Showing posts with label #kerja. Show all posts
Showing posts with label #kerja. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

What a day

Assalamualaikummmmmmmm.................
Baru ingat nak update status facebook, tapi tertiba terlintas di akal fikiran yang menyatakan bahawa, AKU ADA BLOG! so, bleh la mau ludahkan luahkan ape yang terlintas sebelum tiba masa untukku sleeping beauty..haktui!

Menceritakan pengalaman aku hari ni. Alhamdulillah, hujung minggu dapat lagi diisi dengan perkara yang berfaedah. Seharian masa dihabiskan memanjat2 siling untuk menarik kabel LAN di ofis syarikat yang well known di area Ampang setelah sekian lama tak buat kerja2 macam ni. Bikin kalut sebab kerja yang diperuntukkan 3 minggu, tapi kitorang ade masa lebih kurang dua hari untuk siapkan semua tu. Kabel sepanjang 305meter telah selamat dikerjakan oleh dua org. Terbaik dari ladang kerbau. Tidak dinafikan, kerja yang agak penat sampai pkul 10 mlm. Tapi enjoy walaupun terpaksa tangguh kerja2 lain yang dah dirancang untuk mengisi masa terluang dihujung minggu ni. Majlis kawin my friend tak dapat nak hadir, dan juga kerja2 Prudential terpaksa ditinggalkan.

Anyway, thanks kepada yang berkenaan kerana telah baik hati untuk belanja di restoran Al Andalus sebentar tadi.

Friday, January 28, 2011

Updated!

First of all, thanks to God for giving me the time, space, and field to finishing all my job today. Arrrgghhhh, cakap melayu sudey..Setelah seharian ber-training di YTL, akhirnya ia berakhir jua. Hehe. Mempelajari bagaimana Microwave dipasang from A to Z. Ade la kaitan dengan ape yang aku belajar di universiti dulu. Tapi, siyesly, bukan ingat smua sebab terlalu banyak. InsyaAllah, lepas raya cina ni memang kena banyak belajar tentang wireless. Tadi sempat la jugak panjat2 antena2 di atas bangunan tinggi2. Gua ~gayat~ beb. Nak belajar punye pasal. Kalo nak bandingkan dengan kat Uni, kat industri ni banyak lagi yang kita belum discover. Bidang Wireless memang luas. Lebih2 lagi dunia sekarang ni memang mahukan dunia yang ade "LESS". WireLESS, paperLESS, priceLESS, n so on. That's all about 'unwired' thing. Jangan jadi prayLESS, donateLESS, helpLESS, n hopeLESS sudey..nanti lain pulak jadinye..=P.. Bertuah jugak aku dijodohkan dengan Course Networking yang ade mempelajari pasal WIRELESS di university. So, bagi mereka yang berkelulusan Network, keep on discovering. There's a lot of chance outside. as example, tengok paper hari ni. Klik di bwh:

"Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan". 

Biar betik?! konfom naik harga mkanan2 di restoran. Tapi,why not?? kate nak ke arah negara maju. So, pasang la banyak2 wireless. Mengarut je yang wire2 ni.. Lagi banyak projek wireless, lagi bagus..waakakkakaka(ade makne tu.hehe)

Kjap lagi, around 12tgh mlm, aku balik Tganu.. Yiihhaaaaaa!..wish me a safe trip k..=)

Thursday, December 23, 2010

Kerja oh Kerja

Salam pepagi.. Memang dah pagi pun. Dan sekarang masih lagi menaip2 di ofis. Berbalas2 email dan sambil scan dokumen yang ntah bile akan habisnya. InsyaAllah, dalam mase setengah jam lagi. Itu pun kalau tiada sebarang cacat cela dalam proses documentation ni. Arrgggggghhhh..
Tulang belikat aku dah mula menggeliat. Penat kot! Boleh baring sodap ni. Penah sekali balik umah, baring 37 saat, terus terlelap. Dengan pakaian kerja, tuck in, sluar slack hitam, baju lengan panjang, jam, cincin, wallet dalam poket belakang, henpon kat poket kiri, lengkap!


Nasib baik stokin sempat cabut. Dan, nasib baik bangun awal pagi tu sebelum subuh. Haha....Tu la suasana tidor yang paling skema yang penah aku alami. Oh tidak........
Tapii, ade baiknye jugak kalo dah takde orang kat ofis. Boleh jugak aku download laju2..Haha. Dengan kelajuan Unifi 5MB, setakat bluray 8Gig tu, zaasssss je..hehe..


Anyway, korang ni kerja ke tak kerja, same je stay up macam aku kan. Tahniah2. semoga kita sama2 berQiamulail nanti. hehe. Jangan duk asyik berfesbuk, blog, komik, muvee, chating je..Dunia2 jugak, akhirat jangan sesekali lupa. Sama2 la kita cari bekalan untuk kedua2nya yea. Seimbangkan la.(pesanan untuk diri sndiri jugak)..


p/s: Boleh pandang2, jangan pegang2..Arrghhh, terbayang2 wajah Cikgu Shida miming lagu ni...Astaghfirullah....

