Showing posts with label #suratkhabar. Show all posts
Showing posts with label #suratkhabar. Show all posts

Wednesday, July 20, 2016

Kisah Benar...

Klien : Assalamulaikum. Boleh tolong buatkan Income Protection utk aku RM300,000 dan utk zaujah (wife) RM300,000 tak?..

Saya : W'salam.. Boleh.. Kenapa tiba - tiba hang nak buat ni?? 3 tahun aku dok promote .. Tapi hang buat tak layan ja..

Klien : Tiba-tiba aku rasa, aku kena ambil insurans.. Bulan lepas adik aku meninggal. Umur tak jauh beza dengan aku pun.. Beza 2 tahun ja .. Meninggal sebab sakit jantung.. Bila dia meninggal aku yang uruskan semua.. Pengurusan kematian, hal-hal berkaitan dengan hutang, makan minum anak isteri dia dan semua lah yang dia tinggalkan.. Semua nya aku urus..

contoh keratan surat khabar berkaitan dengan plan 10 tahun gaji

Apa yang paling aku TERHARU bab soal HUTANG dan PERBELANJAAN untuk anak isteri.. Isteri arwah tak bekerja.. Sebelum ni semua urusan arwah yang buat.. Tapi bila dia dah tak ada.. Isteri dia langsung tak tahu nak buat apa.. Sekarang ni dia tengah berkira-kira nak jual rumah untuk menampung perbelanjaan sementara dia cari kerja lain.. tu yang terpaksa cover balik dengan jual rumah sekarang.. Buat sementara waktu ni isteri arwah dok dengan mak ayak dia kat kampung..

Bila jadi macam ni baru aku terfikir bagaimana kalau aku yang MATI??? Bagaimana anak dan isteri aku??? Siapa yang nak uruskan semua perbelanjaan mereka?? Siapa nak settlekan hutang-hutang aku ??? Rumah dan tentu la jadi FREE.. tapi yang lain-lain lagi..

Sejak arwah meninggal aku tido tak lena.. Aku rasa KEMATIAN tu dekat sangat…jadi sementara aku boleh buat sesuatu untuk family aku.. lebih baik aku buat keputusan sekarang… AKU TAK MAHU APA YANG MENIMPA PADA FAMILY ARWAH akan terjadi pada FAMILY AKU bila aku dah tak dak nanti…

*bagaimana diri kita ??? adakah kita nak tinggalkan orang-orang yang kita sayang berhadapan dengan situasi begini ???

“UNTUK APA PERLU BERKIRA, SEKIRANYA ANDA MAMPU BUAT YANG TERBAIK UNTUK MEREKA???

-SAM-
Mentor Takaful #1
019-455 2664

Sunday, September 20, 2015

SELAIN PERUBATAN DAN PENDIDIKAN, BEBERAPA SUSBSIDI LAIN TERPAKSA DIHENTIKAN - MUSTAPA MOHAMED


Kos sara hidup: Kerajaan sedar tekanan ekonomi rakyat - Mustapa


KOTA BHARU: Kerajaan sedar tekanan yang dihadapi ekonomi kelas pertengahan akibat peningkatan kos sara hidup.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga petrol menambahkan beban dan antara punca berlakunya kenaikan harga barang.

Menyedari hakikat ini, pelbagai inisitif disalurkan kerajaan sebagai usaha meringankan beban yang ditanggung golongan terlibat.

Ia termasuk penambahan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selain penstabilan harga barangan keperluan di pasaran.

Sambil menjelaskan peranan GST pada masa hadapan, Mustapa meminta rakyat memandang ke hadapan melihat kesan jangka panjang kebaikan GST kepada negara.

"Kenaikan harga ini akan dapat dikurangkan pada bulan akan datang.

"Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan umpamanya BR1M ditambah dan sebagainya adalah untuk menangani kenaikan harga yang kita jangka apabila GST diperkenalkan.

"GST ini merupakan satu langkah yang pada awalnya, setahun dua membebankan rakyat. Tetapi untuk jangka masa panjang, ia baik. Rakyat pada masa ini banyak menikmati subsidi, contohnya kalau pergi hospital dan klinik sekarang ini hanya bayar RM1," jelasnya kepada media selepas melawat Pasar Tani Kompleks RTC disini hari ini.

Bagaimanapun katanya, selain perubatan dan pendidikan, beberapa susbsidi lain terpaksa dihentikan.

"Kerajaan sentiasa bersedia memberi pendedahan kepada rakyat mengenai kedudukan kewangan negara bagi membolehkan rakyat memahami keadaan terutamanya melibatkan subsidi dan ekonomi negara," ujarnya lagi.

sumber: pejuangpakatna@blogspot.com

Friday, August 7, 2015

Kenapa Masih Bertangguh?

Assalamualaikum


Perlu sedar pentingnya kad perubatan. ia bukan perkara yang boleh dipandang remeh.