LOS ANGELES: Penyanyi pop terkenal, Michael Jackson sudah tidak bernyawa sebelum ketibaan anggota paramedik, demikian menurut seorang saksi memberitahu perbicaraan terhadap doktor perubatan penyanyi itu yang menghadapi tuduhan menyebabkan kematiannya.
Anggota pamamedik Martin Blount, berkata sebaik mereka tiba di rumah agam Michael, penyanyi berusia 50 tahun itu sudah tidak lagi bernyawa dengan badannya sejuk serta kedua-dua mata terbeliak.
“Ia seperti mangsa (Michael) sudah meninggal agak lama," katanya di Mahkamah Tinggi Los Angeles bagi perbicaraan awal terhadap Doktor Conrad Murray yang menghadapi tuduhan menyebabkan kematian Michael.Kenyataan Blount bagi menyokong kenyataan rakannya, Richard Senneff, yang sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Jackson berhenti bernafas antara 20 hingga sejam sebelum pasukan perubatan tiba di kediamannya itu.
Beliau berkata, mereka sampai di kediaman Michael empat minit selepas panggilan kecemasan 911 dibuat.
Blount berkata, Murray pada awalnya menafikan memberi sebarang ubat kepada Jackson tetapi dia melihat doktor itu memenang jarum suntikan dan melihat tiga botol 'anesthetic Lidocaine' di atas lantai.
“Dia melonggokknnya di atas lantai sebelum memasukkannya di dalam beg hitam," kata Blount.
Rabu lalu, Seneff berkata Murray memintannya melupuskan beberapa peralatan perubatan yang berhampiran Michael ketika itu.
p.s: adakah sync dengan post aku yang dulu?baca disini. Sama2 lah kita mencari kebenaran....
salam
ReplyDeletekisah beliau ni begitu heboh, sampaikan agamanya pun menjadi soal..huhu
memang ade konspirasi dengan agamanya.. sebab itulah dibunuh.(statement berani).hehe..try search info pasal ni..banyak yang dibongkar...
ReplyDelete