FOLLOWERS

Saturday, October 6, 2012

Wedding!

Boleh dikatakan, lepas raya Aidilfitri baru2 ni, stiap minggu konfem ada jemputan untuk sama2 memeriahkan majlis perkahwinan sama ada kawan2 mahupun sanak saudara. Ni pun, aku baru je balik dari Taman Kota Cheras, menghadiri jemputan daripada seorang rakan kerja. Walaupun baru berurusan 2@3 kali, aku tetap anggap dia sebagai seorang kawan. Lagipun, ustaz cakap, diwajibkan untuk menghadiri jemputan walimah. Hehe. Majlis yang diadakan agak meriah, dengan lagu2 berkumandang, ada cabutan bertuah, dengan suasana kampung yang berangin, kawasan yang agak tinggi, memang best. Kalau tak silap, 10 kanopi dipasang sepanjang jalan. Meriah!.

Kadang2, terpikir jugak aku, asyik menghadiri majlis orang, majlis aku, bila lagi nak dilaksanakan? huahuahua. Then, mula la ter-list down senarai2 yang perlu ada untuk melangsungkan majlis especially DUIT. Mula la perbualan yang agak sempoi dengan member, buat2 tanya berapa ribu dihabiskan untuk majlis.
Dengan konfiden n kondifen dijawab;

Khairul: dalam rm40-50k jugak bang..
aku: ooo, yeke..memang hrga standar la kat KL eh.. (dengan muka selamba, walaupun nasi beriani nak tersedak kt kerongkong)
Khairul: tu la..katering pun dan rm18k-20k..
aku: (dlm hati: sumpah aku tak ambik katering. Gotong royong orang kampung sudey..)

Giler gedabak ekau nak wat majlis kawin kat area KL ni. Hangus 40k.... So, pesanan kepada jejaka diluar sana yang mengidamkan wanita yang menetap di area bandar, boleh start menyimpan la ye. Segala2nya perlukan duit, tapi duit bukan segala2nya.

p/s: Cari lah harta diibaratkan anda akan hidup 1000 tahun, dan beribadatlah anda diibaratkan anda akan hidup cuma satu hari je lagi.