FOLLOWERS

Wednesday, March 30, 2011

Tarian poco-poco HARAM?

Salam 1 blogger.
Aku dengan frankly nye, tidak jelas sgt pasal ni. Dah banyak ustaz yang ditanya, dah banyak kali aku tekan keyboard utk mencari kesahihan tentang status HALAL tarian ni. JAKIM tak bagi lagi kot. Tapi, merujuk kepada internet, memang ramai antara mereka yang aktif memberi hujah dan menyatakan bahawa tarian ini jelas HARAM. Btw, ade jugak yg cakap halal in case kalau tarian itu dilakukan semata2 untuk kesihatan. Wallahualam. Sampai la hari ni, dah kuar paper menyatakan poco-poco ni haram.

IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
ni petikan daripada Kosmo, 30th March 2011. Kalau kat are rumah aku tu, ade la jugak geng2 yang duk menari poco2 mse petang. Makcik2, pakcik2, atuk2, nenek2, adik, akak n abang, smua ade. Nak tegur, aku ni takde bukti sahih yang menunjukkan nye haram. So, wat dono je la. Pandai2 la menilaikannye k..and, sampai2kanlah kepada mereka yang tidak mengetahui. Wallahualam.

5 comments:

  1. masa kat asrama dulu every sunday kitorang buat senamrobik mesti ade poco2 skali.tp klo kite niat nak besenam je xbley ke ye?hu3

    ReplyDelete
  2. wallahualam...jangan nanti kite nak guna simbol tambah (+) pun dipersoalkan..wakakakkaka..

    ReplyDelete
  3. poco-poco di indonesia pernah tenar sekitar tahun 2000, asalnya dari maluku, ambon manise. Tapi karena bukan seperti gerakan menari lebih cenderung ke senam maka di indonesia poco-poco di kenal bukan dengan istilah tarian tapi Senam. Senam poco-poco... kalau tidak salah.

    Karena di indonesia kaya akan berbagai budaya yang berjenis tarian, seperti tari bedoyo (jawa) tari lilin(padang) tari Jaipong (sunda) maka seinggat saya tidak ada tarian yang di haram/halalkan. Karena semua toh merupakan suatu aktivitas, selama tidak melangar aturan dan norma2 kemasyarakat setiap budaya wajib untuk di lestarikan, agar tidak punah dan diaku negara tetangga. Betul tidak?
    salam damai selalu...

    ReplyDelete
  4. Apa2 jenis tarian atau senaman mempunyai asas hukum yang sama. Hukum berubah apabila iktikad dan pelaksanaan berubah. Hukumnya boleh menjadi harus dan boleh menjadi haram. Cuba seacrh "Poco-Poco : Pendapat Ustaz Asri Zainal Abidin dan Ustaz Harussani Tidak Saling Bercanggah" di dalam blog saya , saya ada kumpulkan pendapat dari Tan Sri Harussani (Mufti Perak) dan pendapat Prof Ustaz Asri Zainal Abidin (Mantan Mufti Perli).

    ReplyDelete
  5. Salam Perkenalan
    marilah join kontest blog saya dan marilah beli brooch di blog saya :
    http://fasham87.blogspot.com

    ReplyDelete