Monday, March 16, 2020

Langkah membasmi COVID-19 dari terus menular


China berjaya kawal Covid 19. Gambar ini menunjukkan sebuah hospital sementara yang meraikan mereka berjaya mengosongkan dan menghantar pulang pesakit.

Menurut Mi Seng, jurucakap National Health Commission di dalam sidang akhbar di Beijing menyatakan di China situasi telah terkawal. Rabu lepas sahaja hanya 8 kes dilaporkan di luar Wuhan yang mendapat wabak ini.

Malah mereka menghantar 9 orang pakar dan 3 tan bantuan perubatan kepada Itali pada khamis lepas bagi membantu Itali mengatasi wabak ini.

Bagaimana mereka berjaya lakukan?
Saya terbaca tentang perkongsian dari rakyat Malaysia di Chingqing China tentang bagaimana mereka lakukan. Saya ringkaskan ke bahasa Melayu supaya lebih ramai faham.

Menurut beliau bukan hanya Hubei dan Wuhan yang dikurantin malah seluruh China.

Ketika kurantin hanya seorang wakil isi rumah yang dibenarkan keluar untuk mendapat barang keperluan penting setiap 2 ke 3 hari.

Keperluan penting bermaksud hanyalah kedai barangan keperluan, supermarket, farmasi, klinik yang penting sahaja dibuka. Tidak boleh melepak, berjalan tanpa tujuan. Jika berlaku, pihak polis akan menasihatkan mereka balik ke rumah.

Semua orang perlu menyemak suhu sebelum memasuki mana mana bangunan. Kurantin ini berlaku selama 40 hari di sana. Termasuklah tiada sekolah dan ke tempat kerja.

Jika keluar ini yang mereka lakukan.
1. Memakai topeng muka
2. Membawa hand sanitizer bersama mereka
3. Keluar rumah, jika pegang butang lif mereka akan sanitize tangan sebelum masuk ke dalam kereta dan pegang barangan lain.
4. Tidak memegang muka terutama hidung, mata dan mulut. Jika perlu mereka akan sanitise dahulu dan menggunakan baju bahagian dalam untuk lap.
5. Selepas membeli barang, masukkan barang di dalam kereta dan sanitise tangan.
6. Balik rumah, basuh tangan dengan sabun, tanggalkan mask dan gantung di kawasan berudara untuk dipakai semula.
7.  Tukar baju, basuh baju dengan air suhu 60 celcius dan terus mandi
8. Sanitise barangan dibeli termasuk plastik dan bag pakai semula
9. Sanitise kunci kereta, pemegang pintu, dan handphone.

Mereka di China semua menggunakan e wallet. Jika gunakan duit mereka akan sanitise juga.

Mungkin sedikit sebanyak info di atas dapat memberi panduan kepada kita.

Saya tulis post ini supaya ibu ayah saya juga faham. Kerana mereka yang paling berisiko tinggi adalah mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Sampaikanlah kepada ibu bapa anda supaya kurang keluar rumah. Tak lama sekejap sahaja.

Jadilah orang yang bijak belajar dari pengalaman orang lain. Cepat buat cepat habis wabak ini.

Rujukan : https://www.thestar.com.my/news/regional/2020/03/13/china-says-its-covid-19-peak-is-over
#covid19 #sharingiscaring #shahmentortakaful