Showing posts with label #lainlain. Show all posts
Showing posts with label #lainlain. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

BILA?

Pernah tak, ada dalam situasi ni??
= Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar..
= Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri..
= Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu..
= Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja...
= Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan..
= Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja..
Tak payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah...itu saya dulu..waktu seronok, waktu senang..insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita..rai kan bersama...tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...
Mak ayah kita tak pernah berfikir 2kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tu...tak pernah sebut dan bagi alasan ..semuanya ditelan..kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong...sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit..panjang berjela pnerangan kita..untuk itu ini...
Persoalannya BILA???? Kita nak mampu beri balik..bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit...ingat, setiap kali alasan yang kita beri..umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu"...dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah..ia bukan alasan untuk kita berenti memberi pada mereka..
»renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang...(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)
Sharekan pade umat manusia lain jika bermanfaat.

Wednesday, February 25, 2015

Prudential BSN Takaful

PruBSN Takafulink : 5 Dalam 1


 

1. Kad Perubatan
Kad Perubatan adalah penting semasa anda dimasukkan ke hospital dan bil yang bakal dikenakan adalah tinggi. Masalah anda telah diselesaikan jika anda mempunyai kad perubatan Prudential BSN Takaful.


2. Pampasan Kematian
Jika anda mempunyai anak dan pasangan hidup, adakah anda mahu ahli keluarga anda terbiar begitu sahaja setelah ketiadaan anda? Apakah yang anda bekalkan pada mereka sekiranya anda lumpuh, kematian atau tidak dapat bekerja lagi?
Pampasan Kematian daripada Prudential BSN Takaful adalah tabungan yang paling selamat untuk anda.


3. Pampasan Kemalangan
Adakah anda tahu apa yang bakal berlaku pada anda esok hari ataupun yang akan datang? Jika anda setiap hari memandu kereta, kemungkinan besar untuk berlakunya kemalangan adalah sangat tinggi. Dengan adanya pampasan kemalangan, anda telah dilindungi untuk mendapat pampasan sekiranya berlaku kemalangan ke atas anda. Prudential BSN Takaful dapat membantu anda dengan memberi pampasan yang secukupnya.

4. Penyakit Kritikal.
Terlalu ramai masuk hospital sekarang disebabkan oleh penyakit-penyakit kritikal terutama kanser bagi kaum wanita serta serangan jantung, darah tinggi dan kencing manis bagi kaum lelaki. Jika anda sakit, kami membayar pampasan kepada anda dan bayaran bulanan anda juga akan dibayar oleh Prudential BSN Takaful jika anda disahkan terkena penyakit kritikal tahap 3.


5. Simpanan.
Duit yang anda bayar bulan bulan akan dilaburkan ke pelaburan yang dikawal oleh panel syariah Prudential BSN Takaful. Keuntungan akan diberikan kepada akauan simpanan anda. Simpanan anda boleh dikeluarkan pada bila bila masa. Adakah anda telah memikirkan berapa jumlah wang yang anda perlukan setelah bersara nanti? Atau adakah anda perlu bekerja lagi untuk meneruskan kehidupan anda nanti?

Sebagai persediaan kepada segala kemungkinan, Prudential BSN Takaful sediakan min RM1/2 juta untuk bayar bil hospital hingga umur anda 70 tahun jika anda perlukan rawatan di hospital pakar. Disertakan juga manfaat lain yang pasti akan memberi kepuasan berbanding jumlah yang anda sumbangkan!
1)  Kad Kesihatan
RM500,000 - RM1,500,000*
2)  Elaun Tunai Wad (max:100 hari)
RM100 - RM400* sehari
3)  Elaun Tunai ICU (max:30 hari)
RM100 - RM400* sehari
4)  Elaun Tunai Pembedahan
RM2,500 - RM12,500*
5)  Pampasan Kemalangan Kecil (Pay n Claim)
RM2,000 - RM10,000*
6)  Pampasan Penyakit Kritikal (36 jenis)
RM10,000 - infiniti*
7)  Khairat Kematian
RM2,000 - RM10,000
8)  Pampasan Hilang Upaya Kekal (Penyakit)
RM20,000 - infiniti*
9)  Pampasan Hilang Upaya Kekal (Kemalangan)
RM20,000 - infiniti*
10) Kematian (Penyakit)
RM20,000 - infiniti*
11) Kematian (Kemalangan)
RM20,000 - infiniti*
12) Dana Pendidikan Anak (Umur 25 tahun)    
: RM35,000 - infiniti**
13) Dana Persaraan (20 tahun)
: RM55,000 - infiniti**
* bergantung kepada nilai premium simpanan anda
**bergantung kepada umur dan premium simpanan anda


SUMBANGAN BERMULA SERENDAH RM4.00 SEHARI
# Untuk menggandakan Dana, anda boleh menambah sumbangan untuk Investment-Linked dalam gandaan RM10 dan kami akan membeli unit-unit saham yang mendapat kelulusan Majlis Syariah Malaysia.
Banyak lagi faedah yang bakal anda dapat jika anda menyertai Prudential BSN Takaful. Luangkan sedikit masa anda untuk memberi peluang kepada diri anda mengetahui kepentingan kad perubatan dan perlindungan takaful keluarga.

Law Of Three: Financial freedom comes with Savings, Insurance, and Investment.
  1. You need to invest the correct proportions into each of the three.
  2. Savings: you require enough savings to last 2-6 months if you lost your job, as a cushion.
  3. Insurance: you must be insured for any emergency that you can’t pay from your bank account (medical, car, life, house, asset, factory, marine etc)
Your ultimate financial goal is where you accumulate capital until your investments pay more than you earn in your job. Then you can retire and manage your assets.

 “RENUNGAN 1″
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
 Hadis Riwayat Al-Bukhari

 “RENUNGAN 2″
  • “Jika anda masukkan simpanan Prudential BSN Takaful ini dalam perbelanjaan anda, ia merupakan yang termurah jika dibandingkan dengan semua perbelanjaan lain, tetapi jika sesuatu terjadi kepada anda, dalam sekelip mata, bil Takaful ini akan membiayai segala perbelanjaan yang diperlukan tahun demi tahun”.

“RENUNGAN 3″
  • “Tahukah anda anggaran kos pendidikan 15 tahun akan datang?. Katakan dalam tempoh itu (15 tahun) anda perlukan RM40,000 untuk pendidikan anak kesayangan anda.Jadi anda perlu menyimpan RM200 sebulan tanpa henti. Andai sesuatu terjadi, anak anda hanya mendapat apa yang anda simpan sahaja. Tetapi di Takaful, anak anda pasti mendapat RM40,000 untuk penuhi keperluan asasnya makan, pakaian, kenderan, buku-buku hingga polisinya matang. Anak anda juga mendapat perlindungan, Kad Perubatan minima RM1/2 juta dan manfaat lainnya”.Prudential BSN Takaful dapat menyediakan wang untuk anak anda.

*Makluman*
PRUDENTIAL wujud di UK sejak 1848 dan bertapak kukuh di Malaysia sejak tahun 1924, dengan kepakaran dalam industri insurans, kini mejalin kerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) lalu membentuk PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (syarikat pertama menawarkan Kad Perubatan dalam industri Takaful).
BERTINDAK SEGERA SEBELUM TERLEWAT…………….WASSALAM
Untuk memohon quotation percuma, sila e-mel maklumat berikut kepada shahrulafzam@gmail.com:
  • Nama :
  • IC. No :
  • Merokok (Y/N) :
  • Pekerjaan :
  • No. untuk dihubungi :
  • Alamat E-mel:

Hubungi ejen Prudential BSN Takaful anda sekarang untuk keterangan lebih lanjut;

Best Regards,

| Shahrul Afzam Mohamad
| 019.455.2664
| Skype/YM: mr_shah53
| Al Isra Associates Sdn Bhd


Saturday, October 6, 2012

Wedding!

Boleh dikatakan, lepas raya Aidilfitri baru2 ni, stiap minggu konfem ada jemputan untuk sama2 memeriahkan majlis perkahwinan sama ada kawan2 mahupun sanak saudara. Ni pun, aku baru je balik dari Taman Kota Cheras, menghadiri jemputan daripada seorang rakan kerja. Walaupun baru berurusan 2@3 kali, aku tetap anggap dia sebagai seorang kawan. Lagipun, ustaz cakap, diwajibkan untuk menghadiri jemputan walimah. Hehe. Majlis yang diadakan agak meriah, dengan lagu2 berkumandang, ada cabutan bertuah, dengan suasana kampung yang berangin, kawasan yang agak tinggi, memang best. Kalau tak silap, 10 kanopi dipasang sepanjang jalan. Meriah!.

Kadang2, terpikir jugak aku, asyik menghadiri majlis orang, majlis aku, bila lagi nak dilaksanakan? huahuahua. Then, mula la ter-list down senarai2 yang perlu ada untuk melangsungkan majlis especially DUIT. Mula la perbualan yang agak sempoi dengan member, buat2 tanya berapa ribu dihabiskan untuk majlis.
Dengan konfiden n kondifen dijawab;

Khairul: dalam rm40-50k jugak bang..
aku: ooo, yeke..memang hrga standar la kat KL eh.. (dengan muka selamba, walaupun nasi beriani nak tersedak kt kerongkong)
Khairul: tu la..katering pun dan rm18k-20k..
aku: (dlm hati: sumpah aku tak ambik katering. Gotong royong orang kampung sudey..)

Giler gedabak ekau nak wat majlis kawin kat area KL ni. Hangus 40k.... So, pesanan kepada jejaka diluar sana yang mengidamkan wanita yang menetap di area bandar, boleh start menyimpan la ye. Segala2nya perlukan duit, tapi duit bukan segala2nya.

p/s: Cari lah harta diibaratkan anda akan hidup 1000 tahun, dan beribadatlah anda diibaratkan anda akan hidup cuma satu hari je lagi.

Thursday, February 9, 2012

Monday, February 7, 2011

Atuk Nak Jual Obat

Aku panas betol dengan geng ni. Agak2 la nak closing pon. Dah le kaco kedamaian malam petang jumaat aku. Tak sempat aku tukar kain pelikat yang aku pakai pegi solat jumaat, diorang dah datang. Ingatkan saje2 nak mai melawat. Memandangkan dikalangan rombongan tu ade kenalan akak aku. Dia bawak family skali!. Rupe2nye bapak dia datang dengan niat yang lain, iaitu nak promote Hai-O. Mula2 gelak2, buat2 lawak mesra alam, then, mula la agenda dia. Kuar pasal Hai-O..OK, fine. Hang nak promote, promote la. Aiman kat kampong sebelah tu tak kesah pun. Tapi, bila ekau dah mula kluarkan laptop yang besornye seumpama TV Plasma, sekali dengan external speaker tu, aku dah mula rimas beb. Bisingnye menenggelamkan konsentrasi aku nak tengok cite kat TV1.
Aiyoyo..amma appa alagapas…aku taip ni pon mase diorang tengah closing. Memang sengaja aku kuarkan laptop time ni. Sebab malas nak join skali. Hehe.
Aku tengok cite pon tak pasal2 kene dengar sekali ape yang dia membebel pasal Bio-Aura. Memang betol, nak jual penapis air tu takde masalah. Tapi, tak perlu kot nak ajak sekali geng2 family aku untuk turut terjerebak dengan MLM ni. Ku tak rela dinodai. Huahuahua..
Haa, ekau racun la puas2 dulu. Nanti korang blah, aku racun balik keburukan2 MLM!.Hang ingat, Melayu ni mudah diperbodohkan? Oh tidak sama sekali..haarrghahahaha…
p/s: artikel ini ditaip pada Jumaat, 04 February 2011, 04:45pm. 

Wednesday, January 5, 2011

Kambing Golek/Panggang Istimewa

Inginkan kenangan dan kelainan di majlis anda? Tak kira la majlis perkahwinan, rumah terbuka mahupun tertutup, sambutan hari jadi, perasmian mahupun penutupan, dinner, n sebarang majlis keraian yang diinginkan. Kambing Aqiqah pun ada disedikan. Dengan harga yang berpatutan, bayangkan satu sudut yang akan dipenuhi dengan orang ramai, beratur menantikan daging kambing siap dipanggang dan dihiris. Perrgghhhh..mantop seyyhh.. 
kecur liur bro..haha
Masuk 2@ 3 keping dalam pinggan, cicah pulak dengan Black Pepper, Mint, Salad n Thousand Island Sauce..fuuhhhh, sukar digambarkan dengan kata2 mahupun tulisan..So, tunggu ape lagi?Nikmatilah keenakan dan kelazatan kambing panggang dengan ramuan yang dirumus khas oleh Chef berpengalaman;
En. Khair(0122615045)/Pn.Nora(0126449171).

Jangan lepaskan peluang keemasan ini...

p/s: Kambing golek RM800, Kambing Aqiqah panggang RM1000.

Sunday, January 2, 2011

PENGAMBILAN TRANSKRIP AKADEMIK DAN SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN

kopi-pes daripada announcement UMP..

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera..
Perhatian kepada pelajar yang sudah menamatkan pengajian dangan berstatus bergraduat pada Disember 2010
Transkrip Akademik dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian saudara/i boleh diperolehi dari Kaunter Pejabat Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) mulai 3 Januari 2011.Walaubagaimanapun, dokumen ini hanya akan diedarkan kepada pelajar yang sudah menamatkan pengajian dan tidak berhutang dengan Universiti (yuran pengajian, perpustakaan, denda atau saman). Pelajar yang masih berhutang, diminta untuk menjelaskan hutang berkenaan di Bahagian Penerimaan & Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari. Bagi hutang yang melibatkan perpustakaan pelajar boleh berhubung terus dengan Jabatan Perpustakaan UMP.
Talian untuk semakan hutang :
  1. JABATAN BENDAHARI (09-5492057/2096/2072/2054)
  2. JABATAN PERPUSTAKAAN (09-5493131/3133)
  3. BAHAGIAN PERKHIDMATAN & KEBAJIKAN PELAJAR , JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (09-5492545/2543)
  4. BAHAGIAN KESELAMATAN (09-5492517)
Tatacara pengambilan dokumen penganugerahan oleh penama
  1. Mengisi borang ambilan dokumen penganugerahan.
  2. Mengemukakan kad matrik atau kad pengenalan sebagai bukti pelajar UMP.
  3. Sila semak dokumen penganugerahan dan tandatangan borang berkenaan.
  4. Dokumen penganugerahan (Transkrip Akademik & Surat Pengesahan Tamat Pengajian) diserahkan kepada pelajar.
Tatacara pengambilan dokumen penganugerahan oleh wakil penama
  1. Mengisi borang ambilan dokumen penganugerahan.
  2. Mengemukakan surat kebenaran dari penama dan salinan kad pengenalan wakil.
  3. Sila semak dokumen penganugerahan dan tandatangan borang berkenaan.
  4. Dokumen penganugerahan (Transkrip Akademik & Surat Pengesaha Tamat Pengajian) diserahkan kepada wakil.
  5. Walaubagaimanapun, BPA tidak memproses kali ke dua sekiranya dokumen berkenaan hilang atau rosak selepas diserahkan kepada wakil.
Tatacara penghantaran dokumen penganugerahan melalui pos
  1. Menerima surat permohonan daripada penama (melalui email atau pos atau faks). Sila nyatakan nama penerima dan alamat dengan tepat untuk penghantaran. Sila nyatakan juga nombor telefon untuk dihubungi.
  2. Dokumen penganugerahan akan dipos kepada penama dan alamat seperti yang dinyatakan di dalam surat permohonan tersebut.
  3. Walaubagaimanapun, BPA tidak akan memproses kali ke dua sekiranya dokumen berkenaan hilang atau rosak ketika penghantaran.
Sila hubungi BPA (Pn Lily) di talian 09-5492526 atau email :konvokesyen@ump.edu.my ATAU lilymasliza@ump.edu.my (Untuk perhatian : Pn Lily) atau faks : 09-5492555.
Sekian, terima kasih.

kredit kerana mengetag Nama Saya Shahrul dalam Notesnya..hehe

Saturday, January 1, 2011

Al-Fatihah: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung. 


Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.



Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan. 

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. 

Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok. 

Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre. 
Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil. 

"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. - BERNAMA 

sumber

Tuesday, December 28, 2010

Mencari Rumah Sewa

Wahai rumah2 sewa sekalian, dimanakah dikau. Aku sedang memerlukan sebutir sebuah rumah untuk disewa. Pliiissssss.. Kepada sesiapa yang nak buat pahala free, meh la tolong aku. Hulurkanlah bantuan kepada mereka yang memerlukan. Hehe. 
Berikut adalah 'specs' rumah yang dperlukan:
  • Kawasan yang berdekatan(tak lebih daripada 10KM) dengan Bangsar @ Jalan Raja Chulan. Kalau dapat tengah2 antara dua tmpat ni, lagi bagus.
  • Kadar sewa tak lebih daripada RM600/month.
  • Tak kurang daripada 3bilik. 
  • Bersih dan terhindar daripada benda2 yang dikategorikan sbagai "Mughallazah"..Paham2 la ye..hehe.
  • Kawasan yang tak dilanda bencana alam(ex. banjir,gunung brapi, gmpa bumi, letrik/air xde).Kalo dapat tempat yang bersalji lagi best.
  • Persekitaran yang kondusif serta mesra alam.
  • Jiran yang baik n suke bagi makanan. =P
So, kalo ade sesiapa yang tinggal dekat2 area ni, tampil la untuk beri cadangan dan bantuan yer..Nanti aku belanje milo beng suam. ~

p/s: Help meee....

Thursday, December 23, 2010

Kerja oh Kerja

Salam pepagi.. Memang dah pagi pun. Dan sekarang masih lagi menaip2 di ofis. Berbalas2 email dan sambil scan dokumen yang ntah bile akan habisnya. InsyaAllah, dalam mase setengah jam lagi. Itu pun kalau tiada sebarang cacat cela dalam proses documentation ni. Arrgggggghhhh..
Tulang belikat aku dah mula menggeliat. Penat kot! Boleh baring sodap ni. Penah sekali balik umah, baring 37 saat, terus terlelap. Dengan pakaian kerja, tuck in, sluar slack hitam, baju lengan panjang, jam, cincin, wallet dalam poket belakang, henpon kat poket kiri, lengkap!


Nasib baik stokin sempat cabut. Dan, nasib baik bangun awal pagi tu sebelum subuh. Haha....Tu la suasana tidor yang paling skema yang penah aku alami. Oh tidak........
Tapii, ade baiknye jugak kalo dah takde orang kat ofis. Boleh jugak aku download laju2..Haha. Dengan kelajuan Unifi 5MB, setakat bluray 8Gig tu, zaasssss je..hehe..


Anyway, korang ni kerja ke tak kerja, same je stay up macam aku kan. Tahniah2. semoga kita sama2 berQiamulail nanti. hehe. Jangan duk asyik berfesbuk, blog, komik, muvee, chating je..Dunia2 jugak, akhirat jangan sesekali lupa. Sama2 la kita cari bekalan untuk kedua2nya yea. Seimbangkan la.(pesanan untuk diri sndiri jugak)..


p/s: Boleh pandang2, jangan pegang2..Arrghhh, terbayang2 wajah Cikgu Shida miming lagu ni...Astaghfirullah....

Wednesday, December 22, 2010

Teka Teki Teku Teko Teke

Marilah kita berteka-tekuk sebelum tidoooo...

Apakah yang sama macam unta,
muka macam unta,
ekor macam unta,
badan bonggol macam unta...
tetapi bukan unta.. 

Haaa, jawab2..sape menang, pegi kedai n beli hadiah sendiri...peace(",)

Tuesday, December 21, 2010

Reunion with Ex-Matric Mate

Assalamualaikum..Pertamanya, tengkiuu kpada rakan2 yang sudi menjemput aku kemajlis yang tak seberapa. Hehe. Yela, tak seberapa tu sebab aku hanya dapat gathering kejap je..around 4 hours. But, I really appreciate it so much guys. Bukan senang nak jumpa bakal2 peneraju negara macam diorang ni. Haha.. Peneraju la sangat. Ok, meh nak kenalkan sorang2 kengkawan yang dapat ku jumpa tadi.
1- Pami

Dikenali ramai dengan panggilan PAMIKUK. Sebenarnye, dia la pengasas kepada ahli2 mangkuk2 di KMNS tu..hehe..Glemer la mu kuk!. =P eh, jangan posing cmni lagi kuk. naik bulu idung beb!hahaha

2-Nadz

Yang ni Naib Presiden kepada pamikuk. Merangkap ahli teletubbies yang ke-6. Nak masuk ahli kumpulan, tapi dia tak lepas plak audition. Kesian...Mintak maap ttg gambar ni. Dia memang sukar dikawal.~

3-Naruchi
Sedare kepada Naruto. Aku tak tau la kenapa mamat ni minat sangat-sangap dengan katun naruto tu. Tapi aku 'respect to the X' (ayat add math) la sebab ko mmg terer lukis. Maybe

Monday, December 20, 2010

Empty vs Nothing!

Bismillah...........
Ermm, ape yang aku nak tulis malam2 ni eh? Aduyai.. Otakku dah terbayang katil..Namun mata pulak yang tak mengizinkan..Tak mengantuk lagi laaa. Buka PC ni dengan niat nak tengok muvee. Namun tak kesampaian bile dan tekan "CONNECT" kat broadband. Then mula la tangan ni gatal nak godek2 internet. Buka macam2. Kebetulan tenet laju la pulak malam ni..hehe..Ape lagi, penuh la tab kat Gugel Krom aku ni. Belasah!. Pakai PC bole la buat camni. Kalo laptop yang lembab n lembik, jangan harap. Silap2 haribulan jadi dumping.. Bluescreen..haha..Cakap pasal laptop ni, dah lame aku pakai Dell Inspiron 1420 yang skrinnye rosak. Namun aku masih bersyukur sebab company bagi pinjam. Dh berkedip2 mata ni nengok. Nasib baik dapat leptop lain dari cmpany. Memperkenalkan........
Thanks God and thanks to Ratech. Pe lagi, terus install Windows 7. Baru la padan dengan Wireless Mouse A4Tech G7-750 yang aku baru angkat kat loyat mggu lepas. Semangat la sikit nak buat kije. Haha.
Arini dah isnin. Kalau zaman blajar dulu, time2 ni la tgh helo kawan2.. Busy giler2 siapkan asignment, tutor, labsheet, n so on. Lebih2 lago kalo pagi isnin tu kena dengan lecturer yang garang. Haa, mula la mnggelabah ayam. Teruk betol perangai buat keje last minit. Wahai lecturer2 ku, harap2 takde yang marah biler bace pengakuan berani ni sebab aku tau, lecturer pon buat camtu mase diorang study. hehe..
Kalo dh buka tenet ni, mula la ade yang dengki. Jam kat skrin ni lajuuu je. Tensen betol.Tapi kalau bab menunggu sumting, mase ni la jam jadi lambat. Rase nak hentak kat lantai pon ade. Da la esok keje. So, terpaksa la save energy sikit utk esok. 
Adios amigos!..zzZZzzzZZZZZ

p/s: memang entry kosong pn.Haha

Sunday, December 19, 2010

Today's Outing

Salam dan selamat malam kepada blogerz2..

Aku ni memang suke menyepi kan..haha..kalau dulu, time praktikal boleh lagi nak surfing2 internet bace paper, layan blog org, tulis blog sendiri, berfesbuking.. Tapi sekarang duniaku dah agak berubah. Dibebani dengan kerja2 yang harus dsiapkan saban hari. Sampai paper pun x sempat nak bace habis! 
maksudku, setiap perkataan yang ditulis kat paper tu dikhatamkan la. Tapi, bukan paper yang hard-copy la..Mereng ke hape nak bace stiap perkataan??nak ke lorang bace iklan2 yang kecik2 tu?fuhh, aku masih waras dan tidak sama sekali membacanya smua..=P

FYI, tadi aku telah menghabiskan seharian di sekitar KL dengan Draman(bukan nama sebenar)..hehe, sori mang, x pasal2 kne guna nama glemer kjap. Haa, budak ni la yang beriya sangat nak ajak aku pegi..





Destinasi 1: Education Fair di Mid Valley. Berpusing2 di MVEClbh kurang sejam dengan ksesakan yang agak ketara. Agak banyak universiti yang menyertai exhibition tu. Tapi 95%nye IPTS. IPTA yang aku jumpa, just ade 3. UM, UKM dan UTM. tu yang aku ingat dan terpandang la. Aku saje2 la kan, tengok course Master dalam Computer Science field. Then, tetiba rase macam berminat untuk sambung master. Ade tanya 3 universiti tu pasal info2 master dari aspek kos, duration, kebaikan, keburukan, n so on. Erm, kos Information Security macam best. Anyway, KIV dulu. Xkonfem lagi. Hehe. Member aku sorg ni cari Open University. Pusing 3 kali, x jumpa2. Tensen betol. Tanya orang, orang tu cakap ade. Tapi tak tau la mata kitorang ni x bleh nampak signboard yang tertulis OU tu. Last2, g tnye sorang staff kat Uni mane ntah. Dengan nada slumbernye dia buat lawak. Cakap x nampak OU tu sebab Uni tu terlalu terbuka. Cam harreemmm.. Then, kami dimaklumkan bahawa ade satu lagi ala2 education fair yang diadakan di PWTC. Dengan semangat dan azam yang baru, enjin kereta pun dihidupkan untuk menuju ke PWTC.

