Showing posts with label #tahukahanda?. Show all posts
Showing posts with label #tahukahanda?. Show all posts

Monday, September 12, 2016

5 Faktor Untuk Syarikat Kecil Terus Berjaya

APAKAH FAKTOR PALING PENTING SESEBUAH SYARIKAT YANG BARU BERTATIH UNTUK BERJAYA?

Menurut kajian Bill Gross, pengasas Idealab,
Beliau telah mengkaji lebih 100 buah syarikat di seluruh dunia.
Banyak yang berjaya
Tidak kurang juga yang gagal.

Tapi apakah yang membuatkan sesebuah syarikat itu berjaya terbang tinggi dengan jayanya dan ada pula yang gagal jatuh terduduk dengan sakitnya?

Terdapat 5 faktor menurut beliau.
Namun antara kelima lima tersebut, yang manakah lebih penting?

Yang menentukan jatuh bangun sesebuah syarikat,
Terbang setinggi helang mahupun hanya guling guling seperti beruang ialah,

Pertama: Adakah IDEA yang paling penting?

Dulu kami sangat merasakan idea adalah segala-galanya.
Gagal atau berjayanya sesebuah syarikat tersebut bergantung kepada ideanya.

Saat "Aha" adalah paling penting bagi seorang perniaga!

Bagaimana idea itu mampu menyelesaikan masalah orang lain?
Lalu kita membuat wang hasil penyelesaian permasalahan tersebut?

Tapi makin lama kami mengkaji,
Kami melihat ada faktor yang lebih penting daripada IDEA, iaitu

KEDUA: PASUKAN

Kami menyedari idea hanya tinggal idea jika ia tidak dimanifestasikan ke dalam bentuk perbuatan.

Ada idea bagus, tapi tiada orang yang bertindak atau membuatnya.
Hasilnya tiada apa hasil yang muncul.

Ada idea yang biasa-biasa sahaja,
Tapi jika dibuat dengan baik dan cantik
Ianya lebih baik daripada ada idea baik tapi tidak terbuat.

Bagaimana plan dirancang dan dilaksanakan, diadaptasikan dalam realiti semasa
adalah lebih MAHA PENTING daripada idea itu sendiri?

"Setiap orang ada plan, sebelum mereka ditumbuk di muka"
-Mike Tyson-

Itulah realiti dalam bisnes.
Kita merancang untuk buat itu dan ini.
Rancang sale berapa bulan ini.

Tapi ianya tidak menjadi seperti yang didakwa.
Diuji pelbagai cabaran dan dugaan.

Jika dalam tinju, penumbuk ialah ujian.
Dalam bisnes,
Pelanggan ialah ujian.

Kekuatan pasukan yang baik ialah kebolehan menahan tumbukan-tumbukan ini daripada pelanggan.

Itulah pasukan yang baik!

Oleh itu saya mula memikirkan TEAM dimana kita ada faktor yang paling penting.

Tapi kami terus mengkaji.

Lalu kami melihat satu faktor lagi,

KETIGA: BUSINESS MODEL

Adakah syarikat ada visi yang jelas untuk cipta keuntungan yang banyak dan konsisten?

IDEA atau TEAM masih belum menjamin keuntungan jika semua pengurusan syarikat berterabur dan tidak teratur.

Faktor seterusnya,

KEEMPAT: DANA

Kebanyakan syarikat yang besar menerima dana yang besar.
Barangkali inilah faktor penting untuk berjaya.

Apa yang dirisau dengan kerugian jika kita sudah ada dana yang besar bukan?

Semua kegagalan atau kerugian masih dalam peringkat tolerant kerana ada dana yang besar untuk teruskan perniagaan.

Namun setelah dilihat semua faktor ini,
Ada satu faktor yang paling penting sekali,

Iaitu

MASA / TIMING

Tahukah anda?
Ada model bisnes yang sama seperti Youtube sudah ada sebelumnya?
Nama syarikat tersebut ialah Z.com

Apa yang membezakan kedua-dua ini ialah MASA.

Z. com dilancarkan pada tahun 1999-2000.
Rakyat Amerika masih belum ada akses internet yang banyak.
Sangat susah untuk dapatkan internet pada waktu tersebut.
Akhirnya Z.com ditutup pada tahun 2003.

2 tahun kemudian
Muncul Youtube
Pada waktu itu, akses kepada internet di US sudah melebihi 50%
Lihat You tube sekarang di mana? 😀

Uber juga begitu.
Uber muncul pada waktu yang sangat tepat
Di saat pemandu ingin mencari duit lebih,
Mereka muncul untuk mengatur pemandu-pemandu dalam satu sistem..

MASA ialah paling penting dalam berjaya atau gagal sesebuah bisnes.

- Adakah dunia boleh menerima bisnes anda?

- Ataupun produk anda agak terkehadapan menyebabkan anda perlu memberikan proses pembelajaran terlebih dahulu?

- Ataupun produk sudah ada begitu ramai persaing di pasaran?

Inilah faktor lebih penting

Its a TIMING!

Jika sudah ada idea, pasukan, business model, dana,

Make extra homework to when to launch your business.

Ingat
MASA ialah segala galanya!

Identify the DEMAND, and SOLVE it

If there no demand, create it!

Friday, December 24, 2010

Hukum Merayakan Hari Krismas

Salam.
Dalam masa leboh kurang 3 Jam lagi, maka tarikh akan jatuh kepada 25 Disember 2010. Siapa yang tak tahu kan, perayaan yang disambut oleh warga Kristian. Hari ini juga disebut sebagai Hari Natal. Hukum bagi seorang Islam menyambut perayaan ini adalah HARAM kerana ia jelas sekali diadakan bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian.
Samahatul Imam Al-’Allamah Asy-Syaikh ‘Abdul Aziz bin Baz rahimahullah :


Tidak boleh bagi setiap muslim dan muslimah untuk ikut serta dengan kaum Nasrani (Kristian), Yahudi, atau kaum kafir lainnya dalam acara perayaan-perayaan mereka. Bahkan wajib meninggalkannya kerana barangsiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memperingatkan kita dari sikap menyerupai mereka atau berakhlak dengan akhlak mereka. Maka wajib atas setiap mukmin dan mukminah untuk waspada dari hal tersebut, dan tidak boleh membantu untuk merayakan perayaan-perayaan orang-orang kafir tersebut dengan sesuatu apapun, kerana itu merupakan perayaan yang menyelisihi syari’at Allah dan dirayakan oleh para musuh Allah. Maka tidak boleh turut serta dalam acara perayaan tersebut, tidak boleh bekerja sama dengan orang-orang yang merayakannya, dan tidak boleh membantunya dengan sesuatu apapun, baik (memberi) teh, kopi, atau perkara lainnya seperti alat-alat atau yang semisalnya (sempena hari perayaan mereka - penyunting).

Allah juga berfirman :
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya: “Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan jangalah kamu tolong menolong dalam dosa dan permusuhan” [Al-Ma`idah : 2]

Ikut serta dengan orang-orang kafir dalam acara perayaan-perayaan mereka merupakan salah satu bentuk tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan. Maka wajib atas setiap muslim dan muslimah untuk meninggalkannya.
Tidak selayaknya bagi seorang yang berakal jernih untuk tertipu dengan perbuatan-perbuatan orang lain. Yang wajib atasnya adalah melihat kepada syari’at dan aturan yang dibawa oleh Islam, merealisasikan perintah Allah dan Rasul-Nya, dan sebaliknya tidak menimbangnya dengan aturan manusia, kerana kebanyakan manusia tidak mempedulikan syari’at Allah. Sebagaimana firman Allah :

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبيلِ اللهِ
Maksudnya: “Kalau engkau mentaati kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.” [Al-An’am : 116]

Allah juga berfirman :
وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Kebanyakan manusia tidaklah beriman walaupun engkau sangat bersemangat (untuk menyampaikan penjelasan).” [Yusuf : 103]

