Wednesday, July 27, 2016

Kisah seorang anak kepada seorang ibu

Menyaksikan' kisah bagaimana seorang anak melakukan yang terbaik sedari hayat - kemuncak saat ibunya mengadu sakit,
Sehingga saat2 terakhir diajari syahadah itu ,dimandikan,disembahyangkan oleh beliau sendiri,
Diusung jenazahnya, dikebumikan.
Ini benar2 merapuhkan hati.
Inilah hari dimana aku merasakan antara sembahyang jenazah yang paling sedih seumur 25 tahun aku hidup ini.
Manakan tidak,cukup mengerti rutinnya pulang seminggu 2,3 kali dari Kuala Lumpur untuk berbakti kepada ibunya di Kelantan.
Hanya mengatakan 'Ya' pada semua permintaan ibunya, kecil besar susah senang,ditunaikan tanpa soal.
Ibu-yang kondisinya memerlukan rawatan yang beratus2 bahkan beribu ribu ringgit, dia belanjakan tanpa sedikitpun rasa susahati.
Dia berikan terbaik untuk adik beradiknya ,terutama adik bongsu yang banyak mengambil berat makan pakai ibu tersayang di Kg.Kereta dibeli/ duit belanja diberi untuk si adik hanya untuk pastikan tiada kesedihan di wajah insan bernama ibu.sementelah si bongsu ini, paling disayangi si-ibu..

Terngiang2 Falsafah berniaga beliau:
" Berniaga ini untuk beri manfaat pada orang lain sebab itu alang2 berniaga biar berjaya (kaya hati /harta)"

Menunggu pula di liang lahad ibu untuk menyambut sekujur tubuh mulia ini sambil airmata tidak tertahan mengalir laju.
Merah padam wajah itu tanda kesedihan yang amat,
Inilah akhlak seorang mentor aku yang menyebabkan hati ini tidak akan jatuh cinta pada lain2 perusahawanan& perusahaan.ia satu dalam sejuta.
Berbuat baik pada ibubapa itu anjuran Quran,
Dan berniaga itu sunnah Nabi junjungan.
Dan ini perjalanan jauh berliku untuk aku,
Semoga inilah hasrat sebenarnya kita berniaga.
Si anak berbaju biru itu bakal mengikuti jejak taqwa berbakti seperti ayahnya.in sya Allah

Kunci syurga kita~Ibu.

االهم اغفرلها ورحمحها وعافها وعغوا عنها.
buat Hajah Halimah binti Esah.
25 Julai 2016.
Ibu Hj Mohd Fadzli Mat Noor.
Founder Al Isra' Associates Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment