Thursday, March 12, 2015

Soalan Lazim (FAQ)


1) Adakah produk Takafulink mematuhi Syariah?
Ya, produk Takafulink adalah mematuhi undang-undang syariah yang telah di tetap dan di luluskan oleh Bank Negara Malaysia. PruBSN juga mempunyai Majlis Pengawasan Syariah sendiri bagi memastikan perjalanan syarikat dan produk-produk yang di keluarkan mematuhi syariah. Sila rujuk -

1) Majlis Pengawasan Syariah
2) Senarai Operator Takaful

2) Berapakah sumbangan minima bagi akaun Takafulink?

Sumbangan minima bagi akaun dewasa adalah RM120 sebulan manakala untuk akaun pendidikan (Takafulink Cerdik) boleh bermula dengan serendah RM100 sebulan. Namun begitu, Sumbangan bagi setiap individu adalah berbeza mengikut faktor-faktor berikut dan juga keperluan pelanggan :

Jumlah manfaat yang di ambil
Umur
Jantina
Pekerjaan
Merokok / Tidak MerokokSelain itu anda juga di nasihatkan supaya membuat sumbangan mengikut keperluan dan kemampuan. Untuk mendapatkan manfaat-manfaat dan jumlah sumbangan yang sesuai untuk anda, sila dapatkan Quotation Percuma.

3) Bagaimanakah Cara Pembayaran Sumbangan Takafulink?
Pembayaran sumbangan Takaful boleh di lakukan melalui kaedah berikut :


Kad Kredit
Potongan terus dari akaun bank (Autodebit/Direct debit). Buat masa ini, autodebit boleh di lakukan melalui akaun :
Maybank
CIMB Bank
RHB Bank
Bank Simpanan Nasional
Potongan Gaji melalui Biro Ankasa (Kakitangan Kerajaan)
Melalui internet - Maybank2u
Pembayaran terus di kaunter-kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional
Pembayaran di kaunter Prudential BSN Takaful secara tunai atau menggunakan cek4) Bilakah Peserta boleh mengeluarkan Nilai Tunai dari akaun?
Nilai tunai boleh di keluarkan pada bila-bila masa untuk apa sahaja tujuan apabila jumlah nilai tunai melebihi RM1,000. Contohnya, apabila nilai tunai pada suatu masa berjumlah RM10,000 , peserta boleh mengeluarkan tunai sebanyak maksima RM9,000.

5) Apakah kegunaan Kad Perubatan?
Kad perubatan merupakan manfaat tambahan yang boleh di sertakana bersama-sama pelan Takaful keluarga Takafulink. Ini bertujuan bagi membiayai kos rawatan hospital yang besar tanpa perlu membuat tuntutan (Cashless). Anda hanya perlu membawa Kad Perubatan ini semasa membuat pendaftaran kemasukan ke Hospital panel.

6) Adakah Kad Perubatan boleh di gunakan di mana-mana Hospital?
Kad Perubatan PruBSN Takaful hanya boleh di gunakan di Hospital-hospital yang menjadi Panel. Untuk hospital yang bukan panel atau hospital kerajaan, peserta perlu menyelesaikan bil terlebih dahulu dan membuat kemudian tuntutan secara manual (di uruskan oleh ejen).

7) Kenapakah tuntutan saya di tolak?
Terdapat beberap faktor yang menyebabkan tuntutan anda di tolak oleh syarikat. Sila rujuk artikel "Kenapa Tidak Dapat Claim?"

8) Bagaimana cara untuk membuat tuntutan (Claim)?
Di PruBSN Takaful, kami sebagai ejen komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Salah satu daripada tanggung jawab ejen adalah membuat tuntutan bagi pihak pelanggan. Oleh itu bagi setiap kes yang memerlukan tuntutan secara manual, pelanggan hanya perlu memaklumkan kepada ejen butir-butir tuntutan (hospital,Doktor yang merawat,jenis penyakit, dsb) dan memberikan segala dokumen yang berkaitan seperti resit asal,itemised bil dan laporan doktor jika ada. Jika tidak mendapat laporan doktor semasa "discharge" adalah tidak mengapa, kerana ejen akan membuat follow-up bagi pihak pelanggan.
9) Apakah dokumen yang di perlukan bagi membuat tuntutan (Claim)

