Saturday, October 5, 2013

Peminta Sedekah

Seharian berjalan di ibu kota, boleh dikatakan setiap hari aku akan bertemu dengan peminta sedekah. Tak kira di kedai makan, masjid, tepi ruang pejalan kaki, dan tempat2 yang kebiasaannya orang awam berkumpul. Pernah sekali berborak dengan sorang pakcik, minta bantuan untuk mndapatkan wang untuk membiayai kos rawatan beliau. Lihat dengan susuk badan, nampak bongkok sikit. Umur dalam lingkungan 50 ke atas.

Sembang punya sembang, rupanya memang betul tekaan aku. Pakcik tu menghidapi masalah dengan tulang belakang dan memerlukan rawatan segera kerana tulang blakang dah tumbuh kanser. Kos rawatan dianggarkan bernilai RM 50,000.

Mana mau cari??minta sedekah di merata2 tempat pun pasti belum mencukupi untuk bayar kos rawatan. Dalam hati, aku nk ceramah pentingnya medical card kat dia, nnti tak pasal2 aku kne ketuk dengan tongkat dia. Macam2 perasaan timbul. Terkilan, kesian, kesal pn ade...Sebab tugas aku untuk menyampaikan info kepada orang ramai tentang kepentingan bende ni tak kesampaian kepada pakcik tu sbelum dia mengidap barah.

p/s: kalau anda sebagai pakcik tu, apa anda akan buat?apa anda akan rasa sekiranya prkara mcm ni terjadi kepada diri sendiri?