Maka segala perayaan yang bertentangan dengan syari’at Allah tidak boleh dirayakan meskipun banyak manusia yang merayakannya. Seorang mukmin menimbang segala ucapan dan perbuatannya, juga menimbang segala perbuatan dan ucapan manusia, dengan timbangan Al-Qur`an dan As-Sunnah. Segala yang sesuai dengan Al-Qur`an dan As-Sunnah atau salah satu dari keduanya, maka diterima meskipun ditinggakan manusia. Sebaliknya, segala yang bertentangan dengan Al-Qur`an dan As-Sunnah atau salah satunya, maka ditolak meskipun dilakukan oleh manusia.
[Majmu’ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi’ah rahimahullah I/405]

p/s: Harap info ini dapat disampaikan kepada mereka yang beragama Islam. Wallahualam.

FAKTA ATAU fAUTA??





KELAWAR sentiasa membelok ke kanan apabila keluar dari gua.




KUCING adalah satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai deria rasa.


Sebatang PENSEL mampu menghasilkan garis lurus sehingga 56km. Jika 2 bilion pensel ia mampu mengelilingi dunia sebanyak 9 kali.


Raja RAMA RAMA mempunyai deria rasa sebanyak 12,000 kali ganda dari manusia.


Anda dikehendaki melalui 1792 anak tangga untuk sampai kepuncak menara EIFFEL.

JERUNG tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas.


Gunung berapi terbesar di alam semesta adalah OLYMPUS MONS yang terletak di planet Marikh.




Ikan HARUAN mampu mengesan 27000 jenis bau skali gus ia adalah haiwan paling sensitif dengan bau.(sbb hidung dia besor kot)


Nisbah SEMUT dengan manusia adalah 1,000,000:1, tapi manusia lagi ramai meninggal dunia kerana kencing manis berbanding semut!



Tanduk BADAK SUMBU bukanlah dari tulang, tetapi ia hanyalah dari bulu yg terkumpul dan padat.

BATU KARANG terbesar dikeluarkan dari badan manusia adalah seberat 1.36kg.


p/s: Gambar2 tiada kaitan dengan yang tulang mahupun ikan..

Wednesday, December 22, 2010

Teka Teki Teku Teko Teke

Marilah kita berteka-tekuk sebelum tidoooo...

Apakah yang sama macam unta,
muka macam unta,
ekor macam unta,
badan bonggol macam unta...
tetapi bukan unta.. 

Haaa, jawab2..sape menang, pegi kedai n beli hadiah sendiri...peace(",)

Wednesday, December 15, 2010

Facebook Emoticons

Helooooooooooooooo..haha..setelah sekian lama blog ni kesunyian tanpa entry, tuan tanah hadir lagi pada kali ini dengan penuh keceriaan..hahaha..kehidupan skrg agak buat2 busy sikit..Ni pun ada kat ofis lagi, baru abis briefing tentang tender. Baru ku sedari bahawa buat benda alah ini agak la merumitkan dan melecehkan serta meloyakan tekak pabila ia melibatkan projek2 yang besar. Namun begitu, a huge thanks for bro Azrul Iskandar, The King of Tender telah membantu serta mengajar aku dengan tanpa mengira penat lelah. Thanks again bro!..(biar la dia x bace blog aku pn..hehe)..Besok TTB akan ke TM untuk mendengar Tender Briefing daripada pihak TM sendiri.


Hidup agak tough ble melangkah ke alam pkerjaan ni. Belum melangkah, baru nak pakai stokin, dah kene harungi rintangan.Tapi, memang best keje ngan staf2 sini yang semuanya sempoi2 bahasa.


Haa, TERpanjang la pulak intro nye..niat di hati nak pendek,memandangkan belum menjejak kaki kat umah lagi ni..aiyoo...ok la..we straight to the point. Actually,  hari ni TTB nk share dengan korang semua tentang bagaimana nak menjadikan ruangan chatting kat fesbuk lebih ceria. Eleh, bukan tips ape pon, just wanna share. Bak kata orang kampung, sharing is penting!


Ini dia, satu jadual sekolah yang aku salin sempena nak masuk semester baru.


