FOLLOWERS

Monday, September 12, 2016

5 Faktor Untuk Syarikat Kecil Terus Berjaya

APAKAH FAKTOR PALING PENTING SESEBUAH SYARIKAT YANG BARU BERTATIH UNTUK BERJAYA?

Menurut kajian Bill Gross, pengasas Idealab,
Beliau telah mengkaji lebih 100 buah syarikat di seluruh dunia.
Banyak yang berjaya
Tidak kurang juga yang gagal.

Tapi apakah yang membuatkan sesebuah syarikat itu berjaya terbang tinggi dengan jayanya dan ada pula yang gagal jatuh terduduk dengan sakitnya?

Terdapat 5 faktor menurut beliau.
Namun antara kelima lima tersebut, yang manakah lebih penting?

Yang menentukan jatuh bangun sesebuah syarikat,
Terbang setinggi helang mahupun hanya guling guling seperti beruang ialah,

Pertama: Adakah IDEA yang paling penting?

Dulu kami sangat merasakan idea adalah segala-galanya.
Gagal atau berjayanya sesebuah syarikat tersebut bergantung kepada ideanya.

Saat "Aha" adalah paling penting bagi seorang perniaga!

Bagaimana idea itu mampu menyelesaikan masalah orang lain?
Lalu kita membuat wang hasil penyelesaian permasalahan tersebut?

Tapi makin lama kami mengkaji,
Kami melihat ada faktor yang lebih penting daripada IDEA, iaitu

KEDUA: PASUKAN

Kami menyedari idea hanya tinggal idea jika ia tidak dimanifestasikan ke dalam bentuk perbuatan.

Ada idea bagus, tapi tiada orang yang bertindak atau membuatnya.
Hasilnya tiada apa hasil yang muncul.

Ada idea yang biasa-biasa sahaja,
Tapi jika dibuat dengan baik dan cantik
Ianya lebih baik daripada ada idea baik tapi tidak terbuat.

Bagaimana plan dirancang dan dilaksanakan, diadaptasikan dalam realiti semasa
adalah lebih MAHA PENTING daripada idea itu sendiri?

"Setiap orang ada plan, sebelum mereka ditumbuk di muka"
-Mike Tyson-

Itulah realiti dalam bisnes.
Kita merancang untuk buat itu dan ini.
Rancang sale berapa bulan ini.

Tapi ianya tidak menjadi seperti yang didakwa.
Diuji pelbagai cabaran dan dugaan.

Jika dalam tinju, penumbuk ialah ujian.
Dalam bisnes,
Pelanggan ialah ujian.

Kekuatan pasukan yang baik ialah kebolehan menahan tumbukan-tumbukan ini daripada pelanggan.

Itulah pasukan yang baik!

Oleh itu saya mula memikirkan TEAM dimana kita ada faktor yang paling penting.

Tapi kami terus mengkaji.

Lalu kami melihat satu faktor lagi,

KETIGA: BUSINESS MODEL

Adakah syarikat ada visi yang jelas untuk cipta keuntungan yang banyak dan konsisten?

IDEA atau TEAM masih belum menjamin keuntungan jika semua pengurusan syarikat berterabur dan tidak teratur.

Faktor seterusnya,

KEEMPAT: DANA

Kebanyakan syarikat yang besar menerima dana yang besar.
Barangkali inilah faktor penting untuk berjaya.

Apa yang dirisau dengan kerugian jika kita sudah ada dana yang besar bukan?

Semua kegagalan atau kerugian masih dalam peringkat tolerant kerana ada dana yang besar untuk teruskan perniagaan.

Namun setelah dilihat semua faktor ini,
Ada satu faktor yang paling penting sekali,

Iaitu

MASA / TIMING

Tahukah anda?
Ada model bisnes yang sama seperti Youtube sudah ada sebelumnya?
Nama syarikat tersebut ialah Z.com

Apa yang membezakan kedua-dua ini ialah MASA.

Z. com dilancarkan pada tahun 1999-2000.
Rakyat Amerika masih belum ada akses internet yang banyak.
Sangat susah untuk dapatkan internet pada waktu tersebut.
Akhirnya Z.com ditutup pada tahun 2003.

2 tahun kemudian
Muncul Youtube
Pada waktu itu, akses kepada internet di US sudah melebihi 50%
Lihat You tube sekarang di mana? 😀

Uber juga begitu.
Uber muncul pada waktu yang sangat tepat
Di saat pemandu ingin mencari duit lebih,
Mereka muncul untuk mengatur pemandu-pemandu dalam satu sistem..

MASA ialah paling penting dalam berjaya atau gagal sesebuah bisnes.

- Adakah dunia boleh menerima bisnes anda?

- Ataupun produk anda agak terkehadapan menyebabkan anda perlu memberikan proses pembelajaran terlebih dahulu?

- Ataupun produk sudah ada begitu ramai persaing di pasaran?

Inilah faktor lebih penting

Its a TIMING!

Jika sudah ada idea, pasukan, business model, dana,

Make extra homework to when to launch your business.

Ingat
MASA ialah segala galanya!

Identify the DEMAND, and SOLVE it

If there no demand, create it!