Thursday, January 28, 2016

Tips Ahli Perniagaan Berjaya

Saya selalu dihubungi  agen ttg kerisauan takde kes.. dah lama tak close kes dan sbgnya. Sy nak berkongsi tips buat teman2 andai itu berlaku apa yg perlu anda buat??? :

1) Kembali kpd Allah kerana dia punca segala kekuatan, kerana dia adlh Maha pemberi  rezeki, masalah dtg dari Allah dan Allah jua lah punya segala penyelesaiannya. Kita selalu alpa kita hidup d dunia ni sering berlagak spt kita ni tuan padahal kita ni hamba. Yg mana hamba sgt memerlukan belas ehsan Tuannya. Kita lupa utk selalu bermunajat kpd Nya atas segala kesusahan n kesulitan hidup. Kita kerap mengadu pd manusia sampai terkadang kita kerap kali membelakangkan Yang Maha Kuasa. Justeru mslh yg hadir pd kita harini suatu tamparan kasih sayang dari Allah utk menyedarkan kita betapa kita kena kembali pd Nya dan menyedari hakikat kita ni hanyalah hamba Nya yg dhaif, hina lagi fakir.

2) kadang kita rasa kita dah selalu jaga hubungan ngan Tuhan, solat selalu dah kat masjid, diawal waktu, berjemaah, suka buat amal sunat dan dosa sering dihindari. Namun kita masih dikunjungi masalah, maka sedarlah kita bhw masih ada lompang dlm aspek bgaimana muamalat @ hubungan kita dgn manusia terutamanya ibu dan ayah kita. Kdg2 kita sehari tak telefon pun mak ayah kita bertanyakan khabar n tunjukkan cakna kita pd mereka. Lebih malang kadang ada yg rumahnya dekat dgn rmh mak ayah. Namun bila disemak bila last bersua, bersarapan dgn mak ayah. Bila last suap nasi ke mak n ayah. Ramai dari kita bila dah tiada baru nak menyesal. Justeru bgaimana nak berkat rezki kita? Kalau mak ayah kita berasa hati sdkt sudah cukup utk mengundang kesusahan  dlm kehidupan kita seharian. Jangan kita lupa dlm bisnes kita juga ada mak ayah dlm bisnes, siapa yg introduce n mentor u dlm bisnes ni? Bila last u call dia? Bila last u bersua dgn dia. Mereka ni penyumbang ilmu pd kita andai mereka terasa hati dgn kita, ilmu yg kita amalkan sehari2 pasti tak berkat. Bgaimana pula dgn adik beradik kita,  kadang2 kita lupa kejayaan kita ni patut dikongsi  dgn keluarga kita. Kita makan sedap sorang2. Kita beli brg sedap2 sorang2. Kita lupa nak beli something kat anak sedara ker. Kita lupa nak belanja adik beradik keluarga kita. Kita rajin belanja client n prospek. Ini mgkn punca rezki krg berkat. Jgn kita lupa dlm berniaga kita juga adik beradik, kadang2 kita niaga sgt berjaya tapi adik beradik kita perhati  jer kejayaan kita, meleleh air liurnya melihat kejayaan kita. Namun kita sering lupa utk bantu adik beradik kita dlm bisnes utk turut sama berjaya. Maka andai hidup kita susah... usah salahkan Allah lg.. mentor tn hj fadzli @ enli saya pernah berpesan, kita ni berjaya, tapi kejayaan kita tak pernah mengalir ke rumah jiran. Jiran selalu tgk kdg2 kita buat balik ayam kfc..pizza dll ke rumah. Apa salahnya sebulan skali belanja anak jiran one bucket ayam kfc ker. Pizza ke skpg. Tak luak pun duit kita shbt2..bahkan bertambah subur kerna apa? Sbb setiap org yg kita kongsi nikmat kejayaan kita pd mereka akan mendoakan kita dlm keadaan kita tidak tahu dan dlm hadis nabi menyatakan doa begitulah yg akan mudah sekali utk makbul. Akhir sekali, dlm hidup kita jgn sombong..selalu kita tgk org susah kita lmbt utk bantu.. shbt2..ingatlah mgkn org susah yg dtg pd kita tu Allah nak uji kita. Ingatlah, nampak shj orang susah kat kampung ke kat mana skalipun bantulah walau dgn sekadar rm1 atau rm10 sbb mgkn bg kita rm10 tu kecil nilainya namun bg mereka besar nilainya. ALLAH sgt tak suka org sombong. Anda selalu tlg orang mcmni pasti rezki anda sgt subur. Sedekah di masjid usah dlupakan. Tiap jumaat bg duit yg paling besar ada dlm wallet kita. Dan tiap kali ke masjid atau surau beri sumbangan walau 10sen. Yg penting istiqamah. Dgn cara ini anda akan menjadikan diri anda magnet rezki. Susahnya hidup kita disebabkan kita kedekut dgn Allah. Sedekah ini ibarat kita beri pinjam pd Allah. Dlm quran disebut sbg qardul hasan yakni pinjaman yg baik.

