Sunday, May 8, 2016

Top 16 pekerjaan yang menjanjikan pendapatan tinggi

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.
Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain
Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.
Juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit.

1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.


2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.

3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.

4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini
Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia)

Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.
Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berdekatan.


14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.
Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS
Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti.
Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya.


Jadi, yang mana satu kerjaya pilihan anda?

Waiting Period Medical Card

Ada yang bertanya saya.. Kalau saya sign up medical card hari ni.. Minggu depan saya nak guna boleh ka???
.
Saya tanya balik.. Kenapa? Prospect bagi tau saya ni sakit batu karang.. Tak tahan sakit dah.. Bak operate cepat kena buat kat hospital swasta.. Tapi kosnya dalam rm 20 ribu lebih.. Sebab tu saya nak apply medical card.. Saya nak guna pas ni...
.
Jawapan saya.. Maaf tak boleh la.. Kena apply masa masih sihat.. Kalau apply sekarang.. Akan ada exclussion untuk sakit yang dah pernah ada!!
Buat kawan2 yang masih sihat dan bertangguh lagi.. apply now!!!

-SAM-
0194552664

Every people have choice

Nak pilih mana?

Pilihan bijak utk anda. Persediaan utk kecemeasan yg kecil dan plan kecemasan yg besar!
1- kecemasan kecil mcm cash utk kete brekdown . Emergency kene balik kg etc
2- kecemasan besar mcm operation kene RM40k sakit jantung, buah pinggang etc
Kedua2 pun perlu. Yg lagi satu pilihan abaikan, harus abaikan ye...


-SAM-
0194552664

Income Protection

Ramai org dah ada medical card. Tak kiralah medical card yg diprovide oleh syarikat atau yg diambil sendiri.

Tapi ramai terlupa medical card tak boleh digunakan utk beli makanan, utk bayar sewa rumah, utk baya ansuran kereta, utk beli susu dan lampin anak..

So, apa akan jd sekiranya anda terkena penyakit kritikal atau hilang upaya kekal yg menyebabkan anda sudah tidak mampu bekerja?
Ya, INCOME REPLACEMENT PLAN jawapannya..

Hanya serendah RM150 sebulan, anda boleh menyediakan pelan penggantian pendapatan sebanyak RM200,000..

Let me share with you. No obligation. Kalau anda tak berminat pun, sekurang2nya anda ada knowledge baru.

-SAM-
0194552664

Caruman Takaful Yang Paling Sesuai


Kenapa Caruman Takaful berbeza bagi setiap orang?

Salah satunya adalah kerana risiko pekerjaan anda..
Semakin berisiko sesuatu pekerjaan, semakin tinggi caruman..

Kerja office - Kelas 1
Kerja office + luar office - Kelas 2
Kerja site memanjang - Kelas 3
Kerja site hard-core - Kelas 4

Tapi ingat, walau apapun pekerjaan anda, sebesar manapun company anda, medical benefit mereka hanya cover ketika anda sihat sahaja.. bila anda dah pencen atau terpaksa pencen awal akibat kemalangan atau sakit kritikal, company anda dah tak perlukan anda.. khidmat anda sudah tidak diperlukan.. Time tu semua manfaat akan ditarik..

Ada ke company cover medical pekerja yang sudah diberhentikan secara rela atau terpaksa?

Fikir-fikirkan..

Shahrul Afzam Mohamad
Certified Wealth Planner
0194552664

Wednesday, April 27, 2016

Tips Perancangan Kewangan





Assalamualaikum w.b.t

Bagi yang bekerja makan gaji, duit gaji kadangkala cukup dan kadangkala dirasakan tidak cukup.
Semuanya bergantung kepada bagaimana kita menguruskan wang gaji yang diperoleh.
Ada yang tidak sampai hujung bulan, tapi dah habis duit gaji malah perlu berhutang pula.

Oleh itu, saya kongsikan tip kewangan peribadi dan keluarga bagaimana hendak jadikan duit gaji kita itu mencukupi sesuai dengan jumlah gaji yang diperoleh.


