Alhamdulillah semuanya telah selesai. Kes yang membabitkan tuntutan takaful yang menjadi viral di media sosial telah selesai sepenuhnya setelah Encik Muhd Shakir mengadakan perbincangan dengan pihak atasan Prudential Bsn Takaful Berhad. Baca tulisan Encik Shakir di bawah.
Hari ini telah diadakan perbincangan antara saya (MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA) dan dua orang pihak atasan Prudential Bsn Takaful Berhad. Perbincangan diadakan di Kota Bharu Kelantan.
Hasil daripada perbincangan sebentar tadi, kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa terdapat sedikit salah faham antara kami. Dan disebabkan salah faham tersebut, maka perkara ini menjadi semakin rumit. Namun begitu, kami juga bersetuju bahawa kes ini telah selesai sepenuhnya.
Saya secara peribadi menganggap kes ini telah berjaya diselesaikan secara profesional oleh pihak Prudential Bsn. Tindakan yang agresif dan profesional ini adalah lambang prihatin pihak Prudential Bsn kepada pemegang polisi Prudential Bsn.
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Prudential Bsn atas penyerahan cek tuntutan bagi pihak anak saya bernilai RM 2,609.20. Nilai tuntutan ini adalah tidak sebesar mana pun jika dibandingkan dengan `respon` dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh pihak Prudential Bsn dalam menyelesaikan kes ini.
Dengan penuh hormat, saya menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang menyatakan PRUDENTIAL BSN PENIPU BESAR. Saya juga akan terus menjadi pemegang polisi Prudential Bsn dan akan terus membayar caruman sebanyak +- RM 6000.00 sebulan bagi pihak saya dan keluarga saya.
Akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Prudential Bsn atas sikap proaktif terhadap masalah yang berlaku.
Sekian,
Terima Kasih.
MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA
08 MEI 2015 4.37 pm
Kota Bharu, Kelantan.
Kota Bharu, Kelantan.
P/S : Smoga peristiwa ini menjadi pedoman dan iktibar kepada para pengguna dan juga kepada mana-mana syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini.
No comments:
Post a Comment