Showing posts with label #petua. Show all posts
Showing posts with label #petua. Show all posts

Saturday, August 13, 2016

Panduan mendidik anak

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Wednesday, July 20, 2016

Tips Mencarum Takaful

Ramai Rakyat Malaysia yang keliru macam mana hendak memilih company yang betul,product yang tepat ,agent yang jujur ,budget yang sesuai dan banyak lagi tanda tanya atau persoalan apabila membeli insurance atau takaful di malaysia

Tips:
1) Company Insurans dan Takaful Yang Betul

Mudah Sangat, bila Kita beli insurans tentulah kita nak cari company yang senang bila process tuntutan dan yang betul,caranya mudah, pergi ke kaunter hospital dan tnya pada kaunter’kalau saya nak beli insurans company apa yang patut saya pilih”,dengan pemilihan company yang betul,dah tentulah company yang akan membayar tuntutan dan company yang kukuh serta stabil dari segi kewangannya.

2) Produk yang Betul

Sekiranya anda memilih product, pilihlah produk atau pelan yang memberikan tempoh perlindungan maksimum, Kenapa?? sebab purata jangka hayat rakyat malaysia adalah 75 ke 80 tahun. Jadi pilihlah tempoh matang yang panjang seperti 80tahun. jika anda memilih tempoh matang hanya 50 tahun atau 55 tahun,anda mungkin menghadapi RISIKO kehilangan wang Simpanan atau Simpanan Persaraan anda jika penyakit menyerang selepas 55 tahun selepas polisi anda tamat..kos-kos rawatan dan pembedahan anda tidak lagi di lindungi oleh company insuran atau pelan tersebut kerana tamat tempoh sebelum sakit.Kami prudential bsn takaful menawarkan pelan yang flexible untuk setiap peringkat umur.

3) Budget yang Betul

Bagi Saya Budget Adalah Sangat Penting untuk membeli pelan atau produk takaful. Biasanya diantara 5%-10% daripada Pendapatan anda. Polisi terbaik bukan ukuran dari harga premium yang tinggi tetapi yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda..yang lebih penting anda boleh membayar premium dan menggunakan manfaat yang ada di dalam polisi tersebut sekiranya terjadi musibah atau kecemasan.HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT,TIADA PAKSAAN DALAM JUAL BELI DALAM PRUDENTIAL BSN TAKAFUL ..tugas saya hanya untuk menerangkan kepada anda dan TUGAS ANDA ADALAH UNTUK MEMBUAT ANALISA DAN MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK DIRI SENDIRI SERTA ORANG YANG DI SAYANGI.

-SAM-
Mentor Takaful #1

Tuesday, July 19, 2016

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

TIPS KEWANGAN

~~~~~~~~~~~~~~~
.
Sebelum sibuk nak bayar hutang bank atau hutang orang , bayar diri sendiri dulu (buat simpanan) untuk tabung kecemasan , paling minima bersamaan dengan 1 bulan gaji , dah ada wang ini , barulah mula bayar hutang , kalau tertunggak bayar lebih sikit , lama-lama boleh kejar.
.
Kenapa tabung kecemasan (sakit pening , kereta rosak dll) penting ? supaya kita tak tambah hutang baru kalau ada kecemasan. Beli tudung , tukar handbag , modified kereta , bagi pinjam duit kat orang , balik kampung dan sebagainya bukan kecemasan) , jangan ngada-ngada nak guna wang tabung kecemasan.
.
Ada yang meninggal dan kenduri kendara kat kampung bukan kecemasan , kalau ada yang meninggal atau ada yang kahwin , mereka tetap dah meninggal atau kahwin biarpun korang tiada disitu. Jangan sebabkan hal macam itu , poket korang meninggal pulak nanti.
.
begitu juga kalau mak ayah nak buat kenduri kat kampung, tong/tong dengan adik beradik , boleh pilih tarikh lain kalau semua tengah senak, jangan cuba jadi hero.Tolong jangan jadi lurus pembaris apabila membaca nukilan ini , Abam cuma bagi contoh jer , guna la akal untuk menentukan mana satu hal atau perkara kecemasan.
.
Teruskan menyimpan biarpun sudah ada tabung kecemasan , simpan / tabung kecemasan sehingga bersamaan dengan 6 bulan pendapatan barulah mulakan langkah untuk melabur pula selepas itu. Kajia semula kedudukan kewangan anda setiap 6 bulan. Ada paham ?

Shahrul Afzam Mohamad
Mentor Takaful #1
019-455 2664

Sunday, June 21, 2015

Amalan Pemakanan Rasulullah



MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW








1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi saw bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi saw suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi saw bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi saw bersabda susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi saw selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Sila share dengan rakan yang lain.

Salam Ukhuwah..~

sumber: blogtokwan.blogspot.com