Sunday, September 30, 2012

What a day

Assalamualaikummmmmmmm.................
Baru ingat nak update status facebook, tapi tertiba terlintas di akal fikiran yang menyatakan bahawa, AKU ADA BLOG! so, bleh la mau ludahkan luahkan ape yang terlintas sebelum tiba masa untukku sleeping beauty..haktui!

Menceritakan pengalaman aku hari ni. Alhamdulillah, hujung minggu dapat lagi diisi dengan perkara yang berfaedah. Seharian masa dihabiskan memanjat2 siling untuk menarik kabel LAN di ofis syarikat yang well known di area Ampang setelah sekian lama tak buat kerja2 macam ni. Bikin kalut sebab kerja yang diperuntukkan 3 minggu, tapi kitorang ade masa lebih kurang dua hari untuk siapkan semua tu. Kabel sepanjang 305meter telah selamat dikerjakan oleh dua org. Terbaik dari ladang kerbau. Tidak dinafikan, kerja yang agak penat sampai pkul 10 mlm. Tapi enjoy walaupun terpaksa tangguh kerja2 lain yang dah dirancang untuk mengisi masa terluang dihujung minggu ni. Majlis kawin my friend tak dapat nak hadir, dan juga kerja2 Prudential terpaksa ditinggalkan.

Anyway, thanks kepada yang berkenaan kerana telah baik hati untuk belanja di restoran Al Andalus sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment