Sunday, November 29, 2015

Kos tidak setanding dengan nilai kesihatan

Good Nite semua.. Lama sy x berFB.. Masa byk hbs menguruskan kesihatan.. kesihatan x mengizinkan..

Just nak pesan kat kawan2.. Pentingnya anda miliki 1 Kad kesihatan/ insuran kesihatan..

3 tahun yang lalu.. Sy Ambil kad kesihatan.. Ceupecare... Saja suka2.. Riak x rasa pun keperluannya.. Tp ambil juga Sbb murah sangat.. Sebulan bayar rm28 shj.. Dia cover rm20,000 setahun..  Waktu ambil tu x pk pun akan sakit.. Rasa mcm badan ni buat dari besi.. Rasa akan sihat sentiasa.. Tahun kedua buat bayaran.. Rasa nak tamatkan je .. Berkali kali pk nk terminate je. X berbaloi bayar sbb x guna pun.. Dah 3 tahun x guna pun..Tp malas nk g office mrk.. So biar je la.. Terus potong dr gaji je. X rasa sgt la..

Kalau congak rm28 x 36 bulan bayar.. Jumlahnya rm1008.00 aku dah byr kat mereka..

Tanggal 4 nov.. Kaki aku paralyzed.. X leh gerak.. Kalau gerak rasa sakit gila.. mcm sakit gigi tahap maximun ( aku cakap sakit gigi sbb aku nak gambarkan mcm mana kaki aku sakit time tu.. Sbb sakit gigi adalah sakit yg tersangatlah sakit)

Aku x leh jalan.. X leh bangun.. Pukul 1 pagi.. Aku berusaha 10 minit untuk bangun.. Kekiri x boleh.. Meniarap x boleh.. Sambil menangis sakit giler.. Aku merangkak tepi dinding.. Capai sepasang baju.. Capai kunci kereta.. Merangkak ke kereta.. Drive ke columbia asia hospital.. Nasib baik keta auto.. Masih mampu drive.. Aku sampai.. Tekan hon n mnta guard bawa kerusi roda .. Aku x pk apa dah.. Swipe la kad bank sy.. Rawat la saya.. Saya x tahan dah sakit giler.. Insuran lulus x.. Sy pk kemudian..

Dr suntik pain killer paling kuat kat punggung n suntik ubat kat urat darah tangan.. Saya terus tidur.. Sedar sedar Bangun tido dah masuk wad. 2 hari pakai kerusi roda.. Duduk x selesa.. Sakit nya tuhan yg tahu.. Tido x selesa.. Pain killer setiap masa.. MRI hari hari ..  Kalau tambah jumlah jam.. 4 jam aku duk dalam mesin MRI tu.... Cari punca sakit.. 20 keping gambar scan MRI.. Punca ditemui.. Aku rahsiakan..

Kos rawatan sy 3 hari kat sana rm5000.. N kad yg sy byr rm28 sebulan itulah yg melunaskan bil hospital sebanyak rm4994.. Sy just bayar rm6 sahaja sbb sy minta ubat yg x ada kaitan dengan sakit saya.. Itu baru 3 hari.. Lau lg lama puluhan ribu kot kena bayar..

Syukur sangat.. Kalau x kat mana la sy nak cari duit bayar bil tersebut..

Waktu sy merangkak kesakitan tu.. Sy x ingat pun nak call kawan2 sbb sy bkn jenis yg pandai mnta tolong.. Maybe sbb dah 14 tahun berdikari.. Lg pun dah pukul 1 pagi.. Semua mst dah tido.. Sy just pk hospital terdekat je..

Nyawa kita ni rapuh sgt2.. Sy mnta maaf pada semua yg sy pernah sakiti.. Moga kita semua damai di bumi pinjaman ini.. Amin amin amin..

Now dah register BSN PRUDENTIAL.. 400 sebulan.. Sanggup byr. Cover 4 juta.. Pampasan cacat kekal rm200000.. Meninggal or cukup umur dapat lak rm130,000

Sumber: FB Razak Rahim

Saturday, October 24, 2015

Hubungi Saya


Name : Shahrul Afzam bin Mohamad
Address : Kuala Lumpur/Selangor
Email : shahrulafzam@gmail.com
Phone : 019-4552664
Facebook: Shahrul Afzam Mohamad

Wealth Planner
Prudential/PruBSN Takaful Berhad
Al Isra' Associates

Specialize In :-
– Investment-linked Insurance & Takaful
– Life Insurance & Family Takaful
– Syariah Compliant Unit Trust
– Retirement Planning
– Business & Key Man Insurance & Takaful
– General Takaful
– Medical & Health Insurance & Takaful
– Education Plan

Takaful Puteri & Takaful Puteri PLUS

HAYATI LAH HIDUP ANDA HARI INI DENGAN KEBEBASAN SEPENUHNYA!!!!!

Penghargaan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala apa yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan satu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu :-

Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus

Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu

Plan 1 = RM 50,000

Plan 2 = RM100,000

Plan 3 = RM150,000


Pelan Takaful Puteri menawarkan :
Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)
manfaat takaful puteri, plan, sakit kritikal
Nota :

i) Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan

ii) Jadual di atas hanyalah ringkasan sahaja. Untuk keterangan lengkap, sila rujuk Sijil Takaful atau klik di SINI

Kurang Jelas/Kurang Faham Mengenai Plan Ini?

Buat Temujanji Anda Sekarang!!


Shahrul Afzam bin Mohamad
0194552664

Sunday, October 11, 2015

Malaysia Airlines: Manfaat Perlindungan Ditarik Balik.