Tip Kewangan Peribadi – 5 Tip Cukup Duit Gaji

1. Dapat gaji, SIMPAN 10% dahulu sebelum BELANJA

Ini adalah peraturan wajib.

Sebelum anda ambil duit gaji anda untuk belanja harian, belanja dapur, bayar ansuran, bayar hutang dan sebagainya, SIMPAN 10 % dahulu gaji tersebut ke akaun simpanan anda.

Contohnya, gaji saya adalah di dalam akaun Bank Islam. Jadi, setiap kali gaji masuk, saya akan transfer sekurang-kurangnya 10% gaji saya ke akaun Tabung Haji saya.

Kemudian, barulah saya akan gunakan wang gaji tersebut untuk pelbagai urusan.

Jadi, anda seharusnya ada sekurang-kurangnya 2 akaun iaitu akaun bank untuk wang perbelanjaan dan akaun simpanan yang tidak boleh diganggu.

Bayangkan, jika gaji anda :

RM 1200 sebulan, 10% ialah RM 120 sebulan x 12 bulan = RM 1440 setahun
Dan anda telah bekerja selama 5 tahun, maka simpanan anda sudah RM 7200.
Jika gaji RM 2800, 10% ialah RM 280 sebulan x 12 bulan = RM 3360 setahun
Dan jika anda telah bekerja selama 5 tahun, maka simpanan anda sudah RM 16 800.

Bagi yang berniaga, sama juga, pastikan anda simpan sekurang-kurangnya 10% daripada keuntungan anda.

Amalan menyimpan ini sudah tidak menjadi rahsia, tetapi hanya segelintir sahaja yang mengamalkannya.

Bayangkan mereka yang telah bekerja bertahun-tahun, tetapi simpanan tidak bertambah dan masih tidak cukup wang.

Ini kerana tiadanya disiplin dalam menyimpan walaupun hanya 10% daripada gaji setiap bulan.

2. Ada perancangan kewangan

Perancangan kewangan amat penting bagi mengelakkan wang digunakan kepada perkara yang tidak sepatutnya.

Bahagikan siap-siap jumlah wang untuk setiap kategori perbelanjaan dan komitmen bulanan.

Sebagai contoh, jika gaji bulanan anda RM 2000

Simpanan (10%) RM 200
Sewa rumah RM 300
Ansuran kereta RM 300
Bil elektrik/air RM 100
Makan minum RM 400
Sedekah RM 100
Ibu Bapa RM 200
Nafkah isteri /keluarga RM 300
Lain-lain (minyak, tol, sosial, luar jangka) RM 100


JUMLAH RM 2000

Dengan perancangan ini, anda akan tahu ke mana wang anda disalurkan.

Bagi lebih memudahkan, amalkan merekod dan mencatat perbelanjaan harian anda dalambuku kewangan khas yang anda buat.

Catat perbelanjaan anda pada hari tersebut dan semak kembali adakah ia telah melebihi jumlah yang sepatutnya. Jika ya, anda perlu seimbangkan kembali dengan perbelanjaan yang lain.

Sebarang lebihan wang, anda boleh simpan wang tersebut atau dibawa ke bulan hadapan.

3. Belanja ikut keperluan bukan ikut kemahuan

Tip ke 3 ini juga amat penting.

Belanja ikut keperluan dan bukan ikut nafsu kemahuan.

Ramai yang pantang tengok sesuatu perkara yang diminati, mereka akan segera dapatkannya.

Walaupun ia tiada dalam perancangan dan bukan sesuatu yang menjadi keperluan.

Antara sebab ramai yang tidak cukup duit gaji adalah pada tip ini.

Perlukah tukar handphone baru jika yang lama masih lagi ok dan boleh digunakan?

Perlukah langsir baru atau sekadar mengikut trend?

Mana lebih jimat makan dirumah atau makan di kedai setiap hari?

Makan satu dua lauk sudah cukup daripada makan banyak lauk dalam sesuatu masa?

Sport ring baru walaupun yang lama dah cukup cantik?

Dan banyak lagi, yang jika dipertimbangkan, banyak wang gaji kita dapat dijimatkan dan digunakan untuk keperluan yang lebih penting.

