FOLLOWERS

Monday, November 29, 2010

Awas! Jaga Pemakanan Anda

Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bangun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
tulang dia reput.....

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan.


Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan

Sunday, November 28, 2010

Latihan Industri..Sayonara~

Syukur dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan jayanya TTB telah menamatkan sesi Latihan Industri pada sem ini. Dan dengan itu, secara tak rasminye, telah "abis belajar" di UMP. Anyway, mane ade orang abis belajar. 
Bas ump yang cantik menawan

Setiap insan di muka bumi ini sentiasa diamanahkan untuk sentiasa belajar. Tak kira la blajar di mana2 institusi pengajian atau melalui pembelajaran yang tak formal. Yang penting, hidup mesti kne BELAJAR.
Aiiyo, dh melalut2 ni..Ok la, just to mention that I just finishing my Industrial Training. This is my last day! masuk Ratech Telco Sdn Bhd sejak 14 July sehingga la sekarang, memang banyak valuable moment yang TTB alami. Antaranya:
  • Masuk keje kul 9.06(terlewat sikit), then balik kul 1-2pagi. Thats why pagi besoknye masuk kul 10 lbh..
  • Kena cari document Purchase Order(PO) yang bertimbun2, belek kertas beribu2 semata2 untuk cari 1 keping PO.
  • Dapat beramah mesra dengan orang2 besar dalam industri.
  • Dikejar anjing. Nasib baik anjing tersalah paham n dia ingatkn TTB kejar dia.
  • Motosikal pancit di Highway wktu malam. Ni pun nasib baik x jauh sgt ngn kedai moto..
  • Balik meredah hujan. Sekali dgn Asyran, padan muke hang..haha..
  • Pernah beberapa kali sesat dengan liku2 kehidupan di KL..=P
  • berhubung dengan supplier2
  • Pergi Penang balik-hari espescially dibulan puasa sebanyak 3kali kot..PENAT-ITU-BEST..haha.mudah2an digandakan pahala puasa..
  • and so on..(maleh nk tulis)
Anyway,smua tu 'experience' yang semestinya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit mahupun wang dolar..tahniah skali lagi kepada smua rakan2 seperjuangan yang telah menamatkan tempoh praktikal dengan jayanya..Ada yang terus sambung kontrak di syarikat prktikal, ade yang smbung kontrak, ade yang mengambil keputusan untuk berehat seketika dirumah, dan ade yang belum dapat kerja. Tak kira la korang tergolong dalam golongan mana. Yang penting, apa yang dipelajari dan dialami sepanjang tempoh praktikal adalah sebagai satu persediaan dan bekalan untuk menghadapi alam pekerjaan dimasa hadapan..Chaiyookkk!
Tak sabar2 nk grad....yiihhaaaaaaa.!

p/s: Skrg tgh pulun siapkan buku log dan report yang kena hantar mggu depan..aahhh, TTB tau, korg pon same...suke buat keje last minit!..

Tuesday, November 23, 2010

Seram: HANTU Tindih???

Malam-malam pernah kena tindih?ade hantu datang masuk bilik, then terus tindih korang?tak beradab punye hantu. Lebih2 lagi kalo ade hantu jantan tindih orang pompuan n hantu betina tindih orang laki. Memang panas dengar kan?hilang la keperawanan manusia beb! tak aci btol. Rase macam nak sepak je hantu tu, tapi tak berdaya. Haha. Mesti korang penah rase kan?"Kena tindih dek hantu"..Statement yang selalu sangat kite dengar dikalangan alam manusia ni. Padahal, kalo tnye pakcik sikers, dia cakap hantu2 tu smua nya baik. Mane penah tindih orang. Ish2, tak baik fitnah kat hantu...
Salah tanggapan terhadap Sleep Paralysis.


OOoooit! kejadian 'hantu tindih' ni tak berlaku la. Ramai yang tersalah anggap dan menyatakan bahawa mereka telah dtindih. Maaf makcik2, pakcik2, adik2, kakak2, abang2, dsini TTB ingin perbetulkan keadaan. Keadaan ini disebut sebagai sleep paralysis atau kelumpuhan tidur. Ia merupakan keadaan dimana otot-otot motorik membangunkan kita secara tiba-tiba namun otak belum siap untuk bangun. Sehingga kita sedar yang kita telah terjaga tetapi tidak mampu menggerakkan tubuh. Ia ada kaitan dengan 'miscommunicate'  antara otak dengan otot..hehe.