Inilah dia facebok emoticons yang boleh digunakan kat ruangan chat. Tak tau la, maybe korang dah lama tau pasal benda2 ni. Tapi secara jujur, ikhlas serta tawaduknye,aku baru tau. Bengkek btol. Haha. Ahhhh,ni smua silap korang. Bukan silap aku sebab korang tak bagitau aku sebelum ni. Kalau emoticons yang biasa2 macam senyum, jelir, sedih n gelak tu, aku tau la..selebihnya, baru tau kjap tadi.hehe.
So, cara nak guna, just taip je simbol2 kat bawah column "shortcut" macam kat atas ni. Setel. As simple as nuts kot..


p/s: tak lama lagi fb akan buat macam YM, emoticons Sweetim tu..nice2.

Friday, December 3, 2010

Solat ATAU Sembahyang??

Assalammualaikum,

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya,istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur"Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan"Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah"dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai"menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang keMalaysia , mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu DrDaniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada"menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristianpergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepadamereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. TetapiUmat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai"Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada"menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangununtuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh,"kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalahhal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyaikesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasaberhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!

Monday, November 29, 2010

Awas! Jaga Pemakanan Anda

Kawan saya (dah arwah)...... .
dari usia muda.....
pagi nescafe..... 2 X..
petang nescafe....2X. ..
malam nescafe....? X...

depan mata saya........ .
bangun dari kerusi ........
kaki dia terus patah....
tulang dia reput.....

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung & buah pinggang

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan.


Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan

Tuesday, November 23, 2010

Seram: HANTU Tindih???

Malam-malam pernah kena tindih?ade hantu datang masuk bilik, then terus tindih korang?tak beradab punye hantu. Lebih2 lagi kalo ade hantu jantan tindih orang pompuan n hantu betina tindih orang laki. Memang panas dengar kan?hilang la keperawanan manusia beb! tak aci btol. Rase macam nak sepak je hantu tu, tapi tak berdaya. Haha. Mesti korang penah rase kan?"Kena tindih dek hantu"..Statement yang selalu sangat kite dengar dikalangan alam manusia ni. Padahal, kalo tnye pakcik sikers, dia cakap hantu2 tu smua nya baik. Mane penah tindih orang. Ish2, tak baik fitnah kat hantu...
Salah tanggapan terhadap Sleep Paralysis.


OOoooit! kejadian 'hantu tindih' ni tak berlaku la. Ramai yang tersalah anggap dan menyatakan bahawa mereka telah dtindih. Maaf makcik2, pakcik2, adik2, kakak2, abang2, dsini TTB ingin perbetulkan keadaan. Keadaan ini disebut sebagai sleep paralysis atau kelumpuhan tidur. Ia merupakan keadaan dimana otot-otot motorik membangunkan kita secara tiba-tiba namun otak belum siap untuk bangun. Sehingga kita sedar yang kita telah terjaga tetapi tidak mampu menggerakkan tubuh. Ia ada kaitan dengan 'miscommunicate'  antara otak dengan otot..hehe.


Antara sebab musabab terjadinya kes juvana ni adalah:

  • Tidur tak cukup
  • Mengalami tekanan(stress)
  • Melakukan aktiviti yang meletihkan sebelum waktu tidur.
  • Otak kondem!



Cara mengatasi:

  • of course, elakkan benda2 yang tertulis di atas.
  • mase terkena tu, cuba dengan kudrat yang ada untuk menari zapin, kelipkan mata, gerakkan mata, cuba utk gerakkan anggota badan seperti jari tangan/kaki dsb...
Tension pn ade kalo dh  terkena tu. Susah nak bangun kot. Kadang2 kne ade member sentuh kite, baru la boleh bangun.. Memang physco!

Bawah ni contoh video orang yang terkena Sleep Paralysis;
kesiannnnn...hehe

Kalau ada ternampak member korang tengah berjuang camni mse tido, tolong2 la gerakkan yer. Tak tergamak nak tengok dia terseksa. Haha.

p/s: Jangan lupe bace doa sebelum tido. =)