4. Minimumkan perbelanjaan

Apabila anda mengurangkan perbelanjaan dan jumlah komitmen bulanan anda, maka anda mempunyai lebih banyak wang lebihan setiap bulan.

Contohnya, jika bil air dan elektrik anda mencecah RM 150 setiap bulan, bagaimana anda dapat jimatkan dan kurangkan penggunaan elektrik dan air sehingga hanya RM 100 sebulan. Jadi, anda jimat RM 50 sebulan.

Sama juga, berbanding naik kereta ke tempat kerja, mungkin naik motor lebih praktikal dan lebih jimat minyak jika tempat kerja anda dekat sahaja.

Bil telefon atau topup, kurangkan call dan sms, atau boleh whatsapp sahaja. Atau pilih pelan telefon yang percuma untuk panggilan ke talian yang sama. Saya yakin, banyak wang anda dapat dijimatkan.

Bagi yang bujang pula, pilih rumah sewa yang lebih murah, berkongsi bilik atau duduk sahaja di kuarters jika ada.

Jika anda ingin membeli kereta pertama atau kedua, apa kata pertimbangkan kereta second hand yang lebih murah tanpa perlu bayaran ansuran bulanan sehingga bertahun-tahun.

Jadi, anda boleh jimat wang untuk simpanan atau pelaburan yang lain.

Terdapat pelbagai lagi cara yang dapat anda gunakan untuk mengurangkan kos dan komitmen bulanan anda.

Apa yang penting, adalah anda komited untuk mengurus kembali dan menilai semula perbelanjaan anda setiap bulan.

5. Amalkan menderma

Sudahkah anda peruntukkan sejumlah wang untuk anda dermakan setiap bulan?

Tahniah jika anda ada menderma, tetapi jika tiada, mulakan untuk menderma sedikit wang anda kepada mereka yang memerlukan.

Ini kerana, dengan menderma, Allah akan cukupkan keperluan anda dan tambahkan lagi berganda-ganda daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

Rezeki juga akan menjadi lebih berkat dan tidak bocor.

Wang yang sedikit dirasakan cukup apabila rezeki yang diperoleh itu berkat.

Sebaliknya, wang yang banyak tapi tidak berkat, pemiliknya tidak akan tenang dan ada sahaja masalah yang berlaku yang menyebabkan kebocoran wang seperti kereta rosak, kemalangan, musibah dan sebagainya.

Kesimpulan

Tip di atas ini bukanlah bermaksud anda terpaksa berlapar atau berkorban hidup dengan segalanya kurang, tetapi saya ingin mengajak untuk kita sama-sama menyimpan wang kita dan melihat kembali bagaimana kita menguruskan wang kita supaya sentiasa mencukupi dan menjadi lebih baik.

Semoga dapat kita amalkan 5 tip ini supaya duit gaji yang diperoleh setiap bulan cukup, dapat disimpan dan diberkati Allah hendaknya. Amin.

BONUS

6. Bina pendapatan sampingan dan pendapatan pasif

Daripada wang gaji juga, anda boleh mula membina pendapatan sampingan dengan berniaga kecil-kecilan di luar waktu kerja anda secara part-time.

Lihat apakah perniagaan yang sesuai dengan minat dan kepakaran anda dan pelajari ilmu perniagaan dengan mentor anda. Cari ilmu dan pengalaman berniaga dan insyaAllah anda akan dapat menjana pendapatan sampingan anda.

Selain itu, anda juga boleh mula membina pendapatan pasif dengan hartanah, saham, pelaburan emas dan lain-lain dengan syarat mula melabur untuk ilmu terlebih dahulu.

Pesanan saya, jangan gunakan wang simpanan anda untuk melabur, tapi gunakanlah wang lebihan sahaja dalam pelaburan anda.

Jika anda ada cara anda tersendiri menguruskan kewangan anda, silakan kongsikan bersama di bawah.

TAMBAHAN :

Berdasarkan soal jawab yang saya terima, ramai yang tidak cukup wang gaji dan tidak dapat menyimpan apabila perbelanjaan melebihi gaji yang diperoleh. Justeru, tip di bawah antara yang boleh saya rumuskan :

1. Kawal perbelanjaan setiap hari dan mula hidup berjimat cermat.

2. Mula mencari sumber pendapatan kedua, ketiga dan seterusnya yang boleh membawa masuk aliran pendapatan lain dan tidak bergantung semata-mata kepada gaji.

3. Keluar dari zon selesa. Kita akan mendapat hasil yang sama apabila kekal pada tahap dan rutin hidup yang sama. Keluar daripada hidup sekarang dan mula berusaha bertindak luar daripada biasa membuat perubahan sedikit demi sedikit. InsyaAllah hidup kita akan menjadi lebih baik.

4. Dekatkan diri dengan Allah mencapai takwa. Dengan takwa, Allah telah janjikan jalan keluar daripada segala masalah.

5. Banyakkan membaca dan menambah ilmu. Kemudian, amalkan ilmu yang ada untuk mendapat hasilnya. Ilmu dan idea yang tidak diamalkan tidak membuahkan sebarang hasil.

Salam kejayaan daripada saya. 

PruBSN Smartlink: Lindungi Bayi anda dari dalam Kandungan!


Apakah PruBSN Smartlink dan Bagaimana Ia Berfungsi?

PruBSN SmartLink sebelumnya yang melindungi kanak-kanak berusia satu hingga 18 tahun.

Pelindungan SmartLink telah ditambah baik dan kini melindungi janin seawal 20 minggu kehamilan, layak untuk ibu berusia 19 hingga 45 tahun. Ibu-ibu mengandung, tunggu apa lagi?


Senarai Manfaat PruBSN Smartlink Untuk Tatapan Anda

Manfaat 1: Parent Contributor

Jika si ayah membayar pelan anak, dan ditimpa musibah, Prudential akan teruskan membayar pelan anak sehingga 20tahun akan datang, percuma! Sekarang boleh letak dua nama sebagai pembayar, bererti kalau salah satu antara ayah/emak ditimpa musibah, Prudential akan sambung bayar untuk si anak. Manfaat ini yang paling menarik perhatian pengguna berdasarkan pengalaman saya.


Manfaat 2: Kecemerlangan Pendidikan

Selaras dengan matlamat PruBSN Smartlink ini untuk berfungsi sebagai education plan untuk anak anda, ada disertakan bayaran wang tunai jika anak anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tempatan. Lihat gambar di bawah:




Manfaat 3: Bina dana pendidikan anak anda

Dengan memulakan simpanan awal, sebaik sahaja umur anak anda mencecah 20 tahun, anda telah pun mempunyai cukup wang tunai untuk anak anda meneruskan pengajian tinggi dalam bidang yang diminatinya. Lihat congakan berikut:

RM200/bulan x 12 bulan x 20 tahun = RM48,000, tanpa mengira pulangan tahunan Dana Unggul.

Jika dilihat secara kasar, bukankah ini sangat memanfaatkan anda sebagai ibubapa dan pengguna?



Diatas adalah manfaat lain yang dapat anda nikmati dengan pelan yang sangat inovatif ini!
Kesimpulan

Kalau diikutkan, banyak lagi manfaat dan panjang lebar lagi perkongsian yang nak diceritakan, tetapi untuk manfaat tuan/puan yang baru nak tahu secara kasar, itulah aspek yang paling penting dalam pelan ini.

Adakah pelan ini sesuai untuk anda sekarang? Saya tak dapat berikan jawapan tanpa mengetahui lebih lanjut kedudukan kewangan tuan/puan dan perancangan untuk masa hadapan. Jika tuan/puan berminat, saya menawarkan konsultasi percuma, call/Whatsapp nombor berikut dan saya akan hubungi anda secepat mungkin:

Shahrul Afzam bin Mohamad
0194552664

Wednesday, March 2, 2016

VIP Plate number for sale

Nombor plate VIP dua digit untuk dijual.


WPL50

Please call/SMS/Whatsapp 0194552664 for the best price.