Antara sebab musabab terjadinya kes juvana ni adalah:

  • Tidur tak cukup
  • Mengalami tekanan(stress)
  • Melakukan aktiviti yang meletihkan sebelum waktu tidur.
  • Otak kondem!



Cara mengatasi:

  • of course, elakkan benda2 yang tertulis di atas.
  • mase terkena tu, cuba dengan kudrat yang ada untuk menari zapin, kelipkan mata, gerakkan mata, cuba utk gerakkan anggota badan seperti jari tangan/kaki dsb...
Tension pn ade kalo dh  terkena tu. Susah nak bangun kot. Kadang2 kne ade member sentuh kite, baru la boleh bangun.. Memang physco!

Bawah ni contoh video orang yang terkena Sleep Paralysis;
kesiannnnn...hehe

Kalau ada ternampak member korang tengah berjuang camni mse tido, tolong2 la gerakkan yer. Tak tergamak nak tengok dia terseksa. Haha.

p/s: Jangan lupe bace doa sebelum tido. =)

Monday, November 22, 2010

Fakta Menarik Tentang Bill Gates


1. Bill Gates menghasilkan US$250 setiap saat,sekitar US$20 juta sehari dan US$7.8 milion setahun!

2. Jika dia kehilangan atau hilang US$1.000, dia tidak perlu susah2 lagi untuk mengambilnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengambil, dia sudah memperoleh penghasilan dalam jumlah yang sama.
3. Hutang nasional Amerika sekitar US$5.62 trilion, jika Bill Gates akan membayar sendiri hutang itu, dia dapat melangsaikannya dalam waktu kurang dari 10 tahun.

aset:Kereta dia kot..ni msti kete potong-sambung ni..sbb tu pnjg..ish2..

4. Jika Bill Gates dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi dia tetap dapat menyimpan US$5 juta sebagai wang sakunya.
5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.

baru je Grad..haha

6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara terkaya didunia iaitu ke 37 atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, bahkan melebihi kekayaan IBM.
aset:mahligai yang tersergam indah(xnmpk mcm indah pn)

7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1400 tahun dan menggunakan sejumlah 713 buah pesawat Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.
"duit dh byk, biler la aku blh pegi mekah ni"

8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita merumuskan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta per hari untuk menghabiskan semua wang.
9. Akan Tetapi!Jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun!
ni pn slh satu aset beliau..haha

p/s: aset mne paling menarik?eemmmm...............

Sunday, November 21, 2010

Adolf Hitler Murka diatas Apa Yang Berlaku

Rasenye tak perlu kot TTB nak upload balik video ni kat blog..wat menyemakk jer..nanti upload kang, buat malu mak bapak diorang je..lagipun video tu dah bersepah sarap kat fesbuk mahupun youtube. Dah ramai yang sebarkan apatah lagi yang memberi komen2 kritikan kat video tu.
merdekaaaaa....(xde kaitan)


Daripada comolot jadi jenglot kt tepi jalan tu, baik korang pegi umah psangan masing2, jumpa bibik mak bapak, then salam n cium tangan dorg..haa, mse tu, cium la puas2 smpai muntah..straight to the corner point, kawin je teros. Kan senang.. Tapi ble dah buat benda tu, mesti ramai yang sumpah seranah. Free2 je dapat tanpa internal charge..Bukan rakyat malaysia je, tapi sampai luar negara. Kat luar negara pon mengutuk serta mengecam hebat terhadap ape yang dilakukan oleh mamat n minah dlm vdeo tu..


Ini buktinya..
So, kepada mereka2 yang berkenaan, bawak2 ubat bartaubat. 

p/s: pakcik hitler MURKA di atas ape yang berlaku lantas menyebabkan beliau gering..

Saturday, November 20, 2010

Fitnah Terhadap Permaisuri Siti Aishah Terbongkar

Bismillahirrahmanirrahim...
Memandangkan kini TTB bermastautin di tanah Selangor, rase terpanggil untuk mengambil berat tentang isu2 yang berlaku disini apatah lagi pabila menyentuh isu yang berkaitan dengan kerabat diraja, insan yang patut disanjung tinggi
Pernah menyandang sebagai Raja Permaisuri Agong pada 6 April 1999 - 21 November 2001


Tau kan pasal isu ni?alaa, yang dicanang2kan dan ditimbulkan oleh UncleSeekers, sejak 2 November lepas sehinggalah last entry beliau pada 18 November. Semuanya entry berkenaan dengan isu YAM Permaisuri Siti Aishah yang dikatakan mempunyai hubungan "cinta syhh" yang karut lagi marut untuk tatapan umum. Satu perkara yang jelas ingin mengaibkan Permaisuri dan menjejaskan kredibiliti sesebuah insititusi diraja tanah melayu. (apsal ayat skema sgt ni??)


Pendedahan yang dilakukan oleh hamba Allah tu semuanya berunsur fitnah. TTB pernah dimaklumkan oleh seorang rakan mengenai isu ini beberapa hari lepas, namun tidak mudah bagi TTB tampil kehadapan untuk turut postkan isu ini. Kerana penulisan blog bukan hanya untuk meraih populariti semata2 dengan entry2 yang tidak masuk akal dan murahan. Sebaliknya ia patut disajikan dengan pelbagai fakta mahupun ilmu yang boleh disalurkan kepada orang ramai.

Friday, November 19, 2010

Kisah Sedih: Mana suami saya? Mana anak-anak saya?

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

Salam Aidiladha

Assalamualaikum dan rase2nye tak lambat lagi TTB ingin mengucapkan selamat menyambut Aidiladha kepada pembaca umat Islam yang telah menyambut kedatangan Aidihladha pada hari kelmarin..Semoga dengan sambutan hari mulia ni dapat memberi sepenuh kerahmatan dan mendapat keberkatan Ilahi hendaknya. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam mempringati kisah pngorbanan Nabi Ibrahim dlm menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Banyak yang kita boleh pelajari melalui kisah pngorbanan Nabi Ibrahim dan perayaan Aidiladha ini. Bagi warga kota  yang tak sempat pulang ke kampung halaman tu, jangan bsedih dan berduka lara k..Selain kat kampung, di bandar2 pn boleh banyak mengadakan majlis korban such as masjid2, di universiti2 dan mana2 organization yang berbaik hati untuk sponsor..so, ape lagi, tumpang je la sekaki..hehe..maklum la, nk balik kampung pn, ramai yang dapat cuti sehari je kan?

Monday, November 15, 2010

Hari Arafah (9 Zulhijjah bersamaan 16 November 2010)

Assalamualaikum wbth.
Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pula digalakkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Semakin banyak pahala yang kita buat, semakin banyak yang Allah gandakan. InsyaAllah..=)
Di sini dipetik  sebuah hadis untuk renungan kita bersama.

Hadits Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 “Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.” [HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah]




AMALAN-AMALAN UTAMA
1) Zikir
2) Berpuasa
3) Melakukan lain-lain amalan sunat seperti membaca Al-quran,solat sunat & sedeqah
4) Menjauhi maksiat
5) Bertakbir
6) Berkorban

Selamat Beramal & Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Friday, November 12, 2010

Cerita Best yang MESTI-DITONTON!

Jap eh..nak gelak..hahhahhahahahaha...warrrhkkahkahkah..aaarrgghhhha
hahahahahahhahahaha...addehhhh..sakit usus duk gelak..adeeyyy...haha..k, dah abes..memang..dasyatgempakgilacunwomeletooppp!!!!
eh, sori ye celcom..terpinjam ayat "mamat celcom blue" kjap..hehe..bagaikan angin sempoi-sempoi bahasa la citer Chapalrela ni..kalo TTB tgk sorang2 pon bikin gelak bagai nak rak!. Pedulik hape haku org ade ke tidak. hehe. tapi kalo ade mmber tengok skali, mmg dia jadi mangsa utk aku pukul laaa..haha...biler gelak x tahan, mmg best memukul org!.
Citer yg boleh dikategorikan sebagai "Top Player" la..macam dalam game PES tu, bukan beginner, intermediate, tapi TOP Player. Sebab TTB memang suke tengok citer2 lawak. Selain genre AKSI, Lawak tu rangking kedua..hehe.
Citer ni memang best. Ade org ckp, citer ni CINDERELLA versi jantan. Ade pulak org ckp, macam citer bawang putih bawang merah..ape kaitan nye, haa, tu yg kiter tak tau..yg Cinderella tu, mungkin la sbb namenye hampir same,,hehe..
penyeri "iyee keeaaa"

Citer ni mengisahkan  tentang: 
"Anjang Merah yang kematian ibu dan terpaksa tinggal dengan ibu tirinya, Mak Jenab dan saudara tirinya Jali Puteh. Selama tinggal di situ Anjang Merah sentiasa didera. Anjang Merah juga ditugaskan menjaga kandang kambing ayahnya, Pak Manap. Tanpa Anjang Merah ketahui arwah ibunya, Mak Senah ada mewasiatkan sepasang kasut chapal diberi nama "CHAPAL BALDU BIRU". Apakah keistimewaan Chapal Baldu Biru ini? Saksikan kesudahannya dalam Chapalrela!" (astro ckp, bukan aku)
haha..ni boleh digelar professor klon!..bab2 tiru gaya percakapan org,dia nombor satu..mmg suke tgk dia copy gaya Ust Fadzilah Kamsah, Eric(Deco bersama ERIC) dan sore Chef Wan. memang meletop!..macam sup ekor kat kdai bawah tu..

zizan memang x abis2 dengan lawak sempoi bin simpulan bahasanya..haha..pompuan ni pon satu, bleh thn gk melawak..haa, dia ni jadi HOT la dlm Chapalrela sbb direbut oleh mamat dua ciput ni..nasib baik kambing tu x nak kat dia..huh!


Dibarisi oleh pelakon2 senior dan junior, kecik dan beso, ayam dan kambing..fuyoo, kambing blakon tuuu...ni haa plakon manusia (Zizan Raja Lawak, Johan Raja Lawak, Sherry Ibrahim, Maimon Talib, Pak Tam Raja Lawak 3, Zaibo, June, Raja Azri, Man Belon, Fadhil Dhan)

So, bagi sesiapa yang belum, x pernah, skip2 citer ni, atau terlepas pandang, lebih baik korang download la ye..xyah beli, download je..skali lagi, download..bukan beli..hehe..x habeh la hingget2 n fulus2 korang..=P..just kne bayar broadband je la..pakai Unifi, insyaAllah laju mendonloding..macam kat ofis TTB ni..tp jangan slh anggap, gua TIDAK donlod citer kat ofis beb!....buat kije jer!!huh!
p/s: Dua RAJALAWAKING ni mmg produk terbaik Program Raja Lawak...cooollll..

Thursday, November 11, 2010

Al-Fatihah Untuk Arwah Shamrin(fotograf)

Mari kita sama2 menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh arwah Shamrin dari kumpulan Fotograf. Penyanyi itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. 

Menurut rakan baiknya yang juga penyanyi kumpulan Bumiputera Rockers, Johari Mat Rozekhi atau Joey, Shamrin sempat memaklumkan badannya kejang ketika kejadian itu berlaku.

“Kami terus mengangkatnya ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital, tetapi pada masa itu, wajahnya sudah kebiruan," kata Joey yang turut menyertai perlawanan antara artis Malaysia dengan pasukan MAA Insurance itu.

Jenazah dibawa ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru untuk bedah siasat.



sumber: blog and paper

Dr. Fazley Letak Jawatan

Belum habis isu Datuk, ni isu Doktor pulak. Dr. Fazley dah pun meletakkan jawatan beliau sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) setelah satu dunia memngetahui pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung dengan pengiktirafan tersebut.


"BBC news melaporkan, Ijazah kedoktoran Dr. Fazley Yaakob yang diperolehi dari  European Business School Cambridge adalah kelayakan  yang tidak diiktiraf. Ini menyebabkan  University of Wales tidak akan menerima mana-mana pelajar dari Fazley International College(FICO) yang merupakan kolej yang diuruskan oleh Dr. Fazley, sehinggalah sisatan benar-benar selesai. "




Tapi, TTB yakin,smua ni bukan bukan atas kehendak Fazley sendiri. Kerana berdasarkan kenyataanya, dia mengambil langkah untuk tidak menggunakan gelaran Dr setelah mengesyaki ade sesuatu yang tidak kena dengan tempat beliaumenerima ijazah berkenaan. Diharap agar beliau dapat menjawab spekulasi ini kerana TTB percaya, ramai diantara kita, blogger2 dan pembaca blog yang kebanyakannya terdiri daripada warga pelajar universiti mahupun sekolah sentiasa ternanti2 akan perkembangan isu ini. 
Just wait and see...


p/s: lepas kes Datuk, timbul Dr...what is next??

AC Berniaga secara HARAM??

Memang TTB dah agak berlarutan sehingga beberapa hari, malah boleh cecah berminggu-minggu!. TTB dah ramai lagi anak2 blogger malaysia telah pun mengikuti perkembangan terkini dan saling bertukar maklumat bagi mengukuhkan lagi dakwaan kenyataan mengenai kes penipuan AC Mizal dan konco2nya. 
pegi pasar jual gelang
Hari ni, skali lagi kluar kes mengenai Syarikat AC Konsortium tidak mempunyai lesen perniagaan JUALAN LANGSUNG. Mak aih, dah untung bjuta2, dah makan kenyang2, masih lagi takde lesen? Baik berniaga pasar malam, jual gelang n rantai mainan. Apply lesen berniaga pasar malam sudey. Asalkan lesen berniaga tu ade.
Bawah ni petikan daripada Utusan Malaysia.




Syarikat jualan langsung yang diasaskan oleh seorang selebriti terkenal tanah air dipercayai beroperasi tanpa lesen Akta Jualan Langsung 1993 seperti diwajibkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Syarikat pembekal gelang dan rantai magnetik kesihatan yang telah beroperasi sejak setahun lalu itu seharusnya memohon dan memiliki lesen tersebut berdasarkan konsep perniagaan berbentuk jualan langsung dijalankan.
Bagaimanapun, semakan Utusan Malaysia dalam laman web kementerian itu tidak menemui nama syarikat dalam senarai 'Syarikat Yang Pernah Memohon Lesen Di Bawah Akta Jualan Langsung 1993' sehingga 2 November lalu.
Sumber kementerian itu memberitahu, pihaknya telah memulakan siasatan dan memantau rapi kegiatan syarikat tersebut berikutan aduan orang ramai.
"Kementerian sedang menyiasat syarikat itu yang didapati menjalankan perniagaan berkonsepkan jualan langsung tetapi tidak memiliki lesen diwajibkan.
"Kami sedang mengumpul kesemua aduan disalurkan oleh orang ramai dan siasatan dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Sumber: Utusan Malaysia


p/s: Ekau beronti buek MLM, pehtu jual berger. Lagi Konyang!

Wednesday, November 10, 2010

Blog yang WANTED??

Lagi berita mengenai kes AC Mizal yang dituduh menipu. Kali ini TTB nk bongkarkan satu lagi penemuan hangat yang berjaya dikorek.haha. Dunia serba canggih. hehe. So, takde ape2 yang boleh disorok. 
Merujuk kepada laporan polis (gambar) yang dibuat oleh Dato' AC, beberapa blog dan kumpulan FB mungkin akan menjadi buruan pihak berkuasa kerana didakwa telah memfitnah dan mengugut akan mencederakan artis tersebut. Antara blog2 yang disenaraikan adalah seperti berikut:-


1. http://aidididmuaddid.blogspot.com
2. http://obefiend.blogspot.com
3. http://obefiend.blogspot.com
4. www.zonartis.com
5. Facebook page I Hate AC Mizal


Nasib baik kat situ takde http://detikneraca.blogspot.com. haha...tapi don't worry..I believe you guys. You're doing the right things. Kalau di heret ke mahkamah pn takpe. Ramai supporter yang bersetuju untuk bawa perkara ni ke muka keadilan. Neway, tahniah kepada blog2 berkenaan. Nanti boleh naik traffik lagi..hehehehe..


Ops, sebelum tu, TTB nk share satu lagi kekeliruan statement yang dkeluarkan oleh konco2 AC..


haaa,  tengok?!..apodaaa.."Jualan semakin meningkat di london"??tapi statement lain ckp, masih lagi dalam proses..wadehek??

Mister kacang pon buleh bikin pening maaaa.....................




p/s: tak lama lagi akan tau la sape betoi sape slh..jeennggg3..

Tuesday, November 9, 2010

AC Kantoi?

AC Mizal kantoi tipu?tipu bangsa sendiri?biar betik??!!betik pun x tipu betik2 lain..Sbnarnye berita ni dah lama diperbahaskan. Cuma tak ramai diantara kita yang tidak peka dengan isu ini.TTB dimaklumkan perkara ini diperdebatkan sejak betahun dahulu..boleh dikatakan tahun 2008 tu dah PANAS la..tapi tak ape kena dengan media kat malaysia ni. Mungkin media tidak mengetahuinya ataupun sengaja nak jaga nama baik artis2 lebih2 lagi yang dah bergelar "Datuk"?
Terkejut monyet bile org dapat tau pasal bisnes AC ni..mane tak nye, gelang "sakti" yang dia jual tu jauh lebih murah harganya di China. TTB difahamkan gelang tu dibeli dengan harga 25 USD atau bersamaan dengan RM 77.52(harga terkini)..bapak murah..Then, dia dengan suka hatinya dapat menjual dengan harga yang berpatutan(dia ckp) iaitu RM1000..perrgghh..memang berpatutan la untuk kumpul duit beli bentley..

Sunday, November 7, 2010

Show Hidden File

Sebelum2 ni pun memang banyak kali teman2 member2 rakan2 serta kawan2 sentiasa bertanyakan soalan yang sama tentang bagaimana nak show kan balik hidden file. Boleh dikatakan kalau duk hostel tu, tiap2 minggu ade la kot..So, TTB nak sediakan langkah2 untuk mengembalikan file yang telah di hiddenkan. Untuk pengetahuan, kadang2 komputer kiter tak boleh nk show kan hidden files kerana disebabkan oleh Malware(singkatan daripada Malicious Software) yang telah mengakses sistem komputer kiter tanpa keizinan mahupun tanpa kebenaran. 
So, biler Malware ni akses sistem dengan sesuka hatinye, macam2 boleh berlaku. Kes yang tak dapat nk show kan hidden file tu disebabkan oleh Malware tu dah akses bahagian Registry komputer. Even dah tekan "Show Hidden File" kat folder Option pun, still tak berhasil.
Jadi, untuk memperbaiki nye, korang smua boleh ikut langkah2 tersebut:-


1-Klik StartMenu>Run
2-Taip Regedit. pastu tekan button ENTER.

Saturday, November 6, 2010

[Kisah Benar] Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah S.A.W...Subhanallah..

oleh Muhammad Harmain Bin Palal pada pada 15hb Oktober 2010 pukul 10.56 ptg

Pelajar UIA mimpi bertemu Rasulullah s.a.w.

Assalamualaikum w.b.t 

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

[Must Read]Take Precaution of This

I already knew this guy was cyber criminals or in the other word, says as a "scammer" since he email with me about the buy and sell my car. With no doubt, I drag him on and waste some od his time.This incident happened to me at Fri, July 2, 2010 3:33:52 PM and the place is in my office. While I'm busy with my job and documentation in office, suddenly a notification of an email appeared.  An email from yahoo inbox!. I've copy the email content to show to readers in order to avoid this incident happens again.


Keep on reading. I'll show you every single words about my email with him.


Indicator: words in        as the Scammer
              words in        It's me..=P





Hi is it still for sale and in good condition?What is the body condition?


heloo..yes, it s available..for sale...good condition n very careful owner..come to see by urself..fisrt come first serve.please do not hesitate to contact me..=)

Thanks for the response how old is the Ride and how is the engine and body condition i will take care of all Shipment Preparations for the Ride to be transported,i want you to please give me your last price and payment will be sent through PayPal which is a fast, safe and reliable method of payment,and i will be needing your email with PayPal for payment or you could send me an invoice .Make sure you get back to me so that we can arrange for pick up as i will like the vehicle to be picked up.await your response.

wait, i'm not common in using paypal..it's better u come to me n see the car..the payment can be done by handover the money to myself...

Right now i am on sea and i need the car urgently so  i will like you to kindly tell me the last price you want to sell it to me.

ok la..if u serious, i can giv it rm9000 to you..

Thanks for the response,i will take it for Rm 9,000 since i am interested in the immediate purchase.I just moved to the United Kingdom,where this is needed and i will be making use of a shipping company to have this picked up from you and have it delivered to me.Further arrangements will be made with you in regards to the pick up once i have paid you.
I would appreciate if you email me with more pictures (if available) too since i won't be be able to see this in person,what's the 
PayPal email to send funds to in order for me to pay you as soon as possible.
And also your paypal account email address for the instant payment.

After I receive this email, I started to do own research about this matter. Finding about the email's owner, the way of he wanted to buy my car and so on. After research by research, DEMMIT!..I knew about his guy..hehe

sorry, i don't have the paypal email address. (starting to avoid)

Hello friend sorry to hear you do not have a paypal account it is easy to set up just log on to www.paypal.com and open an account and let me know once you are through.

ok done

OK send me your paypal account email for the instant payment.

*********@yahoo.com

Have you receive the payment notification from paypal?

i accept only cash payment..or thru any bank in mlysia..mybank, BSN,CIMB and Bank Islam..

What do you mean after i have made the payment into your paypal account do you want me to take a legal action.

don't worry, i don't accept the payment yet..

what do you mean?

do you know what the meaning of the !@#$%^&* SCAM??

I report you to paypal


so, beware and binawe to this kind of people. There are many ways to get other's money that they used. Can check by yourself by asking Uncle Google. If there any email or other message you received is suspected as a scam, please do not hesitate to do report at scam.com


p/s: Won't let this incident happened again.