC Berniaga secara HARAM??

Memang TTB dah agak berlarutan sehingga beberapa hari, malah boleh cecah berminggu-minggu!. TTB dah ramai lagi anak2 blogger malaysia telah pun mengikuti perkembangan terkini dan saling bertukar maklumat bagi mengukuhkan lagi dakwaan kenyataan mengenai kes penipuan AC Mizal dan konco2nya. 
pegi pasar jual gelang
Hari ni, skali lagi kluar kes mengenai Syarikat AC Konsortium tidak mempunyai lesen perniagaan JUALAN LANGSUNG. Mak aih, dah untung bjuta2, dah makan kenyang2, masih lagi takde lesen? Baik berniaga pasar malam, jual gelang n rantai mainan. Apply lesen berniaga pasar malam sudey. Asalkan lesen berniaga tu ade.
Bawah ni petikan daripada Utusan Malaysia.




Syarikat jualan langsung yang diasaskan oleh seorang selebriti terkenal tanah air dipercayai beroperasi tanpa lesen Akta Jualan Langsung 1993 seperti diwajibkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Syarikat pembekal gelang dan rantai magnetik kesihatan yang telah beroperasi sejak setahun lalu itu seharusnya memohon dan memiliki lesen tersebut berdasarkan konsep perniagaan berbentuk jualan langsung dijalankan.
Bagaimanapun, semakan Utusan Malaysia dalam laman web kementerian itu tidak menemui nama syarikat dalam senarai 'Syarikat Yang Pernah Memohon Lesen Di Bawah Akta Jualan Langsung 1993' sehingga 2 November lalu.
Sumber kementerian itu memberitahu, pihaknya telah memulakan siasatan dan memantau rapi kegiatan syarikat tersebut berikutan aduan orang ramai.
"Kementerian sedang menyiasat syarikat itu yang didapati menjalankan perniagaan berkonsepkan jualan langsung tetapi tidak memiliki lesen diwajibkan.
"Kami sedang mengumpul kesemua aduan disalurkan oleh orang ramai dan siasatan dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Sumber: Utusan Malaysia


p/s: Ekau beronti buek MLM, pehtu jual berger. Lagi Konyang!