Membuat tuntutan biasanya memerlukan beberapa dokumen seperti berikut :

i) Tuntutan Bil Perubatan

1) Laporan perubatan dari pihak hospital
2) Resit Asal
3) Itemised Bill
4) Borang tuntutan

ii) Tuntutan Elaun Hospital / Elaun Pembedahan

1) Laporan perubatan dari pihak hospital
3) Itemised Bill
4) Borang tuntutan

iii) Tuntutan Kematian

1) Laporan pihak hospital
2) Salinan Sijil Mati (yang di sahkan)
3) Laporan port-mortem (jika berkenaan)
4) Sijil Takaful
5) Borang tuntutan

10) Berapa lamakah masa yang di ambil bagi mendapatkan sesuatu tuntutan

Membuat tuntutan memerlukan dokumen yang lengkap seperti yang telah di senaraikan di atas. Oleh itu, masa yang di perlukan bagi mendapatkan dokumen-dokumen (contohnya laporan perubatan dari doktor mungkin memerlukan masa antara 2 minggu hingga 2 bulan). Ini akan mempengaruhi tempoh masa bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Apabila semua dokumen yang di perlukan telah lengkap, syarikat akan mengambil masa 21 hari bekerja bagi memproses tuntutan tersebut. Anda di galakkan selalu berkomunikasi dengan ejen bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan tuntutan anda.

Tak Perlu Insurans Takaful

Dalam satu perbualan dengan seorang bakal pelanggan, setelah beliau faham akan kepentingan perlindungan dan pelan perlindungan untuk anaknya, beliau melontarkan soalan berikut:

“Kalau begini punya penting, kenapa orang selalu lari atau tidak mahu ambil insurans/takaful?”

Kadang-kala soalan yang sama berlegar dalam fikiran saya. Mulanya dulu saya pun hairan tetapi lama kelamaan saya akur. Melalui pengalaman berhadapan dengan orang ramai, memang apa yang diperkata oleh pelanggan di atas ada benarnya. Setiap orang mempunyai pemahaman yang berlainan.

Malah, ada yang ekstrim yang menggelarkan agen insurans/takaful seperti meminta sedekah. Sedangkan jika kita faham, kewujudan agen ini adalah untuk mengelakkan kita meminta-minta jika musibah melanda. Adakah agen itu meminta sedekah jika usaha agen itu adalah menyelamatkan dia daripada kemungkinan bakal menjadi peminta sedekah? Fikirkanlah…

Top 10 alasan lazim kenapa orang ramai tidak mahu mengambil pelan perlindungan adalah:
• 1. Saya tidak ada duit
• 2. Saya tidak percaya agen insurans
• 3. Saya tidak percaya dengan insurans
• 4. Saya ada simpanan dan perlindungan lain
• 5. Saya tidak percaya dengan syarikat insurans
• 6. Saya sudah ada perlindungan yang diberikan oleh majikan
• 7. Saya masih lagi muda
• 8. Saya tiada tanggungan
• 9. Saya tidak ada masa untuk mendapatkan insurans
• 10. Saya kena berhenti merokok ke?

Dan saya ingin menambah satu lagi No.11 : tidak tahu, tidak mahu ambil tahu dan tidak peduli.

Walau apapun alasan yang digunakan untuk mengelakkan diri daripada mendapatkan polisi perlindungan, melindungi diri individu dengan insurans adalah jauh lebih penting daripada semua alasan di atas.

Sebab yang paling utama bagi setiap insan untuk memiliki pelan perlindungan adalah supaya keluarga anda dapat mengekalkan gaya hidup seperti sekarang walaupun sekiranya musibah yang tidak pernah disangka-sangka berlaku.

Selain itu, polisi insurans juga direka untuk memenuhi keperluan spesifik masa depan anda dan juga keluarga, sama ada ianya untuk memenuhi keperluan tabung pendidikan anak, membesarkan ahli keluarga, mencapai impian anda ataupun satu skim persaraan yg selesa.

