Monday, June 20, 2016

Iftar @ De Palma Hotel

Assalam.

Harini berjaya melempiaskan nafsu makan kerana telah diundang oleh Hans untuk turut serta dalam majlis berbuka puasa. Niat di hati nak pakai baju korporat keje aje, almaklumla pakai ape2 pun tetap hensem. hoho. Tapi Hans telah paksa dengan jaya nya untuk pinjam jubah yang agak fit. Kan da terserlah otot2 ku. Bukan ape, saya taknak nanti mase berbuka kaum hawa tak boleh nak makan kerana otot perut mula menimbul.
waksegan menjadi peneman
kasi apit itu beemmer
Kitorang antara yang terawal sampai. 5.45?? Terpaksa la termenung ronda2 kawasan hotel. 7pm kitorang mula masuk. Buka je pintu lift, tudia.. Berderet makanan bagaikan raja diarak(bukan arak haram) dari pintu masuk ke kerusi. Saya sibuk uruskan klien masuk wad di hospital seremban. walaupun bukan klien, tapi niat dihati suci dan murni hanya menolong mereka2 yang telah ketiadaan ejen.


.
.
Proses sambar menyambar makanan bermula. 5 minit kemudian, tadaaaaa..


Wow, kaunter nasi dagang dan nasi kerabu ade kat sebelah. Nampak pulak budu, bagaikan melambai2 dan memanggil2 untuk di cedokkan.




Seementara tunggu nak masuknya waktu berbuka, hadirin "dihidangkan" dengan persembahan nasyid dan zikir2 dari pelajar sekolah Kuala Selangor. Syahdunye..menggamit memori mse nasyid zaman sekolah dulu. Bagus hotel ni, mencapai syariah compliant seperti staf bertudung, surau ade imam yang tetap, makanan halal, dan pelbagai aspek2 yang lain.


Selesai berbuka, perut pun masing2 dah menimbulkan ototnya, time untuk bertarawih. Kitorang terawih kat surau hotel tu jugak. Ade la dalam 30 orang jemaahnye. Disebabkan mengantuk, waktu moreh mencari la kopi kot2 boleh menyah-ngantukkan mate ni. Tapi hampa, hanya teh tarik yang tinggal.

No comments:

Post a Comment