Thursday, January 28, 2016

Tips Ahli Perniagaan Berjaya

Saya selalu dihubungi  agen ttg kerisauan takde kes.. dah lama tak close kes dan sbgnya. Sy nak berkongsi tips buat teman2 andai itu berlaku apa yg perlu anda buat??? :

1) Kembali kpd Allah kerana dia punca segala kekuatan, kerana dia adlh Maha pemberi  rezeki, masalah dtg dari Allah dan Allah jua lah punya segala penyelesaiannya. Kita selalu alpa kita hidup d dunia ni sering berlagak spt kita ni tuan padahal kita ni hamba. Yg mana hamba sgt memerlukan belas ehsan Tuannya. Kita lupa utk selalu bermunajat kpd Nya atas segala kesusahan n kesulitan hidup. Kita kerap mengadu pd manusia sampai terkadang kita kerap kali membelakangkan Yang Maha Kuasa. Justeru mslh yg hadir pd kita harini suatu tamparan kasih sayang dari Allah utk menyedarkan kita betapa kita kena kembali pd Nya dan menyedari hakikat kita ni hanyalah hamba Nya yg dhaif, hina lagi fakir.

2) kadang kita rasa kita dah selalu jaga hubungan ngan Tuhan, solat selalu dah kat masjid, diawal waktu, berjemaah, suka buat amal sunat dan dosa sering dihindari. Namun kita masih dikunjungi masalah, maka sedarlah kita bhw masih ada lompang dlm aspek bgaimana muamalat @ hubungan kita dgn manusia terutamanya ibu dan ayah kita. Kdg2 kita sehari tak telefon pun mak ayah kita bertanyakan khabar n tunjukkan cakna kita pd mereka. Lebih malang kadang ada yg rumahnya dekat dgn rmh mak ayah. Namun bila disemak bila last bersua, bersarapan dgn mak ayah. Bila last suap nasi ke mak n ayah. Ramai dari kita bila dah tiada baru nak menyesal. Justeru bgaimana nak berkat rezki kita? Kalau mak ayah kita berasa hati sdkt sudah cukup utk mengundang kesusahan  dlm kehidupan kita seharian. Jangan kita lupa dlm bisnes kita juga ada mak ayah dlm bisnes, siapa yg introduce n mentor u dlm bisnes ni? Bila last u call dia? Bila last u bersua dgn dia. Mereka ni penyumbang ilmu pd kita andai mereka terasa hati dgn kita, ilmu yg kita amalkan sehari2 pasti tak berkat. Bgaimana pula dgn adik beradik kita,  kadang2 kita lupa kejayaan kita ni patut dikongsi  dgn keluarga kita. Kita makan sedap sorang2. Kita beli brg sedap2 sorang2. Kita lupa nak beli something kat anak sedara ker. Kita lupa nak belanja adik beradik keluarga kita. Kita rajin belanja client n prospek. Ini mgkn punca rezki krg berkat. Jgn kita lupa dlm berniaga kita juga adik beradik, kadang2 kita niaga sgt berjaya tapi adik beradik kita perhati  jer kejayaan kita, meleleh air liurnya melihat kejayaan kita. Namun kita sering lupa utk bantu adik beradik kita dlm bisnes utk turut sama berjaya. Maka andai hidup kita susah... usah salahkan Allah lg.. mentor tn hj fadzli @ enli saya pernah berpesan, kita ni berjaya, tapi kejayaan kita tak pernah mengalir ke rumah jiran. Jiran selalu tgk kdg2 kita buat balik ayam kfc..pizza dll ke rumah. Apa salahnya sebulan skali belanja anak jiran one bucket ayam kfc ker. Pizza ke skpg. Tak luak pun duit kita shbt2..bahkan bertambah subur kerna apa? Sbb setiap org yg kita kongsi nikmat kejayaan kita pd mereka akan mendoakan kita dlm keadaan kita tidak tahu dan dlm hadis nabi menyatakan doa begitulah yg akan mudah sekali utk makbul. Akhir sekali, dlm hidup kita jgn sombong..selalu kita tgk org susah kita lmbt utk bantu.. shbt2..ingatlah mgkn org susah yg dtg pd kita tu Allah nak uji kita. Ingatlah, nampak shj orang susah kat kampung ke kat mana skalipun bantulah walau dgn sekadar rm1 atau rm10 sbb mgkn bg kita rm10 tu kecil nilainya namun bg mereka besar nilainya. ALLAH sgt tak suka org sombong. Anda selalu tlg orang mcmni pasti rezki anda sgt subur. Sedekah di masjid usah dlupakan. Tiap jumaat bg duit yg paling besar ada dlm wallet kita. Dan tiap kali ke masjid atau surau beri sumbangan walau 10sen. Yg penting istiqamah. Dgn cara ini anda akan menjadikan diri anda magnet rezki. Susahnya hidup kita disebabkan kita kedekut dgn Allah. Sedekah ini ibarat kita beri pinjam pd Allah. Dlm quran disebut sbg qardul hasan yakni pinjaman yg baik.