Terdapat banyak pilihan pelan insurans di pasaran yang anda boleh pilih dan ditawarkan oleh PruBSN, mengikut matlamat dan keperluan kewangan anda. Mulakan mencari pelan yang paling sesuai untuk anda hari ini. Yang paling penting, adalah menjadi keutamaan anda untuk memastikan anda dan keluarga anda dilindungi tanpa mengira berapa pun usia anda sekarang.

Wednesday, March 11, 2015

Sebab Tidak Boleh Claim

Selalu kita terdengar cerita-cerita yang mengatakan insurans atau Takaful ni susah nak claim, terlalu leceh, penipu dan sebagainya. Mungkin juga anda salah seorang yang memang mengalami sendiri pengalaman ini di mana anda gagal membuat sebarang tuntutan dan akhirnya membuat keputusan untuk berhenti sahaja dari menyimpan di Insurans/Takaful. Hakikat ini sememangnya di fahami kerana pemegang akaun akan tertipu,marah dan merasakan menyimpan di akaun ini sebagai perkara yang sia-sia sahaja.

Sebenarnya ada juga saya menerima pertanyaan yang berkaitan dengan perkara ini walaupun kini semakin berkurangan. Namun sepanjang karier saya sebagai perunding produk kewangan ini, dapat saya pelajari bahawa terdapat 4 faktor utama kenapa pemegang akaun insurans atau takaful gagal mendapatkan tuntutan (claim) mereka.

1) Polisi atau Sijil lapsed
Polisi boleh jadi lapsed apabila pemegang polisi atau sjil gagal membayar caruman dalam tempoh yang di tetapkan. Selalunya tempoh ini bergantung kepada kekerapan bayaran (bulanan,kuarter,dwi-tahunan dan tahunan) dan nilai tunai yang ada dalam akaun tersebut.Semakin sedikit nilai tunai, semakin cepat polisi menjadi lapsed. Apabila polisi lapsed,ia tidak lagi berfungsi melindungi pemegang akaun seperti yang sepatutnya. Umpama tayar simpanan kenderaan,walaupun sentiasa di bawa bersama kereta, tapi tidak akan berguna jika tiada angin (biasalah, siapa yang selalu check tayar spare?...) .Oleh itu, sebelum anda membuat sebarang claim atau ingin menggunakan kemudahan kad perubatan, pastikan polisi atau sijil anda masih aktif. Jika tidak, sudah pasti claim anda akan di tolak begitu sahaja.

2) Akaun tidak komprehensif
Terdapat pelbagai jenis plan insurans atau takaful di pasaran.Pelan-pelan ini mempunyai objektif yang berbeza mengikut keperluan pengguna. Ada pelan yang hanya memberikan perlindungan Kemalangan Peribadi (PA), Insurans nyawa, Penyakit kritital dan yang komprehensif.

Ramai yang silap faham atau tidak mengambil tahu apa jenis perlindungan yang ada di dalam akaun insurans/Takaful mereka. Oleh itu tidak hairanlah apabila tuntutan bil hospital di tolak kerana akaun insurans yang di ambil tidak mempunyai perlindungan hospital seperti Kad Perubatan dan sebagainya. Oleh itu, apabila anda mengambil sesuatu pelan Insurans atau Takaful, sila fahami dengan sebaiknya apa jenis perlindungan yang di berikan. Sebaik-baiknya, ambil lah yang komprehensif di amana akaun tersebut yang boleh melindungi anda jika berlaku perkara-perkara seperti berikut :

a) Kematian/Lumpuh sepenuhnya
b) Penyakit Kritikal
c) Kemalangan
d) Bil Hospital yang tinggi akibat apa-apa sahaja penyakit

3) Gagal mengisytiharkan maklumat cadangan dengan sempurna

Syarikat insuran tidak mengenali anda dan tidak mengetahui samada anda adalah seorang yang berisiko rendah atau sebaliknya untuk di insuranskan. Oleh sebab itu, semasa memohon sesuatu insuran/takaful, pelanggan di kehendaki mengisytiharkan segala maklumat peribadi dan maklumat berkenaan keadaan kesihatannya dengan sebaik mungkin. Syarikat insuran akan menerima permohonan berdasarkan maklumat tersebut. Oleh itu, jika berlaku sebarang kecuaian (samada secara sengaja atau tidak) ataupun penipuan semasa pengisytiharan maklumat kesihatan, boleh menyebabkan tuntutan di tangguhkan atau di tolak. Dalam sesetengah keadaan syarikat juga berhak membatalkan polisi dan memulangkan semula segala caruman yang telah di bayar.

