FOLLOWERS

Sunday, September 20, 2015

SELAIN PERUBATAN DAN PENDIDIKAN, BEBERAPA SUSBSIDI LAIN TERPAKSA DIHENTIKAN - MUSTAPA MOHAMED


Kos sara hidup: Kerajaan sedar tekanan ekonomi rakyat - Mustapa


KOTA BHARU: Kerajaan sedar tekanan yang dihadapi ekonomi kelas pertengahan akibat peningkatan kos sara hidup.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga petrol menambahkan beban dan antara punca berlakunya kenaikan harga barang.

Menyedari hakikat ini, pelbagai inisitif disalurkan kerajaan sebagai usaha meringankan beban yang ditanggung golongan terlibat.

Ia termasuk penambahan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selain penstabilan harga barangan keperluan di pasaran.

Sambil menjelaskan peranan GST pada masa hadapan, Mustapa meminta rakyat memandang ke hadapan melihat kesan jangka panjang kebaikan GST kepada negara.

"Kenaikan harga ini akan dapat dikurangkan pada bulan akan datang.

"Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan umpamanya BR1M ditambah dan sebagainya adalah untuk menangani kenaikan harga yang kita jangka apabila GST diperkenalkan.

"GST ini merupakan satu langkah yang pada awalnya, setahun dua membebankan rakyat. Tetapi untuk jangka masa panjang, ia baik. Rakyat pada masa ini banyak menikmati subsidi, contohnya kalau pergi hospital dan klinik sekarang ini hanya bayar RM1," jelasnya kepada media selepas melawat Pasar Tani Kompleks RTC disini hari ini.

Bagaimanapun katanya, selain perubatan dan pendidikan, beberapa susbsidi lain terpaksa dihentikan.

"Kerajaan sentiasa bersedia memberi pendedahan kepada rakyat mengenai kedudukan kewangan negara bagi membolehkan rakyat memahami keadaan terutamanya melibatkan subsidi dan ekonomi negara," ujarnya lagi.

sumber: pejuangpakatna@blogspot.com

No comments:

Post a Comment