Masa kita kecil dahulu, apabila cikgu jumpa kita apa tanya dia?
Apakah cita-cita kamu? Tidak ada orang yang tanya apakah makna dalam hidup ini?
Cita-cita adalah duniawi sahaja. Nak jadi doktor. Nak jadi pegawai. Pergi universiti, dapat ijazah dan letak dalam bingkai. Bagus, tapi itu semua cetek sahaja. Semuanya pandangan mata manusia sahaja.
Jadi, apakah makna dalam kehidupan kita ini?
Cuba tanamkan pemikiran begini. Makna dalam hidup kita ini adalah, tujuan saya belajar sehingga dapat masuk universiti inshaaAllah saya dapat menimba ilmu. Dan dengan ilmu ini saya dapat kemahiran. Apabila ada kemahiran pula saya dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Ilmu yang bermanfaat adalah suatu pencen kubur untuk kita. Itulah makna dalam hidup kita ini.
No comments:
Post a Comment