4) Tempoh menunggu
Sesuatu polisi biasanya mempunyai tempoh menunggu tertentu sebelum ia boleh melindungi peserta daripada sesuatu risiko. Sebagai contoh, Kad Perubatan hanya akan membayar kos rawatan penyakit batu karang selepas 120 hari ia di keluarkan. Jika peserta di masukkan ke hospital sebelum tempoh tersebut, syarikat berhak untuk menolak tuntutan yang di buat. Oleh itu, bagi yang masih bertangguh-tangguh untuk mengambil insuran/takaful, buatlah keputusan segera kerana kita tidak tahu bila akan memerlukannya. Jangan sampai di sebabkan sikap kita yang suka bertangguh, kita tidak dapat membuat tuntutan hanya kerana polisi insurans/takaful kita tidak cukup tempoh menunggu 1 hari!.

5) Pengecualian

A. Pengecualian Umum (General Exclusion)

Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan penyakit wanita (e.g. breast cancer), bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya...(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).

B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)

Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition".

Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.

Cubalah anda fikirkan dan belek semula polisi/sijil anda, kenapakah tuntutan anda di tolak?. Kemungkinan besar adalah di sebabkan salah satu faktor di atas. Oleh itu, periksa semula polisi insuran/Takaful yang anda ambil dan pastikan ianya boleh membantu anda semasa di perlukan.

Tuesday, March 10, 2015

Proses Kemasukan ke Hospital Menggunakan Kad Perubatan PruBSN Takaful

Education Plan: Smart Bonus untuk anak tersayang

Terbaru daripada PruBSN Takaful Health2

Dengan PruBSN Smartlink - Bonus Edusmart, anak2 anda akan mendapat manfaat berupa ganjaran wang tunai bila mereka mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Berikut ialah manfaat2 tersebut. Lagi tinggi sumbangan tahunan, lagi tinggi lah ganjaan yang akan diperolehi. Jadi, jangan lepaskan peluang ini!




Jom Whatsapp saya untuk mendapatkan penerangan lanjut. 0194552664-Shahrul

Monday, March 9, 2015

MRTA vs MLTA


Hi,
Please think before make decision of buying home insurance :-
MRTA : Mortgage Reducing Term Assurance

MLTA : Mortgage Level Term Assurance

1. MLTA = flexi insurance, MRTA = term insurance

2. PROTECTION :
MLTA = protection, savings and/ or guarantee returns (cash value)
MRTA = reducing protection

3. PAYMENT :
MLTA = periodic. Can be paid on monthly, quarterly, half yearly / yearly basis
MRTA = lump sum payment by cash / finance into housing loan

4. MLTA = tax relief up to RM6000 every year, MRTA = no tax relief

5. MLTA = cash return(asset) MRTA = no cash return (expense)

6. TRANSFERABILITY :
MLTA = transferrable & able to upgrade protection value
MRTA = non transferrable (lapse when tend to refinance/ new purchase)*when buying new property/ refinancing, MRTA premium will be higher because of age*

7. MLTA = death/tpd/critical illness + premium waiver,
MRTA = death and tpd only

8. MLTA = level premium, MRTA = higher premium if financed by bank as it is tied to BLR

9. Nomination :
MLTA = Beneficiary can be anyone
MRTA = Beneficiary is Bank

If you are tend to investment/ refinancing, MLTA from PruBSN is suitable because you no need to re-purchase your home insurance after few years. Any further inquiry, please don't feel hesitate to Whatsapp me at 019.455.2664 or email me at prubsn.takafulplan@gmail.com


Claim: Viral Fever

Info Kes: Viral Fever
Hospital: Senawang Specialist Hospital
Bil hari warded: 5 hari (cukup 6 jam dikira sehari warded)
Kos rawatan: RM 3,509 (bil termasuk warded, consultant dan etc.)
Jumlah yg dibayar oleh pesakit: RM 344 ( 10% co-takaful (min RM300 – Max RM 1000) dan caj tidak ditanggung)
Jumlah yang dibayar oleh PruBSN Takaful: RM 3,165 (setelah ditolak ko-takaful)
Elaun Hospital: RM 750
Premium bulanan: RM 207 sahaja