Destinasi 2: Lokasi kedua, di PWTC. Singgah mkn di MekDi. Dah kenyang baru la mula melangkah ke dalam hall exhibition. Memang sudah dapat diagak, keadaan sesak sejibik dengan di Mid Valley tadi. Dan, Universiti2 yang ade pn lebih kurang sama!..hampeh btol. Buek lotih jer..

Destinasi 3: Open Universiti. Setelah hampa dengan hasil yang tidak seberapa, kami pun mengelilingi the Mall untuk mencari OU. Sebab dimaklumkan bahawa OU ade dekat dengan The Mall. Lokasi OU dengan UM kampus Kota adalah bersebelahan. Pintu masuk pun same. Tak tau la maybe dua universiti ni memang ade kolabrasi ataupun ikatan persaudaraan yang aku tak menyedarinya sejak sekian lama.

Destinasi 4: Plaza Lowyat. Smpai kat lowyat pun dah lewat petang. Tujuan, nak cari handset Nokia C3. Member aku ni nak trade in handset. Brand HP Ipaq Bussiness Messenger. So, sesape yang berminat, helo2 la ye..pakai baru je dua bulan. =)

Destinasi 4: Tengok bola Malaysia vs Vietnam. First of all, tahniah buat pasukan Malaysia diatas kemenangan agregat 2-0 kepada Vietnam. Bagus2. Ini la yang dinantikan oleh penyokong untuk lihat Malaysia kembali naik ke persada antarabangsa. Good boy!
 Eh, lupe nk cakap. Bukan g tengok kat stadium tau. Tapi kat warung tepi jalan TAR. Ntah kedai ape namenye. Nampak skrin layar dari jauh, then ape lagi. Terus parking kereta tepi jalan. Betul2 dalam petak yang tertulis “TEKSI”..aahhh, lantak ler.. bleh jugak tengok live kat sana sambil menyantap Nasi Goreng Seafood, Milos ais n kerang rebus…

Destinasi 5: Balik laaaaaaa..sampai rumah area jam 11.30..


p/s: Tolong bagi pendapat sikit, patut sambung stdy on master ke x?then, kalo sambung, patut amik part time ke fulltime?haa, soklan bonus ni..hehe

Wednesday, December 15, 2010

Facebook Emoticons

Helooooooooooooooo..haha..setelah sekian lama blog ni kesunyian tanpa entry, tuan tanah hadir lagi pada kali ini dengan penuh keceriaan..hahaha..kehidupan skrg agak buat2 busy sikit..Ni pun ada kat ofis lagi, baru abis briefing tentang tender. Baru ku sedari bahawa buat benda alah ini agak la merumitkan dan melecehkan serta meloyakan tekak pabila ia melibatkan projek2 yang besar. Namun begitu, a huge thanks for bro Azrul Iskandar, The King of Tender telah membantu serta mengajar aku dengan tanpa mengira penat lelah. Thanks again bro!..(biar la dia x bace blog aku pn..hehe)..Besok TTB akan ke TM untuk mendengar Tender Briefing daripada pihak TM sendiri.


Hidup agak tough ble melangkah ke alam pkerjaan ni. Belum melangkah, baru nak pakai stokin, dah kene harungi rintangan.Tapi, memang best keje ngan staf2 sini yang semuanya sempoi2 bahasa.


Haa, TERpanjang la pulak intro nye..niat di hati nak pendek,memandangkan belum menjejak kaki kat umah lagi ni..aiyoo...ok la..we straight to the point. Actually,  hari ni TTB nk share dengan korang semua tentang bagaimana nak menjadikan ruangan chatting kat fesbuk lebih ceria. Eleh, bukan tips ape pon, just wanna share. Bak kata orang kampung, sharing is penting!


Ini dia, satu jadual sekolah yang aku salin sempena nak masuk semester baru.


Inilah dia facebok emoticons yang boleh digunakan kat ruangan chat. Tak tau la, maybe korang dah lama tau pasal benda2 ni. Tapi secara jujur, ikhlas serta tawaduknye,aku baru tau. Bengkek btol. Haha. Ahhhh,ni smua silap korang. Bukan silap aku sebab korang tak bagitau aku sebelum ni. Kalau emoticons yang biasa2 macam senyum, jelir, sedih n gelak tu, aku tau la..selebihnya, baru tau kjap tadi.hehe.
So, cara nak guna, just taip je simbol2 kat bawah column "shortcut" macam kat atas ni. Setel. As simple as nuts kot..


p/s: tak lama lagi fb akan buat macam YM, emoticons Sweetim tu..nice2.