3) Tengok balik diri kita, kita ikut tak sistem kejayaan yg telah ditetapkan kpd kita. Lihatlah di agensi kita. Kita kena dtg pejabat sbg cth tiap isnin, rabu jumaat, kita istiqamah tak dtg dgn awal tak lewat. Kita rajin tak buat boiler room@ phone call. Kita rajin tak jumpa senior2 roll play presentation kita? Kita rajin tak setiap hari amalkan at least aku mesti dpt 5 new contacts skrg2nya tiap hari? Kita byk rehat ke byk buat kerja? Bila takde appointment kita buat apa? Sepatutnya jumpa klient tau buat aktiviti spt direct approach, market survey dll. Kesusahan perjalanan bisnes kita bergantung kpd sejauhmana kita dah betul2 follow system yg telah ditetapka  sbg seorang agen@usahawan. Usah kita lupa juga berapa kali kita dah pernah belajar dgb orang yg berjaya dan berapa percent ilmu2 mereka n sukses pattern mereka yg kita ikut? Tanya ini semua dlm diri sebelum kita rasa nak putus asa dlm berjuang atau berasa lemah. Sudah tentu kita lihat masih byk yg kita tak buat dari buat.

4) Tips yg terakhir andai kita serius utk dpt satu perjalanan yg mudah dlm bisnes kita. Maka kena tanya diri sejauh mana aku dah usaha sehabis baik buat bisnes. Usaha sungguh2 atau nama lainnya ITQAN!!!
kdg byk dari kita tak pandai gunakan momentum dlm bisnes. Bila dah close terus rehat. Orang berjaya bila kloz kes..mereka akan lagi ghairah kloz kes sbb kita tu..rezki ibarat sdg mencurah2 kpdnya. Andai tak diteruskan usaha gigih maka kita ibarat menolak rezki dari Allah jdlah kita hamba Allah yg sombong. Kita keluar niaga kul brape balik kul brape? Ramai nak kloz byk kes keluar rumah lambat. Balik rumah awal. Doh mcmne nak berjaya? Orang berjaya dia sanggup korbankan segalanya terutama rehatnya diawal2 buat bisnes ni kerana inilah fasa foundation yakni asas dlm kita berniaga andai asas tak kukuh mudah runtuh tak kita dlm bisnes. Yg kedua dlm elemen ni ramai yg lupa usaha dah kuat namun lupa aspek buat betul2 dan buat dgn skill yg betul2. Ramai lupa nak asah skill. Maka ibaratnya menebang pokok dgn parang yg tumpul la. Sampai bila pokok nak tumbang. Kita sering alpa utk asah skill kita dgn senior2, sepatutnya setiap kali nak g Appointment  call la introducer ke senior ke atau manager ke minta idea n smgt dan bila balik appointment call skali lg close ke tak close ke. Kalau close tanda perhargaan kalau tak kloz masa tunjuga kita boleh perbaiki skil kita. Bila jumpa senior jgn lupa roll play selalu kat situ boleh tajamkan kan senjata kita. Sebab tu penting datang ke pejabat!!!.

Sekian, moga mendapat manfaat semuanya. Yang baik itu dari Allah, kekurangan itu dari diri saya sendiri. Moga Allah menjadikan kita sentiasa akrab dgn Dia sbb bila kita jaga Allah, Allah pasti akan jaga kita!!!