Tidak cukup dengan peristiwa menyayat hati MH370 & MH17 Malaysia Airlines ditambah lagi kesedihan apabila Medical Benefit Staff Malaysia Airlines kini telah ditarik balik Dan hanya digantikan dengan Coverage yang lebih rendah.

Ini terjadi kepada salah sorang customer saya yg bekerja di Malaysia Airlines. Pada mulanya Tiada Limit yg diberikan kepada staff berkenaan untuk kemasukan wad. Tetapi terkejut pada bulan ini ketika hendak keluar Dari wad mendapati bil beliau tidak ditanggung oleh Medical Benefit Malaysia Airlines kerana sudah kehabisan limit. Beliau diberitahu yg Limit yg dahulunya UNLIMITED untuk satu family kini telah ditukar menjadi RM30,000 sahaja setahun untuk satu family.

Panik dan tiada pilihan, customer terpaksa membayar RM15,000 bil perubatan pembedahan mengubati tisu koyak di bahagian lengan di Sunway Medical Centre menggunakan Credit Card sendiri.

Tadi saya terima call suruh check policy beliau sama Ada mempunyai plan yg cover medical atau tidak ?? Alangkah leganya bila saya mengatakan yang "Abg mempunyai medical card coverage yg bernilai RM100,000 limit setahun, dan bil RM15,000 tu bole di claim nanti 100%"...Alhamdulillah..

‪#‎Fakta‬ : Medical Card Company sangat subjective Dan bole berubah-ubah mengikut kepentingan syarikat.

*Kepada pekerja-pekerja yg lain, please check your current staff medical benefit with your Human Resource.



**Gambar hiasan.

Monday, October 5, 2015

Kisah Ejen Takaful

Malam ni terima call bertalu2 dari seorang klien.. Selepas solat Maghrib baru chek hand phone.. 10 MISS CALL 😟 .. Mesti URGENT ni.. Cuba call balik ..

Klien : Encik shahrudin pergi mana saya call berpuluh kali tak angkat.. Mcm ni ke agent insurans.. Sepatutnya encik kena sentiasa pegang hand phone n jawab bila klien call !!! ..

Saya : Kan time maghrib abg.. Xkan tengah solat pun saya nak jawab telefon ? .. Kenapa abg call saya? Bulan lepas sy call n mesej abg banyak kali utk remind payment insurans tapi abg tak reply pun...

Klien : "Terdiam"... Maaf.. Bulan lepas saya busy outstation.. Tak sempat nak reply n jawab call en shahrudin.. Saya kat KPJ specialis sekarang ni.. Wife saya pengsan tadi kat bilik air.. Sebab tu saya bergegas ke sini.. Apa status medical kad wife sy.. Tadi masuk kpj, staf sana minta DEPOSIT RM1500 .. En shahrudin cakap deposit utk yang ada medical kad dalam RM400-RM500 je.. Ni kenapa MAHAL sangat..

Saya : Medical kad wife abg dah laps bulan lepas.. Sebab tu saya call n mesej maklumkan pada abg.. Tapi abg tak jawab apa2..

Klien : Boleh tak saya bayarkan malam ni dan aktifkan semula medical kad ni.. Mana saya nak cari duit nak bayar bil sendiri.. Deposit pun dah RM1500.. Bil belum tentu berapa ribu.. Harap sangat encik shahrudin boleh tolong saya..

Saya : Maaf abg.. Saya dah remind untuk aktif kan medical kad wife abg bulan lepas.. Tapi bila dah laps mcm ni tak boleh hidup kan serta merta.. Akaun ni pun dah lebih sebulan laps.. Kalau abg bayar esok pagi kat kaunter masih kena tunggu sebulan baru boleh guna medical kad.. Bab ni memang sy tak boleh tolong..

Klien : aduhhhhhh.. Camana ni.. Terpaksa la korek duit yang mana ada.. Dah sakit nak datang bukan kita cari.. Nak suruh stop pun tak boleh.. Ok2 nanti settle kes wife encik shahrudin datang jumpa saya kat office.. Saya nak aktif kan balik semua polisi termasuk saya dan anak-anak..

Saya : ok abg.. Inshaallah esok pagi saya pergi jumpa abg..

*apa yang kita boleh belajar dari sini.. Ingat !! . Tugas agent bukan saja cari kes dan close kes.. Tugas yang paling besar adalah sentiasa pastikan POLISI klien AKTIF.. mmg berat tanggungjawab kita.. Tebal muka nak minta klien bayar bulan2.. Tapi bila tak bayar nanti silap2 kita dipersalahkan..

Saturday, October 3, 2015

Top 6 Takaful Players in Malaysia


Alhamdulillah Prudential BSN takaful masih lagi berada di ranking top 6. Tidak penting syarikat mana yang kita pilih, asalkan ia terbaik dan pilihan ramai. Terbaik yang saya maksudkan disini bukan saja berpandukan pada jumlah jualan, tapi industri takaful ini jelas mempraktikkan soal servicing. Sejauh mana laju nya klaim, cepat atau lambat customer service memberi respon terhadap klien dan kecekapan ejen2 dalam menyelesaikan kes.

So, pilihlah yang terbaik, ejen yang anda selesa untuk berurusan, dan semestinya di waktu yang terbaik iaitu ketika anda SIHAT. 

Shahrul Afzam
0194552664
Prudential BSN Takaful

PENTING!! Tips Memilih Kad Perubatan

Di pasaran sekarang banyak jenis kad perubatan. Setiap tahun ada saja kad perubatan yg baru dan nampak lebih bagus dari yg syarikat lain. Apa-apa kad perubatan yg anda pilih, minta agen anda terangkan klausa ini.

NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) vs PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC)

1. NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) bermaksud syarikat tidak boleh batalkan manfaat perubatan selagi pelanggan masih membayar dan tidak berlaku apa-apa penipuan (fraud or misrepresentation). PRUDENTIAL; PRUBSNTAKAFUL menggunakan klausa ini.

2. PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC) bermaksud syarikat BOLEH menarik balik manfaat perubatan dengan notis 30 hari jika syarikat mahu berbuat demikian (kerugian, claim banyak sangat etc). Sebab itu ada syarikat boleh kata manfaatnya jutaan atau tiada had, harga murah utk kad perubatan satu keluarga. Gimik saja.
Saya ada kad perubatan NCC dan PWC. Pilih NCC. Hari ini tentunya anda lebih sihat daripada 30 tahun akan datang. Tapi jika umur anda sudah 60-70 beserta kad perubatan PWC, syarikat pula tiba-tiba mahu tarik balik manfaat itu, apa jadi? Sudahla dengan pelbagai penyakit ketika umur tersebut - kencing manisla, darah tinggi la, batu sana sini, penyakit jantung, stroke, cancer - tiba-tiba ditarik semula manfaat tersebut. Maka kita pun berkatalah kad perubatan PWC menipu.

Adakah insuran PWC menipu? Tidak. Dalam buku polisi PWC sudah sedia tertulis, minta agen anda terangkan.
Seperti yg saya kata, pilih NCC. Nombor-nombor itu hanya gimik. Ya, NCC sedikit mahal. Klausa yg mahal tapi itulah fungsinya - ketenangan minda.

Sekian, harap membantu.
Shahrul Afzam Mohamad
Prubsn Takaful

Tuesday, September 22, 2015

PRUBSN TAKAFUL CAN BE TRUSTED. Semuanya Telah Selesai

Alhamdulillah semuanya telah selesai. Kes yang membabitkan tuntutan takaful yang menjadi viral di media sosial telah selesai sepenuhnya setelah Encik Muhd Shakir mengadakan perbincangan dengan pihak atasan Prudential Bsn Takaful Berhad. Baca tulisan Encik Shakir di bawah.

Hari ini telah diadakan perbincangan antara saya (MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA) dan dua orang pihak atasan Prudential Bsn Takaful Berhad. Perbincangan diadakan di Kota Bharu Kelantan.

Hasil daripada perbincangan sebentar tadi, kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa terdapat sedikit salah faham antara kami. Dan disebabkan salah faham tersebut, maka perkara ini menjadi semakin rumit. Namun begitu, kami juga bersetuju bahawa kes ini telah selesai sepenuhnya.

Saya secara peribadi menganggap kes ini telah berjaya diselesaikan secara profesional oleh pihak Prudential Bsn. Tindakan yang agresif dan profesional ini adalah lambang prihatin pihak Prudential Bsn kepada pemegang polisi Prudential Bsn.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Prudential Bsn atas penyerahan cek tuntutan bagi pihak anak saya bernilai RM 2,609.20. Nilai tuntutan ini adalah tidak sebesar mana pun jika dibandingkan dengan `respon` dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh pihak Prudential Bsn dalam menyelesaikan kes ini.

Dengan penuh hormat, saya menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang menyatakan PRUDENTIAL BSN PENIPU BESAR. Saya juga akan terus menjadi pemegang polisi Prudential Bsn dan akan terus membayar caruman sebanyak +- RM 6000.00 sebulan bagi pihak saya dan keluarga saya.

Akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Prudential Bsn atas sikap proaktif terhadap masalah yang berlaku.

Sekian,
Terima Kasih.
MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA
08 MEI 2015 4.37 pm
Kota Bharu, Kelantan.

P/S : Smoga peristiwa ini menjadi pedoman dan iktibar kepada para pengguna dan juga kepada mana-mana syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini.

Sunday, September 20, 2015

BILA?

Pernah tak, ada dalam situasi ni??
= Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar..
= Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri..
= Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu..
= Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja...
= Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan..
= Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja..
Tak payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah...itu saya dulu..waktu seronok, waktu senang..insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita..rai kan bersama...tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...
Mak ayah kita tak pernah berfikir 2kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tu...tak pernah sebut dan bagi alasan ..semuanya ditelan..kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong...sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit..panjang berjela pnerangan kita..untuk itu ini...
Persoalannya BILA???? Kita nak mampu beri balik..bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit...ingat, setiap kali alasan yang kita beri..umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu"...dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah..ia bukan alasan untuk kita berenti memberi pada mereka..
»renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang...(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)
Sharekan pade umat manusia lain jika bermanfaat.

Ambil awal. Itu lebih baik

Faktor umur memberi kesan besar terhadap harga polisi kita. Semakin awal umur kita mengambil polisi, semakin cerah peluang kita untuk mendapatkan harga polisi dengan coverage manfaat yang bagus dengan harga yang murah. Paling mudah saya berikan contoh, jika kita mengambil polisi ketika berumur awal 20-an kita masih berpeluang untuk mengambil polisi dengan harga yang murah dengan manfaat yang lebih banyak, tetapi jika kita baru nak mengambil polisi pada umur 30-an, kita mungkin tidak dapat manfaat yang sama seperti pada umur 20-an tadi dengan harga yang sama.


Ini kerana, semakin berumur seseorang, semakin meningkat risiko untuk mendapat masalah kesihatan. Semakin meningkat risiko, maka semakin tinggi peluang kita untuk mendapatkan rawatan dengan kerap. Sudah tentu syarikat insuran tdak mahu menanggung orang yang sudah pastinya sakit bukan? Tetapi rasa2 ada kemungkinan kita sakit tak nanti? Tunggu apa lagi? 😀

Ada yang nak tahu2 tentang Prudential BsN Takaful???
Pm.