Sunday, March 8, 2015

Testimonial Claim

Info Kes: Bilateral OM wt effusion
Hospital: KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
Bil hari warded: 2 hari (cukup 6 jam dikira sehari warded)
Kos rawatan: RM 3,971.55 (bil termasuk pembedahan, warded, consultant dan etc.)
Jumlah yg dibayar oleh pesakit: RM 413.39 ( 10% co-takaful (min RM300 – Max RM 1000) dan caj tidak ditanggung)
Jumlah yang dibayar oleh PruBSN Takaful: RM 3,558.16 (setelah ditolak ko-takaful)
Elaun Hospital: RM 600
Premium bulanan: RM 135 sahaja

Testimonial Claim

Info Kes: fracture distal & rt radius wt post
Hospital: KPJ Tawakal Specialist Hospital
Bil hari warded: 4 hari (cukup 6 jam dikira sehari warded)
Kos rawatan: RM 6, 589.20 bil termasuk pembedahan, warded, consultant dan etc.)
Jumlah yg dibayar oleh pesakit: RM 797.13 ( 10% co-takaful (min RM300 – Max RM 1000) dan caj tidak ditanggung)
Jumlah yang dibayar oleh PruBSN Takaful: RM 5,792.07 (setelah ditolak ko-takaful)
Elaun Hospital: RM 1,250 (termasuk elaun surgical)
Premium bulanan: RM 200 sahaja

Simpanan Bank/ASB vs Simpanan PruBSN Takaful

SIMPANAN BANK / ASB / LAIN – LAIN
 
SIMPANAN PruBSN TAKAFUL
 

Tiada manfaat perlindungan disertakan.

Manfaat Perlindungan disertakan.
 
1.     Kad Perubatan (Minimum RM500,000 sehingga RM2.5 Juta, sepanjang hayat diinsurankan).
 
2.     Elaun Tunai Harian jika dimasukkan ke wad. (RM100 sehingga RM400)
 
3.     Elaun ICU
 
4.     Elaun pembedahan.
 
5.     Elaun hilang upaya.
 
6.     Pampasan:
·          Kematian
·          Hilang Upaya
·          36 Penyakit Kritikal
·          Kemalangan

7.     Jaminan Caruman Percuma Seumur Hidup. (sekiranya menghidapi 36 Penyakit Kritikal Tahap 3 & Hilang Upaya Kekal)

8.     Manfaat Pesakit Luar Akibat Kemalangan.

9.     Pampasan Kematian Kemalangan Kenderaan Awam (Mendapat Pampasan berjumlah 2 x Ganda).

10.   Faedah Tunai Akibat Kemalangan Di Rumah/Tempat Kerja / Jalanraya.

11.   Pengecualian Cukai Pendapatan Kerajaan : Maksima RM 6,000 / setiap tahun .

12.   Kemudahan 60 Hospital Panel di seluruh negara.

13.   Pay & Claim bagi Hospital bukan Panel.


Tiada jaminan pendapatan atau tabungan untuk anak dan pasangan.

Maanfaat Tambahan untuk Keluarga
 
Jika menabung di PruBSN TakafulLink untuk anak dan pasangan :
§  Jaminan Caruman Percuma untuk Pasangan (sehinga Tua) dan anak (sehingga umur 25 thn) sekiranya penyumbang menghidapi penyakit kritikal tahap 4 atau Hilang Upaya Kekal atau berlaku Kematian.
§   
§  Masa depan keluarga Terjamin


KESIMPULAN

·       Simpanan Sahaja.
 
·       Tiada Jaminan dan perlindungan jika berlaku sebarang musibah.



KESIMPULAN
 
  ·     Pelan Komprehensif (3 in 1) yang lengkap
(Pampasan + Perlindungan Kesihatan +    Simpanan)
 
  ·     Menjamin Kesejahteraan dan masa depan keluarga.
 
  ·     Merupakan satu Ibadah yang amat besar   maknanya iaitu memberi sumbangan/tabungan bagi saling membantu ahli dan keluarga tersayang disaat musibah melanda.