Tuesday, July 8, 2014

Kelebihan bersahur

"Perbezaan antara puasa orang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur."
(HR al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan."
(HR Bukhari) 

"Bersahur itu adalah makan yang berkat. Maka jangan kalian meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kalian hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah Ta’ala dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur."
(HR. Imam Ahmad)

"Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma."
(HR. Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)

Wallahualam.