Siapa sangka kos perubatan setinggi ini.

Sekali kena sound dgn prospek daaa...kita bg la plan yg plng murah kat dia, sbb dh terbiasa mcm tu..jumpa prospek je mesti nk yg byran bulanan plng murah...sekali jumpa prospek ni dh ada kesedaran tentang perlindungan takaful & medical card...nk yg coverage 4juta..byr mhl xpe katanya sbb bnda ni perlu dan penting...I salute u bro..Alhamdulillah tahniah sbb tahu takaful ni penting.

Kita dan bersedia ke belom?




Musibah datang tak kira masa samaada kita tengah bersedia mahupun tidak. Musibah kewangan biasanya akan berlaku apabila terjadinya :
-sakit kritikal
-lumpuh/cacat kekal dan menyeluruh
-kematian
Bagi yang masih hidup, kehidupan perlu diteruskan.

Bagi yang sudah ada pelan perlindungan takaful, pastikan ianya sentiasa aktif sebagai sebahagian dari persediaan.

Sekiranya belum, dapatkan pelan perlindungan takaful anda sekarang.

SELAIN PERUBATAN DAN PENDIDIKAN, BEBERAPA SUSBSIDI LAIN TERPAKSA DIHENTIKAN - MUSTAPA MOHAMED


Kos sara hidup: Kerajaan sedar tekanan ekonomi rakyat - Mustapa


KOTA BHARU: Kerajaan sedar tekanan yang dihadapi ekonomi kelas pertengahan akibat peningkatan kos sara hidup.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga petrol menambahkan beban dan antara punca berlakunya kenaikan harga barang.

Menyedari hakikat ini, pelbagai inisitif disalurkan kerajaan sebagai usaha meringankan beban yang ditanggung golongan terlibat.

Ia termasuk penambahan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selain penstabilan harga barangan keperluan di pasaran.

Sambil menjelaskan peranan GST pada masa hadapan, Mustapa meminta rakyat memandang ke hadapan melihat kesan jangka panjang kebaikan GST kepada negara.

"Kenaikan harga ini akan dapat dikurangkan pada bulan akan datang.

"Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan umpamanya BR1M ditambah dan sebagainya adalah untuk menangani kenaikan harga yang kita jangka apabila GST diperkenalkan.

"GST ini merupakan satu langkah yang pada awalnya, setahun dua membebankan rakyat. Tetapi untuk jangka masa panjang, ia baik. Rakyat pada masa ini banyak menikmati subsidi, contohnya kalau pergi hospital dan klinik sekarang ini hanya bayar RM1," jelasnya kepada media selepas melawat Pasar Tani Kompleks RTC disini hari ini.

Bagaimanapun katanya, selain perubatan dan pendidikan, beberapa susbsidi lain terpaksa dihentikan.

"Kerajaan sentiasa bersedia memberi pendedahan kepada rakyat mengenai kedudukan kewangan negara bagi membolehkan rakyat memahami keadaan terutamanya melibatkan subsidi dan ekonomi negara," ujarnya lagi.

sumber: pejuangpakatna@blogspot.com

Monday, September 14, 2015

Never Underestimate People

MOTIVASI PAGI

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Pnglmn sale sy diawal2 dulu,

Suatu hari sy gelihati melihat ramai manusia y menolak utk mbaca flyers y diedarkan ejen(senior sy). Sebenarnya mereka tak tahu y edarkn flyers tu sbnrnya dh pandu VOLKSWAGEN GOLF R (RM200,000+-) Bukannya kita mahu fokus psl duit, Hakikatnya mentaliti kita x berubah dgn prasangka. Alangkah malangnya bila kita bersikap prejudis.

Sejak dr itu sy amik keputusan.

-Rugi kita dlm bisnes Takaful ini adalah REJECTION shj
Dan ...

-X NAK BUANG FLYERS DARI ORG KAYA..

-Never UNDESTIMATE SALESPERSON! smile emoticon

Sunday, September 13, 2015

Happy weekend!

Pagi2 hari lagi penuhkan aktiviti bersama program Al Isra. Satu lawatan muhibbah diadakan ke Rhaudatus Sakinah, satu tempat yang kami sendiri tidak dibenarkan untuk expose lokasi sebenar.
Alhamdulillah hari ni banyak belajar erti kehidupan. Hargai setiap apa jua kelebihan mahupun kekurangan. Di radio IKIM juga ada mengingatkan, kita x boleh sama skali ada prasaan kecewa. Sebab apa? Kerana sekali kita kecewa, kita ibarat tidak berpuas hati dengan takdir Allah.
Program lawatan ke Rhaudatus Sakinah tadi diisi slot perkongsian oleh kak Arbaayah, mengenai financial managment yang sepatut di praktikkan di dunia luar kelak. Dan seterusnya perkongsian slot inspirasi kehidupan yang disampaikan oleh Kak Yus. Bagi saya, satu perkongsian yang sangat menyentuh jiwa dan sangat berkesan.

Malam pula sy luangkan masa untuk baby. Even blum kluar, tapi barang2 kne prepare siap2. Pakaian, aksesori, pampers, n so on.


Trbaekkkk toqq.

Ni haa,  barang2 yang sempat di rembat. Sebab fenin dengan ramai org. Bersesak2 dlm Mivex tu. Dalam banyak2 booth, ade juga terjumpa dengan booth Prudential. Sy dapat agak, pasti ramai ibu bapa time tu apply education plan untuk anak.

Yang membaca ni dh ade belum? jo contact sy. sy boleh advise plan ape yang sesuai untuk anak. 

