Tuesday, July 30, 2019

Tips Membeli Insurans Takaful


Atas permintaan kita kongsi2kan‼️Rahsia telah dibongkarkan demi manfaat semua!! In shaa Allah..‼️
============================
INI PANDUAN SEBENAR TUJUAN UNTUK MEMBELI INSURANS & TAKAFUL πŸ“‹πŸ’°πŸ’πŸ€—
============================

Ramai orang tersilap dalam pembelian insurans dan takaful. Salah satunya adalah tidak mengikut urutannya.
➡️ Nak lindungi isteri dan anak, bukan bermaksud beli polisi atas nama mereka as person covered dahulu di mana ia tidak menyelesaikan MASALAH kewangan keluarga ANDA SEBENARNYA sekiranya anda pergi dahulu atau anda kena sakit kritikal/ATAU lumpuh. 

INI LANGKAH YANG BETUL :

1. Beli polisi untuk protect income dan savings PENCARI NAFKAH UTAMA @ KEYMAN ini dahulu!!! Supaya isteri dan anak- anak tak terkapai- kapai sekiranya musibah terjadi pada si pencari nafkah tadi. Pampasan dapat terus pada si isteri dan anak- anak, itulah yang anda maksudkan nak COVER isteri dan anak- anakπŸ‘πŸ˜

Inilah yang  dipanggil sbg  "INCOME REPLACEMENT PLAN" tadi..

Okay... Kemudian, kemudian.. Haa oraitt, seterusnya.. 

2. Polisi untuk si ISTERI. Supaya sekiranya musibah menimpa isteri dan suami perlu menjaganya, income dan savings suami tidak terjejas.

Baik.. Seterusnya, 

3. Polisi untuk anak-anak kita yakni LEGASI KITA SAYANGI. πŸ˜πŸ˜‰. Untuk lindungi income keluarga sekiranya isteri/suami; perlu cuti tanpa gaji untuk menjaga ANAK2 jika musibah terjadi pada anak CONTOHNYA SI ANAK sakit kritikal berpanjangan.

Ini PULA dipanggil "CHILD PROTECTION PLAN"... Haaa setakat ni bagaimana dah dapat tak GAMBARAN PENGURUSAN RISIKO YG KITA DH PERSIAPKAN?? Cun tak?? 

Kemudian, barulah carum dalam plan simpanan utk pendidikan dia pulak dengan target jumlah simpanan terkumpul di akhirnya nanti beserta elemen perlindungan ke atas simpanan itu. Supaya jika ayah meninggal/sakit kritikal/lumpuh, caruman simpanan tersebut jadi percuma sehingga umur anak2 tadi masuk ke peringkat pengajian tinggi. HowwπŸ˜…πŸ˜‰πŸ‘πŸ‘ kan dah cantek tuhh!!! 

Ini pula dipanggil "EDUCATION PLAN"

P/s: kalau nak keselesaan, sertakan sekali medical card untuk tampung bil perubatan sekiranya dimasukkan ke wad. 

MEDICAL CARD sekarang dah ade yang UNLIMITED tau!!

Dan yang paling penting sekali, bandingkan manfaat, harga polisi dan servis dengan produk lain di pasaran...ilmu ni tadi adalah Foundation kenapa KITA PERLUKAN PERSEDIAAN TAKAFUL.. nampak tak?? Mudah ke murah? 

Selesaikan masalah tak?

Moga membantu kita memahami keperluan sebenar kita ambil TAKAFUL TADI...sebenarnya, ramai yg tak dijelaskan kenapa dan fungsinya tadi.. Sbb tu mereka rasa kecewa dgn sikap agen yg lebih fokus pd jualan semata2.. Kita mendidik bukan menjual tapi bg mrk FAHAM DULU KEPERLUAN AMBIL TAKAFUL NI.. 
Kalau masih juga kurang jelas, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut ya.

HOTLINE saya.

πŸ“ž019-4552664 
πŸ“²019-4552664
☎️019-4552664

OR terus DM wasap saya ya🀭😎
www.wasap.my/60194552664/TakafulFamily

#Pakat share2 jika berguna ya.. Ilmu tak leh simpan lama2 berkarat nanti.

**********************
Tqsm semua yg sudi membaca demi yg tersayang.. 

Kredit to HabamSadow

Saturday, July 27, 2019

HIBAH vs FARAID : BIAR TAHU, JANGAN KELIRU


Berikut adalah fakta ringkas dan penting berkenaan Hibah dan Faraid yang anda PERLU TAHU.

1. Hukum tentang perlaksanaan dan pembahagian faraid telah jelas dinyatakan di dalam AlQuran. Ia dianggap sebagai Hududullah yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang beriman.

2. Pembahagian faraid terhadap harta pusaka si mati dibuat selepas ditolak kos urusan jenazah, hutang simati, harta sepencarian dan wasiat si mati. Baki daripada harta pusaka si mati barulah dibahagi bahagikan mengikut faraid.

3. Pembahagian sama rata terhadap harta pusaka simati boleh dibuat dengan syarat semua waris perlu tahu bahagian faraid masing- masing terlebih dahulu dan kesemua waris telah bersetuju dan redho pembahagian dibuat secara sama rata.

4. Hukum pembahagian faraid datang dengan tanggungjawab. Bahagian faraid untuk waris lelaki lebih tinggi berbanding dengan waris perempuan kerana waris lelaki bertanggungjawab untuk menjaga waris-waris perempuan dengan harta pusaka yang diterima, sedangkan waris perempuan hanya bertanggungjawab untuk dirinya sendiri sahaja dan harta faraid yang diterima hanyalah lah untuk dirinya sahaja.

5. Sijil faraid diperlukan untuk mengesahkan waris yang sah yang berhak menerima harta pusaka si mati dan untuk mengesahkan bahagian sebenar yang berhak diterima oleh setiap waris. Walau bagaimanapun ada pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia yang menyatakan sijil faraid tidak boleh digunakan sebagai instrument untuk urusan pendaftaran perletakanhak atau turun milik di pejabat tanah.

6. Hibah tidak boleh dilakukan semata-mata bertujuan untuk mengelakkan daripada faraid atau sebagai langkah untuk lari daripada faraid kerana merasakan pembahagian faraid adalah tidak adil. Hibah sepatunya dilakukan atas dasar rasa kasih sayang kepada ahli keluarga ikhlas kerana Allah.

7. Hukum hibah yang dibuat untuk tujuan mengelakkan daripada melaksanakan faraid tetap sah dari segi hukum fekah dengan syarat ianya mematuhi semua rukun dan syarat hibah. Cuma dari segi akhlaq sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah ianya sangat tidak patut dilakukan.

8. Harta yang telah dihibah tidak boleh ditarik balik sekiranya setelah berlakunya penyerahan (qabad), melainkan hibah daripada ibu/bapa kepada anak.

9. Hibah digalakkan dibuat secara bertulis untuk mengelakkan perbalahan di kemudian hari. Dan sebaik-baiknya dapatkan pengesahan hibah daripada Mahkamah Syariah terus untuk mengesahkan hibah tersebut supaya tidak timbul masalah dan perbalahan di kemudian hari terutamanya selepas pemberi hibah meninggal dunia.

10. Hibah hartanah yang tidak didaftarkan pindahmilik, masih dianggap sah asalkan telah berlaku qabad (penyerahan) kepada penerima hibah.

11. Terdapat khilaf dari segi hukum syarak dan juga perlaksaan undang-undang di Malaysia untuk hibah bersyarat atau Hibah hartanah yang masih digadaikan kepada bank. Setakat ini tiada peruntukan undang-undang bertulis yang khusus tentang hibah bersyarat. Undang-undang yang ada hanyalah berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Syariah yang berbeza-beza bergantung kepada fakta seuatu kes dan bergantung kepada sejauh mana pihak peguam dapat berhujah meyakinkan hakim tentang hibah bersyarat tersebut.

12. Walaupuan secara amalannya Mahkamah syariah cenderung merujuk kepada pendapat mazhab Syafie dalam memutuskan sesuatu kes berkenaan faraid atau hibah, tetapi Mahkamah Syariah tidak semestinya terikat untuk menerima pendapat Syafie dalam memutuskan sesuatu kes berkaitan faraid atau hibah.

13. Perunding pusaka/hibah hendaklah diberikan ilmu dan kefahaman sebenar tentang penghayatan dan perlaksanaan sebenar faraid dan hibah supaya tidak mengelirukan masyarakat atau dilihat untuk mempromosi dan menjual produk hibah mereka semata-mata.

14. Tiada peruntukan undang-undang khusus tentang Hibah bersyarat terhadap hartanah tetapi sudah ada peruntukan khusus di dalam undang-undang yang membenarkan hibah bersyarat pada manfaat takaful.

Moga sedikit perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan pemahaman sebenar kepada masyarakat tentang perlaksaan faraid dan hibah di Malaysia.

Kesimpulannya, hibah bukanlah cara untuk mengenepikan faraid tetapi hibah sewajarnya menjadi pelengkap kepada faraid itu sendiri.

Wallahuaklam. Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR 
Pengerusi
Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)

* Sila SHARE dan SEBARKAN demi kefahaman dan manfaat orang ramai.

Saturday, July 13, 2019

Al Isra Central Sports Day. Half Way to Go!!

Congrats Kajang Team!


Syukur berakhir sudah perlawanan Badminton Al Isra peringkat Central anjuran AIC PJ33. Lebih 5 branch hantar team. Masing2 bukan calang2 orang. Tengok pada baju ade "BC" pn dah bikin gua gerun beb.

Tapi takpe, lawan tetap lawan. Alhamdulillah, team wanita Kajang Juara perlawanan dan saya mewakili team lelaki hanya mndapat Naib Juara. Berbaloi dah tu. Sape suruh ternak lemak kat perut. Nak lompat pn naik 3 cm je. Waduhhhh....

Setel match badminton, esok Futsal pulak. Jom, geng2 Al Isra central, kita pakat turun padang esok untuk sokong team masing2. Ayuhhhh!

Kajang pasti JUARA!!!