3) Tengok balik diri kita, kita ikut tak sistem kejayaan yg telah ditetapkan kpd kita. Lihatlah di agensi kita. Kita kena dtg pejabat sbg cth tiap isnin, rabu jumaat, kita istiqamah tak dtg dgn awal tak lewat. Kita rajin tak buat boiler room@ phone call. Kita rajin tak jumpa senior2 roll play presentation kita? Kita rajin tak setiap hari amalkan at least aku mesti dpt 5 new contacts skrg2nya tiap hari? Kita byk rehat ke byk buat kerja? Bila takde appointment kita buat apa? Sepatutnya jumpa klient tau buat aktiviti spt direct approach, market survey dll. Kesusahan perjalanan bisnes kita bergantung kpd sejauhmana kita dah betul2 follow system yg telah ditetapka  sbg seorang agen@usahawan. Usah kita lupa juga berapa kali kita dah pernah belajar dgb orang yg berjaya dan berapa percent ilmu2 mereka n sukses pattern mereka yg kita ikut? Tanya ini semua dlm diri sebelum kita rasa nak putus asa dlm berjuang atau berasa lemah. Sudah tentu kita lihat masih byk yg kita tak buat dari buat.

4) Tips yg terakhir andai kita serius utk dpt satu perjalanan yg mudah dlm bisnes kita. Maka kena tanya diri sejauh mana aku dah usaha sehabis baik buat bisnes. Usaha sungguh2 atau nama lainnya ITQAN!!!
kdg byk dari kita tak pandai gunakan momentum dlm bisnes. Bila dah close terus rehat. Orang berjaya bila kloz kes..mereka akan lagi ghairah kloz kes sbb kita tu..rezki ibarat sdg mencurah2 kpdnya. Andai tak diteruskan usaha gigih maka kita ibarat menolak rezki dari Allah jdlah kita hamba Allah yg sombong. Kita keluar niaga kul brape balik kul brape? Ramai nak kloz byk kes keluar rumah lambat. Balik rumah awal. Doh mcmne nak berjaya? Orang berjaya dia sanggup korbankan segalanya terutama rehatnya diawal2 buat bisnes ni kerana inilah fasa foundation yakni asas dlm kita berniaga andai asas tak kukuh mudah runtuh tak kita dlm bisnes. Yg kedua dlm elemen ni ramai yg lupa usaha dah kuat namun lupa aspek buat betul2 dan buat dgn skill yg betul2. Ramai lupa nak asah skill. Maka ibaratnya menebang pokok dgn parang yg tumpul la. Sampai bila pokok nak tumbang. Kita sering alpa utk asah skill kita dgn senior2, sepatutnya setiap kali nak g Appointment  call la introducer ke senior ke atau manager ke minta idea n smgt dan bila balik appointment call skali lg close ke tak close ke. Kalau close tanda perhargaan kalau tak kloz masa tunjuga kita boleh perbaiki skil kita. Bila jumpa senior jgn lupa roll play selalu kat situ boleh tajamkan kan senjata kita. Sebab tu penting datang ke pejabat!!!.

Sekian, moga mendapat manfaat semuanya. Yang baik itu dari Allah, kekurangan itu dari diri saya sendiri. Moga Allah menjadikan kita sentiasa akrab dgn Dia sbb bila kita jaga Allah, Allah pasti akan jaga kita!!!