Shahrul Afzam Mohamad
0194552664
PruBSN Takaful
#shahrulprubsn0194552664

Friday, September 11, 2015

Education plan untuk anak tersayang

Salam, 1 lg point yg blh share berkenaan SmartLink dgn org ramai is the benefit of Parent Term. X ramai yg tau manfaat ni very good & sama penting mcm parent contributor.
As a parent, kalau kita hidup, kita boleh cari duit utk hntr anak ke uni. Tp kalau kita meninggal, apa akan jd pada masa depan anak kita? Adakah simpanan dlm bank & takaful sudah cukup utk tampung kos pendidikan? Parent contributor hanya bg sumbangan bulanan tp biasanya bukan satu jumlah yg besar.
Jd mcm mana manfaat Parent Term ni boleh membantu? Kata kn lah, cost pendidikan 50k, ambil parent term dgn manfaat 50k. Kalau parents meninggal, kita akan bg lump sum amount 50k ke dlm account IUA client. Duit ini kita akan invest dlm dana2 yg client pilih. Secara tidak langsung, duit ini jd savings anak utk ke university.
Harap info ni dpt membantu tuan & agent2 kita dlm menyebarkan manfaat takaful pendidikan bersama PruBSN.

Thursday, September 10, 2015

1 Day Training

Good morning Prudential!
Seharian bersama Operation Team Prubsn disini, Sunway Medical Centre. Alhamdulillah banyak perkara yang dipelajari. Berkaitan klaim, proses permohonan, perubatan, dan hal2 berkaitan polisi itu sendiri.
Cergas mata bila sedikit demi sedikit info yang berkaitan perubatan disampaikan oleh trainer. Apa yang menarik, Doktor dari Sunway Medical Centre dari jabatan kanser. Ikutkan, ilmu pngetahuan saya ni masih terlalu cetek lagi pasal kanser. Even dah lebih 3 tahun berkecimpung dalam bidang takaful.
Tudiaa, perkataan kanser tu berasal dari ketam pn hari ni baru tahu. Nampak x daifnya? Kanser ibarat ketam sebab skali dia menyepit, mmg susah nak lepaskan kecuali bunuh je ketam tu. Sebab tu adannya kimoteraphy, khas utk bunuh sel2. Dan sebenarnya kimo tu bunuh ksemua sel baik dan buruk. Tapi sel baik akan tumbuh balik. Dan sel yang rosak akibat kanser je takkan tumbuh slepas mngalami beberapa proses kitaran kimo. Nah, intro pasal kanser.
Skarang beralih kpada prubsn plk. Tadi presenter ade share berkenaaan performance takaful operator di MAlaysia. Alhamdulillah, Prudential No. 1. Dan kami usaha sampai sekarang untuk maintain ranking. Orang cakap, nak cemerlang tu senang, tapi nak kekalkan kecemerlangan tu mungkin susah.

Monday, August 31, 2015

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 58

Assalamualaikum..
Raya ke ape? Bukan main meriah lagi. Tak tahu lah ni meriah pasal ape. Mungkin sebab Bersih 4.0? Memang bersih terbaik ni sebab dpt 4 flat. Aku dlu pun 3 lebih je.
Smalam sempat keluar ke beberapa tempat pn, terpaksa hadap jem. Panas ati jugak la. Especially time kite tengah kejar waktu solat. Mau bertangguh sejam kalau terperangkap kat highway tu bile ade roadblock.
Amcm smbutan merdeka? Meriah ke idok? Tgh malam tadi je smpat tgk org mnyambut merdeka kat tv. Bertemakan #sehatisejiwa, harap takde la yang menghancurkan keamanan negara. Aku bukan setuju n x stuju dgn Bersih 4.0. Tapi jangan sampai bagi efek yang negatif pada keselamatan diri n negara. Cheeewah, patriotisme gitu.
Awok2 sndiri, dh merdeka minda ke belom?
*gambar2 hanya hiasan semata2. Tiada kaitan dengan najib.


Moh makan

Sape cakap jadi ejen Takaful x banyak kerja? dan sape cakap jadi ejen ni banyak masa terluang? tapi dua2 ni lah, banyak kerja dan x banyak masa terluang membuatkan aku suka jadi ejen Takaful. Sebab dengan kerja yang ade boleh membuatkan masa aku terluang dengan benda berfaedah. Ni haa, sejak pagi lagi aku duk ngadap laptop. Men"setel"kan kerja2 yang tertunggak. Update payment client, set prepare quotation, isi form proposal, bla bla bla. But i enjoy the life. Haa, kn dh speaking london. Sebab nak cuti anytime boleh cuti. Kerja pn anytime boleh kerja. Lifestyle kita sendiri yang tentukan.
Ni pun baru sempat makan. Ape lagiii, mencari Oh My Goat la kiter.
Nasib baik terjumpa 2 3 ketul daging. Bleh jgk mlayan kerenah perut. Jommmm..

Monday, August 24, 2015

Peluang pekerjaan: Usahawan Takaful

Assalamualaikum.
Anda dijemput ke majlis BOP dan ketahui peluang perniagaan takaful serta pelbagai insentif tambahan ditawarkan.
-Bonus
-Pendapatan berterusan 6 tahun
-Melancong ke merata tempat.
-Penjanaan "pasif income"
-Perniagaan boleh diwarisi
-Latihan PERCUMA
-Komisen setiap 2minggu.
-Full time dan Part time diperlukan.
Pm sy segera untuk pendaftaran secara PERCUMA.
Shahrul Afzam Mohamad
0194552664

Friday, August 7, 2015

Kelebihan Ada Medical Card

Assalamualaikum..

