Showing posts with label #pampasan. Show all posts
Showing posts with label #pampasan. Show all posts

Wednesday, July 20, 2016

Kisah Benar...

Klien : Assalamulaikum. Boleh tolong buatkan Income Protection utk aku RM300,000 dan utk zaujah (wife) RM300,000 tak?..

Saya : W'salam.. Boleh.. Kenapa tiba - tiba hang nak buat ni?? 3 tahun aku dok promote .. Tapi hang buat tak layan ja..

Klien : Tiba-tiba aku rasa, aku kena ambil insurans.. Bulan lepas adik aku meninggal. Umur tak jauh beza dengan aku pun.. Beza 2 tahun ja .. Meninggal sebab sakit jantung.. Bila dia meninggal aku yang uruskan semua.. Pengurusan kematian, hal-hal berkaitan dengan hutang, makan minum anak isteri dia dan semua lah yang dia tinggalkan.. Semua nya aku urus..

contoh keratan surat khabar berkaitan dengan plan 10 tahun gaji

Apa yang paling aku TERHARU bab soal HUTANG dan PERBELANJAAN untuk anak isteri.. Isteri arwah tak bekerja.. Sebelum ni semua urusan arwah yang buat.. Tapi bila dia dah tak ada.. Isteri dia langsung tak tahu nak buat apa.. Sekarang ni dia tengah berkira-kira nak jual rumah untuk menampung perbelanjaan sementara dia cari kerja lain.. tu yang terpaksa cover balik dengan jual rumah sekarang.. Buat sementara waktu ni isteri arwah dok dengan mak ayak dia kat kampung..

Bila jadi macam ni baru aku terfikir bagaimana kalau aku yang MATI??? Bagaimana anak dan isteri aku??? Siapa yang nak uruskan semua perbelanjaan mereka?? Siapa nak settlekan hutang-hutang aku ??? Rumah dan tentu la jadi FREE.. tapi yang lain-lain lagi..

Sejak arwah meninggal aku tido tak lena.. Aku rasa KEMATIAN tu dekat sangat…jadi sementara aku boleh buat sesuatu untuk family aku.. lebih baik aku buat keputusan sekarang… AKU TAK MAHU APA YANG MENIMPA PADA FAMILY ARWAH akan terjadi pada FAMILY AKU bila aku dah tak dak nanti…

*bagaimana diri kita ??? adakah kita nak tinggalkan orang-orang yang kita sayang berhadapan dengan situasi begini ???

“UNTUK APA PERLU BERKIRA, SEKIRANYA ANDA MAMPU BUAT YANG TERBAIK UNTUK MEREKA???

-SAM-
Mentor Takaful #1
019-455 2664

Tuesday, July 19, 2016

Sebelum Tidur...

CUBA TANYA ISTERI SEBELUM TIDO NANTI
kalau one day saya dah takde, datang ejen takaful bawak cek RM500,000 untuk awak dan anak anak, awak akan terima tak cek tu?
jika jawapannya "mestila", "takkanlah nak tolak", "kalau dah hak kita, ambillah"..itu petanda suami kene kena ambil satu pelan takaful.


CUBA TANYA SUAMI SEBELUM TIDO NANTI
kalau one day saya dah saya pergi dulu, datang ejen takaful bawak cek RM500,000 untuk awak dan anak anak, awak akan terima tak cek tu?
jika jawapannya "mestila", "takkanlah nak tolak", "kalau dah hak kita, ambillah"..itu petanda isteri kene kena ambil satu pelan takaful.

Pesan kat dia, duit tu bukan untuk HANTARAN KAWIN DIA DENGAN PEREMPUAN LAIN.


-SAM-
Islamic Financial Planner
019-4552664

Saturday, October 24, 2015

Takaful Puteri & Takaful Puteri PLUS

HAYATI LAH HIDUP ANDA HARI INI DENGAN KEBEBASAN SEPENUHNYA!!!!!

Penghargaan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala apa yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan satu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu :-

Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus

Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu

Plan 1 = RM 50,000

Plan 2 = RM100,000

Plan 3 = RM150,000


Pelan Takaful Puteri menawarkan :
Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)
manfaat takaful puteri, plan, sakit kritikal
Nota :

i) Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan

ii) Jadual di atas hanyalah ringkasan sahaja. Untuk keterangan lengkap, sila rujuk Sijil Takaful atau klik di SINI

Kurang Jelas/Kurang Faham Mengenai Plan Ini?

Buat Temujanji Anda Sekarang!!


Shahrul Afzam bin Mohamad
0194552664