Sunday, November 29, 2015

Kos tidak setanding dengan nilai kesihatan

Good Nite semua.. Lama sy x berFB.. Masa byk hbs menguruskan kesihatan.. kesihatan x mengizinkan..

Just nak pesan kat kawan2.. Pentingnya anda miliki 1 Kad kesihatan/ insuran kesihatan..

3 tahun yang lalu.. Sy Ambil kad kesihatan.. Ceupecare... Saja suka2.. Riak x rasa pun keperluannya.. Tp ambil juga Sbb murah sangat.. Sebulan bayar rm28 shj.. Dia cover rm20,000 setahun..  Waktu ambil tu x pk pun akan sakit.. Rasa mcm badan ni buat dari besi.. Rasa akan sihat sentiasa.. Tahun kedua buat bayaran.. Rasa nak tamatkan je .. Berkali kali pk nk terminate je. X berbaloi bayar sbb x guna pun.. Dah 3 tahun x guna pun..Tp malas nk g office mrk.. So biar je la.. Terus potong dr gaji je. X rasa sgt la..

Kalau congak rm28 x 36 bulan bayar.. Jumlahnya rm1008.00 aku dah byr kat mereka..

Tanggal 4 nov.. Kaki aku paralyzed.. X leh gerak.. Kalau gerak rasa sakit gila.. mcm sakit gigi tahap maximun ( aku cakap sakit gigi sbb aku nak gambarkan mcm mana kaki aku sakit time tu.. Sbb sakit gigi adalah sakit yg tersangatlah sakit)

Aku x leh jalan.. X leh bangun.. Pukul 1 pagi.. Aku berusaha 10 minit untuk bangun.. Kekiri x boleh.. Meniarap x boleh.. Sambil menangis sakit giler.. Aku merangkak tepi dinding.. Capai sepasang baju.. Capai kunci kereta.. Merangkak ke kereta.. Drive ke columbia asia hospital.. Nasib baik keta auto.. Masih mampu drive.. Aku sampai.. Tekan hon n mnta guard bawa kerusi roda .. Aku x pk apa dah.. Swipe la kad bank sy.. Rawat la saya.. Saya x tahan dah sakit giler.. Insuran lulus x.. Sy pk kemudian..

Dr suntik pain killer paling kuat kat punggung n suntik ubat kat urat darah tangan.. Saya terus tidur.. Sedar sedar Bangun tido dah masuk wad. 2 hari pakai kerusi roda.. Duduk x selesa.. Sakit nya tuhan yg tahu.. Tido x selesa.. Pain killer setiap masa.. MRI hari hari ..  Kalau tambah jumlah jam.. 4 jam aku duk dalam mesin MRI tu.... Cari punca sakit.. 20 keping gambar scan MRI.. Punca ditemui.. Aku rahsiakan..

Kos rawatan sy 3 hari kat sana rm5000.. N kad yg sy byr rm28 sebulan itulah yg melunaskan bil hospital sebanyak rm4994.. Sy just bayar rm6 sahaja sbb sy minta ubat yg x ada kaitan dengan sakit saya.. Itu baru 3 hari.. Lau lg lama puluhan ribu kot kena bayar..

Syukur sangat.. Kalau x kat mana la sy nak cari duit bayar bil tersebut..

Waktu sy merangkak kesakitan tu.. Sy x ingat pun nak call kawan2 sbb sy bkn jenis yg pandai mnta tolong.. Maybe sbb dah 14 tahun berdikari.. Lg pun dah pukul 1 pagi.. Semua mst dah tido.. Sy just pk hospital terdekat je..

Nyawa kita ni rapuh sgt2.. Sy mnta maaf pada semua yg sy pernah sakiti.. Moga kita semua damai di bumi pinjaman ini.. Amin amin amin..

Now dah register BSN PRUDENTIAL.. 400 sebulan.. Sanggup byr. Cover 4 juta.. Pampasan cacat kekal rm200000.. Meninggal or cukup umur dapat lak rm130,000

Sumber: FB Razak Rahim