Bukan sekali pinta kejadian seperti ini berlaku. Namun sejauh mana persedian kita sebagai insan biasa yang tak lari daripada dugaan. Ni perbualan whatsapp dengan klien yang berhak untuk memilih rawatan dengan doktor perempuan.



Andainya beliau tiada Kad Perubatan, agak2 boleh buat pilihan tak? Aurat wooooo....

Kenapa Masih Bertangguh?

Assalamualaikum


Perlu sedar pentingnya kad perubatan. ia bukan perkara yang boleh dipandang remeh.

Friday, June 26, 2015

Jom viralkan untuk popularity.

A update status pasal jangan percaya dengan insurans.. Insurans ni menipu.. Pastu ada lak pula B dan C sambung komen.. Betul la ..
Insurans ni menipu!! D pun share status A kat wall dia.. Tak cukup tu E pulak printscreen dan sambung forward kat wassap pulak..
Persoalannya A,B, C,D dan E ni yang gigih kongsi semua ni.. Ada insurans tak??? Jangan beria ja kongsi..
Tetapi sebenarnya takda memiliki sebarang plan insurans pun..
Tak faham boleh bertanya pada perunding insurans yang lain.. Jangan bertanya pada orang yang takda insurans

Tuesday, June 23, 2015

Claim Decline

Sekadar berkongsi pengalaman semalam.


Bagi pemegang polisi yang ingin masuk ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan, mestilah terlebih dahulu mendapat GL (gurantee Letter ) daripada pihak Prudential.

Semalam seorang cleint saya, ingin mendapatkan rawatan di hospital DEMC Shah Alam akibat daripada Gastrik tetapi permohonan GL nye telah ditolah dan pihak Prudential memohon untuk membuat pembayaran melalui pay and claim, maksudnya bayar dahulu dan claim kemudian.

Ini adalah kes pertama saya yang cleint saya tidak dapat GL.

Perlu diingatkan bahawa kes ini berlaku adalah disebabkan,

- klein saya baru sahaja melepasi tempoh 120 hari tempoh menunggu tidak sampai sebulan lagi.

-dan untuk penyakit Gastrik ini tidak akan berlaku dalam tempoh 2 atau 3 minggu, kemungkinan ia telah berlaku lama, dan kesan sakitnya itu baru terasa. (Maksudnya sakit ini telah ada dalam tempoh 120 hari)

-kleint ini baru membayar 4 bulan sahaja polisi takaful, dan medical ini terlalu baru.

Kesimpulannya, seseorang mestilah memohon Takaful seawal mungkin dan ketika diri sendiri betul-betul sihat...

Tabungan takaful adalah duit orang ramai, pihak Takaful begitu berhati-hati dalam menunaikan amanah.

‪*di‬ bawah adalah gambar yang menunujukkan claim yang dibayar pada tahun lepas sebanyak RM 227.8 milion.

Dan setakat Q1 2015 RM 86 juta telah diclaim.

Shahrul Afzam Mohamad
Bilion and bilion served
Prudential Bsn Takaful
Al isra associate
019-4552664

Monday, June 22, 2015

Pedulikah Kita?




Pedulikah kita dengan orang di sekeliling kita? Sejauh mana dan berapa lama kita dapat membantu mereka? Adakah kita pernah mengambil iktibar?

Hidup ibarat roda yang berputar, kita bukan sentiasa berada di atas.

Bagaimana sekiranya kita sendiri yang ditimpa musibah? Siapakah yang dapat membantu kita? Perancangan Yang Maha Esa sememangnya sempurna, tetapi kita kenalah berusaha.

"Beringat sebelum kena, bukan sudah terkena baru teringat-ingat"

Shahrul Afzam
PruBSN Takaful
0194552664

Sunday, June 21, 2015

Berhati-hati dengan DENGGI.

Assalamualaikum.
Genap setahun saya mengalami perkara yang hampir sama, DENGGI. Berhati2 ya, denggi ni bukan boleh dibuat main. lupakah anda "gelombang" denggi tahun lepas mengakibatkan kebanyakan hospital penuh? Malah hinggakan pihak hospital terpaksa menolak pesakit untuk admit kerana kes denggi tersebut belum lagi kritikal.

So, harap kita semua dapat ambil berat kes mcm ni. Kerana hanya nyamuk seekor, boleh mengakibatkan hilang satu nyawa. Jika survive, boleh mengakibatkan hilang duit simpanan Haji anda. 

Amalan Pemakanan Rasulullah



MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW








1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi saw bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi saw suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi saw bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi saw bersabda susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi saw selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Sila share dengan rakan yang lain.

Salam Ukhuwah..~

sumber: blogtokwan.blogspot.com

Semoga Menjadi Iktibar

Suatu penegasan di sini, "pemilikan polisi takaful adalah tertakluk utk ORANG YANG SIHAT, MASIH SIHAT & SEDANG SIHAT SHJA".. tidak lyk apply utk yg sudah sakit, ada sakit & ad simptom2 sakit.. mohon ambil tahu ye ~



if nak tahu apa sebab kena apply dg syarat SIHAT, meh pm kte jmpa sy explain.. x kna byr, sharing utk ambil tahu je, deal? 0194552664

Tuesday, May 26, 2015

Realiti hidup

Bersenam, makan supplement, jaga pemakanan..
all these kita buat n konsisten day by day, utk memastikan tubuh kita sihat. maknenye kita sudah merancang dan berusaha utk sentiasa sihat dan dijauhkan sakit...

Tapi... adakah kita blh jangka kita sentiasa sihat? SEKIRANYA diuji salah satu penyakit kritikal atau accident..ape persediaan kita utk cover segala kos perubatan??? utk ape GAJI bulanan kita? rugikah jika keluarkan sedikit utk caruman perlindungan masa depan.?

lindungilah diri kita, fikirkan keadaan "anak bini ibu ayah" bilaman kita hnya terlantar di wad.

Shahrul afzam
019-4552664
PruBsn Takaful

Bersedia dengan pelbagai risiko

>Anda berumur dlm lingkungan 35-55 tahun?
>Anda risau semakin anda berumur semakin tinggi risiko menghidapi penyakit?
>Anda nak pastikan kalau anda dirawat dihospital segala bil FREE?
>Anda nak selesa di wad swasta kalau sakit?
>belum memiliki Medical card atau masih bergantung dngan medical coverage oleh company tempat kerja anda?
Mohon free quotation utk plan medical card yg sesuai dengan peringkat umur anda pm saya.

0194552664
Shahrul Afzam Mohamad
PruBSN Takaful

Monday, May 25, 2015

Kad Perubatan Terbaik



MEDICAL CARD PALING HEBAT??
**************************************
★ Perlindungan Takaful sehingga RM4 juta.
★ Bilik VVIP RM1000 semalam
★ DUIT CASH setiap 2 tahun sehingga RM10,000
★ PERCUMA Badal Haji
★ AUTOMATIK untuk zakat simpanan
★ Melindungi pelbagai jenis penyakit.
★ After sales yg cekap oleh agen(saya).
★ Harga berpatutan.
★ 100% cover untuk tuntutan rawatan bil hospital.
★ Tiada deposit ke Hospital swasta.
★ Dapat elaun wad/ICU@ Pembedahan.
★ PULANGAN sehingga 100%
★ PERCUMA cabutan bertuah SSP BSN ( kereta mewah dll)


--------------------------------------------------------------------------
QUOTATION PERCUMA UNTUK MEREKA YANG BERTUAH!!
--------------------------------------------------------------------------
klik: https://www.facebook.com/takafulplan

atau pm:

https://www.facebook.com/messages/takafulplan

PM atau Hubungi segera;

Shahrul Afzam
0194552664
Prudential BSN Takaful

Medical Card VIP

INGIN MOHON MEDICAL CARD VIP?

Client2 Saya sgt pentingkan keselesaan, medical coverage yg menyeluruh dan service level VIP kalau terpaksa masuk hospital:
[+] POLISI MEDICAL COVER YG TINGGI Dana perubatan RM4 juta seumur hidup.
[+] BILIK WAD SINGLE YG SELESA, WAD LEVEL EXEC DELUXE HINGGA SUITE yg bernilai RM500-RM1000 sehari (bilik air sendiri, privacy, luas untuk anak anak dan pelawat yang ramai, ada bilik extra utk pelawat dll)
[+] Keistimewaan ADMIT TANPA DEPOSIT di Hospital2 specialist swasta terpilih
[+] ELAUN HOSPITAL (duit poket) RM200 sehari
[+] PEMINDAHAN ORGAN? kami TAMBAH lagi RM200,000
[+] Komplikasi semasa mengandung.. Pampasan RM20,000 setahun
[+] Kita terdedah dgn pelbagai risiko kanser seperti payudara, ovari, usus, prostat dan lain2..Kami COVER BIL RAWATAN KANSER
[+] Dialisis buah pinggang kami cover KOS DIALISIS anda.
[+] Kita terdedah dengan kemalangan kecil di rumah.. cth terpotong jari masa memasak & Jatuh katil dan lain2.. BIL KLINIK akibat kemalangan anda KAMI COVER
[+] Polisi dan Medical Card jd FREE jika anda Sakit Kritikal atau TPD
[+] ANDA DIBERI KELEBIHAN mengHIBAHkan pampasan kematian sehingga RM500,000 tanpa medical checkup.
****************************************
INGINKAN MEDICAL CARD VVIP?

019-4552664
Shahrul Afzam
PruBSN Takaful

Peluang berniaga bumiputra

Bismillah. Saya ingin mengajak kawan-kawan untuk hadir ke Grand Business Oppurtunity Presentation oleh Manager dari Al Isra Associates, En. Mohd Zain. Beliau ingin berkongsi apa yang kami buat, apa yang kami dapat, dan apa sumbangan kami kepada semua. Kerjaya kami adalah wealth planner, certified and professional dari Prudential. Wassalam.

-Level 10, Jaya 33, Petaling Jaya
-26 Mei 2015
-8.00 pm

Berminat ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya(WA/Call/SMS);

Shahrul Afzam Mohamad
0194552664
Prudential BSN Takaful.

PruBSN UmmahLink: Untuk Ketenangan Dunia Akhirat.

Assalamualaikum..


Berapa ramai kawan2 anda yang belom ada ummah link?

Anda bantu rakan anda. Anda dapat ganjaran dunia wal akhirat. Jom hulurkan suara pada rakan anda untuk memiliki ummah link. Best takaful untuk ummah..

Shahrul Afzam
019-4552664
PruBSN Takaful

Insurans ke Takaful.......?

Sahabat : Aku dah ada insurans dah. Tapi cover life je.
Ejen : ko punye tu insurans ke takaful?
Sahabat : apa beza insurans dengan takaful? Bukan sama je ke? Nama company je kan?
Ejen : smile emoticon (senyum sambil bercerita tentang takaful dan keindahannya)
Sahabat : ooooooo. Lain ek. Boleh tukar ke?

Tugas ejen bukan sekadar ajak ngeteh, cerita pasal produk. Tapi lebih dari itu.


Shahrul Afzam Mohamad
Prudential BSN Takaful
019-4552664

Thursday, May 21, 2015

Prudential No. 1

Latest Takaful market share. Kami masih Nombor 1. Syukur alhamdulillah. Thanks all.

Kejayaan ini untuk semua yang terus menjadikan Prudential sebagai medium perlindungan yang terbaik.

We care, we serve.

Shahrul Afzam Mohamad
Prudential Bsn Takaful
0194552664

Monday, May 18, 2015

Plan Takaful Komprehensif

✔ Perlindungan mampu milik daripada PruBSN Takaful
✔ Tidak ada orang yg MUFLIS kerana memiliki Polisi Takaful. Tetapi ramai yg MUFLIS kerana tidak memiliki Polisi Takaful.
✔ Simpanlah 10% daripada gaji anda dalam simpanan Takaful utk selamatkan 90% daripada gaji anda sekiranya JATUH SAKIT.
[ Health Enrich Prudential BSN Takaful ]
✔ Plan individu serendah RM80 sebulan.
✔ Limit Kad Perubatan dari RM300,000 sehingga RM4,000,000.
✔ Limit Tahunan dari RM30,000 sehingga RM200,000.
✔ Masuk & keluar wad dengan PERCUMA.
✔ Elaun wad sehingga RM200 sehari.
✔ Lebih daripada 80 Hospital Panel Pakar Swasta.
✔ Simpanan utk pendidikan atau persaraan.
✔ Elaun wad sehingga RM200 sehari.
✔ Komplikasi bersalin juga kami lindungi.
✔ Rawatan Cancer & Dialisis Buah Pinggang.
✔ Pampasan menghidap penyakit kritikal juga ada.
✔ Pampasan cacat kekal juga kami berikan.
✔ Pampasan kematian juga kami bayar kpd pewaris anda.
✔ Permindahan Organ juga kami beri perlindungan jika anda memerlukan organ baru.
✔ EduSmart Bonus utk anak-anak yg mendapat keputusan cemerlang dlm peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM, Diploma/Degree.
✔ Bonus pencapaian utk mereka yg Mendapat sijil Degree, Berkahwin, Membeli rumah pertama, Mendapat anak pertama, Menunaikan Umrah & Menunaikan Haji.
Untuk pertanyaan lanjut boleh terus hubungi saya di: 019-4552664

Tuesday, April 21, 2015

Antara mahu dan malu.

Semasa sihat...
-xpe la nini aku prefer gov hospital
-buat masa sekarang aku tak ada budget
-aku rase tidak memerlukan lagi
-ajak jumpa "aku bussy sgt2"

Bila Dah Sakit
-aku kene ke private anak aku dah critical
-bape harga sekarang 1000 sebulan aku blh bayar
-kau tak boleh tlg ke masa aku memerlukan ni
-nini arini dtg ofis aku,klau tak aku pegi rumah kau mlm ni

Macam mana mau tolong kalau mcm ni...
Klau blh nak paksa semua orang amek insUrans...coz sememangnya penting..tapi apakan daya...

Takkan nak kene sakit antara keluarga kita dulu baru nk sedar

Monday, April 20, 2015

Kesedaran pentingnya insurans takaful

Assalamualaikum.

Saya adalah Fulltime Takaful consultant bagi pihak prudential. Untuk memohon dan pertanyaan boleh rujuk dengan saya. Terima kasih.

Shahrul Afzam
0194552664
Prudential BSN Takaful

Health Enrich. Plan Perubatan Fleksible




Takaful sekarang sangat penting. Apabila ada Personal medical, tiada masalah untuk mendapatkan rawatan dengan cepat. kos pula tidak menjadi masalah, rawatan juga oleh Dr pakar yang kita sendiri boleh buat pilihan.

Apply tika murah dan sihat.

0194552664 for appoinment

Monday, April 13, 2015

Pindah RISIKO anda kepada Takaful

Jangan sia-siakan waktu sihat anda untuk mencari duit...untuk buat yg terbaik untuk anda dan keluarga....tapi kenapa simpanan yg dikumpulkan dihabiskan untuk bil hospital dan rawatan penyakit..pindahlah risiko anda kepada kami di PRUDENTIAL BSN TAKAFUL untuk kos bil hospital dan pampasan untuk anda dan juga simpanan yang terjamin pd masa depan....


Hubungi saya untuk maklumat lanjut 0194552664

Sunday, April 12, 2015

Always Listening, ALways Understanding


Tiada produk lain yg mampu sy tawarkan krna sy bukanlah agen kosmetik atau kesihatan kecuali produk Takaful Prudential BSN..

Satu plan yg bukan semua org suka, sbb hnya membayar bulan2 tapi kad simpan dlm wallet..

Kalau sy tawarkan produk ini utk pesakit kat hospital, berebut2 org nak..

Saya mampu advise, saya tiada hak memaksa..kesedaran hnya timbul dri hati tuan puan...

Nikmatilah bagi yg sudah ada..

Wednesday, April 8, 2015

PIlihan ketika keadaan terdesak.

Assalamualaikum..



Jika ianya berlaku, yang mana anda pilih@ada?

Friday, April 3, 2015

Diari Seorang Suami

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan?" Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.



Sampai di rumah disambut pulak dengan anak yang bongsu " Ayah cikgu adik cakap hari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari Isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni"..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokannya, pagi Sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dengan modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata, "bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hingget"...Suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar lalu minta singgah di kedai makan untuk makan malam...Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak, singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Keesokannya hari Ahad...isteri suruh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnya pula beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dengan sinis "kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...kalau ajak balik kampung saya jer abang kata takde duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abang ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami. Nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik.

Ketauilah perancangan terbaik untuk diri anda dan keluarga. Ingat, berbelanja dibawah kemampuan. bukan ikur kemampuan.

Shahrul Afzam Mohamad
0194552664