Friday, January 28, 2011

Kerja Kosong..KEMASUKAN SEGERA!!

Salam..
Alhamdulillah, baru lepas pegi site survey rumah sewa di kondo rakyat, pantai dalam. Rumah yang bakal disewa. Akhirnyaa.....Condition rumah yang dikategorikan sebagai "OK" dan menepati citarasa. Bukan untuk mencari kondo/banglo yang grand n luxury sangat kan.. Biase la, bujang ni la mase untuk simpan duit. Untuk mase depan. Hehe.
Pegi pun dah manghrib. Lepas survey2, aku n Zairul, my officemate menunaikan solat Maghrib di surau kat bawah tu. Alhamdulillah, senang access untuk ke surau. Tak ramai ahli, dalam lingkungan 20 orang. Neway, better than nothing kan. Dan, ahli jemaah boleh dikatakan kesemuanya yang berumur. Mana pergi yang muda?remaja?budak2 skolah?pemuda pemudi?Xpe, harap2 sedang berjohad dijalan yang benar. Hehe. Dari jauh lagi kedengaran suara jemaah berhalaqah membaca surah Yasin. Sangat mengasyikkan..Time tu la baru sedar, ya Rabbi, ni malam jumaat, maknenye besok dah jumaat!. 
Balik kampung!!!!!!Tapi, masih banyak perkara nak buat. Besok meeting/training dengan company YTL, pagi sampai petang di Oriental Place. Arrgghhh!
Berbalik pada tajuk, sedang aku berjalan2 dan berlari anak di alam maya, tetiba ternampak la poster ni. Kerja Kosong! Dua perkataan yang agak glemer dikalangan rakyat malaysia dan merupakan keyword yang mempunyai kekerapan yang tinggi di search engine.
Cepat2, terbuka kepada semua.


So, ape tunggu lagi?Hurry and hurry up! kemon guys..its free..Siap ade bonus, elaun lagi tu..Sementara anda masih lagi mampu, selagi itulah kerugian akan berlaku andainya anda tidak mengisi kekosongan jawatan ini. Masih banyak saf-saf yang kosong menanti.
Wallahualam.


p/s: Solatlah anda sebelum anda disolatkan...Renung2kan, dan selamat beramal... =D

4 comments: