FOLLOWERS

Tuesday, June 21, 2016

Iftar with Taqi @ Pollo Mendi, One City

Tang makan tiada orang lain boleh tanding. Ni haaa, Ust. Taqi. Boleh panggil imam muda la sebab Taqi ni bukan imam kat rumah, malah beliau sekarang imam terawih di masjid. Bab2 agama mmg nombor satu.
Neway thanks Taqi jadi pendamping sepanjang kete masuk pusat servis. Kalau nak menunggu makan janggut la dibuatnye. Lame nye makkkk je yg memahami.


Petang tadi, berkat beliau jadi pendamping drive smntara sy tido, beliau dihadiahkan makan nasi arab. Sbab memang dah tau tu feberetnye. Tgk badan la. Kalah tok arab. Apatah lagi pak arab.
Restoran ni di One City, puchong. Harga berbaloi2 dan makanan sedap. 

Menu: Untuk 2-4pax
-Nasi Lamb Mandy
-Spagheti Meatball
-Pizza Pepperoni
-Buah
-Air Barbican
-Kurma
=======
Total RM45

Awal2 oder mcm takut je sebab nampak banyak mcm 4 org makan. Tapi bile masuk kerongkong, lajuuu je nasi tu turun anak tekak. Smart tag mcm tu je. Xtau kenapa.

Mr. G Undergo Minor Operation!

Bismillah...

Mr. G bakal undergo minor operation hari ni. Terdetik nak bawak pegi jmpa doktor sebab drive bunyi krekkk krekk bila naik bumper jalan. Hal yang demikian(penanda wacana) detect bunyi lepas naik Janda Baik sbulan yang lalu. Tak sampai hati dengar beliau merana, tu yang bawa klinik.

Usai inspection, rupanya Lower Arm rosak. Arghh, apedehal warranty ade. "Ganti terus la boh". Nasib baik dengan Service Advisor. Sonang kijooo..


Dalam wad ade geng di katil sebelah


Dalam OT

Doakan yang terbaik untuk Mr.G. Semoga kembali boleh merempit bersama tuannye seperti sedia kala.. aaminnn...

Monday, June 20, 2016

Iftar @ De Palma Hotel

Assalam.

Harini berjaya melempiaskan nafsu makan kerana telah diundang oleh Hans untuk turut serta dalam majlis berbuka puasa. Niat di hati nak pakai baju korporat keje aje, almaklumla pakai ape2 pun tetap hensem. hoho. Tapi Hans telah paksa dengan jaya nya untuk pinjam jubah yang agak fit. Kan da terserlah otot2 ku. Bukan ape, saya taknak nanti mase berbuka kaum hawa tak boleh nak makan kerana otot perut mula menimbul.
waksegan menjadi peneman
kasi apit itu beemmer
Kitorang antara yang terawal sampai. 5.45?? Terpaksa la termenung ronda2 kawasan hotel. 7pm kitorang mula masuk. Buka je pintu lift, tudia.. Berderet makanan bagaikan raja diarak(bukan arak haram) dari pintu masuk ke kerusi. Saya sibuk uruskan klien masuk wad di hospital seremban. walaupun bukan klien, tapi niat dihati suci dan murni hanya menolong mereka2 yang telah ketiadaan ejen.


.
.
Proses sambar menyambar makanan bermula. 5 minit kemudian, tadaaaaa..


Wow, kaunter nasi dagang dan nasi kerabu ade kat sebelah. Nampak pulak budu, bagaikan melambai2 dan memanggil2 untuk di cedokkan.




Seementara tunggu nak masuknya waktu berbuka, hadirin "dihidangkan" dengan persembahan nasyid dan zikir2 dari pelajar sekolah Kuala Selangor. Syahdunye..menggamit memori mse nasyid zaman sekolah dulu. Bagus hotel ni, mencapai syariah compliant seperti staf bertudung, surau ade imam yang tetap, makanan halal, dan pelbagai aspek2 yang lain.


Selesai berbuka, perut pun masing2 dah menimbulkan ototnya, time untuk bertarawih. Kitorang terawih kat surau hotel tu jugak. Ade la dalam 30 orang jemaahnye. Disebabkan mengantuk, waktu moreh mencari la kopi kot2 boleh menyah-ngantukkan mate ni. Tapi hampa, hanya teh tarik yang tinggal.

Majlis Berbuka Puasa MFA

Bismillah.

Petang ni ya rabbi, lebatnye hujan. Dari Wangsa Maju ke Kajang amik masa dekat sejam setengah. Hujan sepanjang jalan.

Dapat invitation encik bos, leader dalam unit MFA, En.Afifi untuk mengadakan jamuan brbuka pose kat runah beliau. Apa lagi, saya terus ON. Haa bab makan memang nombor satu. Mcm mana badan x naik.
Acah2 cover perut
Gerak lebih kurang 5.45, sampai pun dah nak waktu berbuka. Macam2 ada. Mcm dalam astro tu ha. Cukup sangat la nak makan 10-20 orang. Tapi yang paling kick, SIAKAP 3 RASA. Perghhh, rase macam dah bukan 4 rasa(Masam, Masin, Manis, Nak jilat pinggan) Haa, kan dah 4 rase namenye tu.

Tahun ni agak kurang invitation berbuka puasa dlm majlis2. Mgkin nak bagi pluang utk bbuka ngan family agaknye. Mane idoknye, Faris dondeng tu kalau time sahur, dia bangun sahur jgk. Time berbuka, nak berbuka jugak.
Faris pun nak berbuka jugak

Lepas Maghrib, sambung lagiii..Nasib baik surau dekat.