Sunday, November 28, 2010

Latihan Industri..Sayonara~

Syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan jayanya TTB telah menamatkan sesi Latihan Industri pada sem ini. Dan dengan itu, secara tak rasminye, telah "abis belajar" di UMP. Anyway, mane ade orang abis belajar. 
Bas ump yang cantik menawan

Setiap insan di muka bumi ini sentiasa diamanahkan untuk sentiasa belajar. Tak kira la blajar di mana2 institusi pengajian atau melalui pembelajaran yang tak formal. Yang penting, hidup mesti kne BELAJAR.
Aiiyo, dh melalut2 ni..Ok la, just to mention that I just finishing my Industrial Training. This is my last day! masuk Ratech Telco Sdn Bhd sejak 14 July sehingga la sekarang, memang banyak valuable moment yang TTB alami. Antaranya:
  • Masuk keje kul 9.06(terlewat sikit), then balik kul 1-2pagi. Thats why pagi besoknye masuk kul 10 lbh..
  • Kena cari document Purchase Order(PO) yang bertimbun2, belek kertas beribu2 semata2 untuk cari 1 keping PO.
  • Dapat beramah mesra dengan orang2 besar dalam industri.
  • Dikejar anjing. Nasib baik anjing tersalah paham n dia ingatkn TTB kejar dia.
  • Motosikal pancit di Highway wktu malam. Ni pun nasib baik x jauh sgt ngn kedai moto..
  • Balik meredah hujan. Sekali dgn Asyran, padan muke hang..haha..
  • Pernah beberapa kali sesat dengan liku2 kehidupan di KL..=P
  • berhubung dengan supplier2
  • Pergi Penang balik-hari espescially dibulan puasa sebanyak 3kali kot..PENAT-ITU-BEST..haha.mudah2an digandakan pahala puasa..
  • and so on..(maleh nk tulis)
Anyway,smua tu 'experience' yang semestinya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit mahupun wang dolar..tahniah skali lagi kepada smua rakan2 seperjuangan yang telah menamatkan tempoh praktikal dengan jayanya..Ada yang terus sambung kontrak di syarikat prktikal, ade yang smbung kontrak, ade yang mengambil keputusan untuk berehat seketika dirumah, dan ade yang belum dapat kerja. Tak kira la korang tergolong dalam golongan mana. Yang penting, apa yang dipelajari dan dialami sepanjang tempoh praktikal adalah sebagai satu persediaan dan bekalan untuk menghadapi alam pekerjaan dimasa hadapan..Chaiyookkk!
Tak sabar2 nk grad....yiihhaaaaaaa.!

p/s: Skrg tgh pulun siapkan buku log dan report yang kena hantar mggu depan..aahhh, TTB tau, korg pon same...suke buat keje last minit!..

Tuesday, November 2, 2010

Overtiming!

Memang best jadi bile menempuh alam pekerjaan..yela, macam2
perkara pahit manis yang dtempuhi..further more jadi trainee..mmg smua
benda kne buat..dari fotostate, scan, susun file, completing project report,
jumpa supplier, meeting client, handover document, n so on..but, its
very valuable to me as a fresh graduate..ble lagi nk blajar
smua tu kn..actually, mmg banyak pkara2 yang aku blh blajar
kat company ni..

As example, tadi aku main game Pro Evolution Soccer(PES) kat ofis..
hahahaha..
tu yg dimaksudkan dgn best di alam pkerjaan kot.. =P
ble smua staff balik, ape lagi,...ofis ini aku yang punye..
biase la..skali skala blagak jadi bos and ofis owner...
berbekalkan laptop asyran dan 'kayu gembira' @ JOYSTICK aku, dengan
semangat yang waja nye bermain di dalam bilik meeting..
pasang LCD, tembak kat skrin layar!
perrgghh, mantop..mmg aura environment Old Trafford tu masuk dalam jiwa sanubari!!
skali main, ketagih pn ade ble dah bleh tgk skrin besar mcm tu..then, tetiba sumbody calling, kne attend short briefing pasal bisnes plak..dua jam..bisnes ape, haa, nnti aku bgtau..dengan hati sayu dan hiba, terus menuju ke Jalan Bangsar..dari 8.30pm until 11.45pm spend my time there..nak 2 jam, jadi meleret 3 jam 15 mnt!..mmg hari yang agak memenatkan..tapi, tu smua experience..pengalaman yang bukan boleh dibeli dengan wang ringgit.

p/s: sesiapa yang terbaca ni, jangan bgtau bos k..sssyyhhhh...