FOLLOWERS

Saturday, October 24, 2015

Takaful Puteri & Takaful Puteri PLUS

HAYATI LAH HIDUP ANDA HARI INI DENGAN KEBEBASAN SEPENUHNYA!!!!!

Penghargaan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala apa yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan satu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu :-

Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus

Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu

Plan 1 = RM 50,000

Plan 2 = RM100,000

Plan 3 = RM150,000


Pelan Takaful Puteri menawarkan :
Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)
manfaat takaful puteri, plan, sakit kritikal
Nota :

i) Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan

ii) Jadual di atas hanyalah ringkasan sahaja. Untuk keterangan lengkap, sila rujuk Sijil Takaful atau klik di SINI

Kurang Jelas/Kurang Faham Mengenai Plan Ini?

Buat Temujanji Anda Sekarang!!


Shahrul Afzam bin Mohamad
0194552664

No comments:

Post a Comment