Saturday, August 13, 2016

Panduan mendidik anak

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Thursday, August 4, 2016

Pampasan kematian selesai!

Ingat lagi kes arwah M. Ezzaq yang meninggal dunia ketika travel di Indonesia?
.
Alhamdulillah, hari ini terima cek pampasan kematian klien, sebagai agen takaful saya rasa bahagia & terharu bila dapat membantu klien selesaikan claim bernilai RM94,065.93 untuk ditinggalkan kepada ibubapa tersayang.
.
Arwah klien berumur 23 tahun & baru mencarum selama setahun 6 bulan di PruBSN Takaful. Al-fatihah untuk arwah M.Ezzaq, semoga rohnya dicucuri rahmat.
.
'MATI ITU PASTI' tidak kenal umur, pangkat ataupun darjat.
.
Kredit: Afina Mohamed

Saturday, July 30, 2016

Dunia suatu PERJALANAN. Akhirat suatu DESTINASI

Bulan ini Allah jemput ramai orang orang baik menuju ke syurga. Paling bererti pengajarannya ialah walau menggunung impian kita impi boleh terhenti dengan salah satu sahaja asbab kematian.

Dan mati itu tidak menunggu sakit @ tuanya usia kita. Biar tawar sikit hati ini pada dunia.
Apabila saya menyertai industri ini, saya tahu akan banyak masa saya isikan berbicara soal ujian Allah (kematian/ kesihatan/ kemalangan).

Semoga apabila selesai sahaja tanggungjawab kita dengan Allah dan manusia, kita dijemput menghadapNya dalam keadaan terbaik dan mulia.

Aaminnn..yaaa rabbal aalaminn..

Wednesday, July 27, 2016

Kisah seorang anak kepada seorang ibu

Menyaksikan' kisah bagaimana seorang anak melakukan yang terbaik sedari hayat - kemuncak saat ibunya mengadu sakit,
Sehingga saat2 terakhir diajari syahadah itu ,dimandikan,disembahyangkan oleh beliau sendiri,
Diusung jenazahnya, dikebumikan.
Ini benar2 merapuhkan hati.
Inilah hari dimana aku merasakan antara sembahyang jenazah yang paling sedih seumur 25 tahun aku hidup ini.
Manakan tidak,cukup mengerti rutinnya pulang seminggu 2,3 kali dari Kuala Lumpur untuk berbakti kepada ibunya di Kelantan.
Hanya mengatakan 'Ya' pada semua permintaan ibunya, kecil besar susah senang,ditunaikan tanpa soal.
Ibu-yang kondisinya memerlukan rawatan yang beratus2 bahkan beribu ribu ringgit, dia belanjakan tanpa sedikitpun rasa susahati.
Dia berikan terbaik untuk adik beradiknya ,terutama adik bongsu yang banyak mengambil berat makan pakai ibu tersayang di Kg.Kereta dibeli/ duit belanja diberi untuk si adik hanya untuk pastikan tiada kesedihan di wajah insan bernama ibu.sementelah si bongsu ini, paling disayangi si-ibu..

Terngiang2 Falsafah berniaga beliau:
" Berniaga ini untuk beri manfaat pada orang lain sebab itu alang2 berniaga biar berjaya (kaya hati /harta)"

Menunggu pula di liang lahad ibu untuk menyambut sekujur tubuh mulia ini sambil airmata tidak tertahan mengalir laju.
Merah padam wajah itu tanda kesedihan yang amat,
Inilah akhlak seorang mentor aku yang menyebabkan hati ini tidak akan jatuh cinta pada lain2 perusahawanan& perusahaan.ia satu dalam sejuta.
Berbuat baik pada ibubapa itu anjuran Quran,
Dan berniaga itu sunnah Nabi junjungan.
Dan ini perjalanan jauh berliku untuk aku,
Semoga inilah hasrat sebenarnya kita berniaga.
Si anak berbaju biru itu bakal mengikuti jejak taqwa berbakti seperti ayahnya.in sya Allah

Kunci syurga kita~Ibu.

االهم اغفرلها ورحمحها وعافها وعغوا عنها.
buat Hajah Halimah binti Esah.
25 Julai 2016.
Ibu Hj Mohd Fadzli Mat Noor.
Founder Al Isra' Associates Sdn Bhd.

Wednesday, July 20, 2016

MENGINGATKAN SAKIT DAN MATI

Setiap kali berjumpa kawan-kawan pasti ramai yang tidak senang dengan Agent Insurans kan ???

"Kau orang ni tak de lain asyik cakap bab MATI ja.. Tak pun cerita bab SAKIT... Bosan la aku.."

Sebenarnya agent Insurans lah satu-satu nya orang yang sentiasa mengingatkan kita ke arah KEMATIAN.. Kalau tak percaya cuba buka facebook atau bersembang ngn agent insurans boleh katakan semua nya bercerita bab mati dan sakit..

Ada tiga golongan manusia, iaitu:
1. Yang lupa mati
2. Yang takut mati
3. Yang ingat mati

Kita golongan yang mana ???? Ramai yang lupa mati kan... Jadi tugas agent mengingatkan mati..

Dalam Islam mengingati mati adalah sifat yang terpuji..

Ada seorang kaum Ansar berjumpa dengan nabi lalu bertanya siapakah orang yang TERPUJI??? Maka nabi S.A.W menjawab.. Orang yang paling banyak mengingati mati...

Jadi kawan-kawan semua selagi mana kita buat benda yang BAIK teruskan perjuangan.. Inshaallah semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat..

*kita buat benda baik pun orang akan cakap bukan-bukan.. Buat benda tak baik lagi orang akan cakap bukan-bukan.. JADI... Pedulikan je apa orang cakap..

credit to UD

-SAM-
Mentor Takaful #1
019-455 2664

Kisah Benar...

Klien : Assalamulaikum. Boleh tolong buatkan Income Protection utk aku RM300,000 dan utk zaujah (wife) RM300,000 tak?..

Saya : W'salam.. Boleh.. Kenapa tiba - tiba hang nak buat ni?? 3 tahun aku dok promote .. Tapi hang buat tak layan ja..

Klien : Tiba-tiba aku rasa, aku kena ambil insurans.. Bulan lepas adik aku meninggal. Umur tak jauh beza dengan aku pun.. Beza 2 tahun ja .. Meninggal sebab sakit jantung.. Bila dia meninggal aku yang uruskan semua.. Pengurusan kematian, hal-hal berkaitan dengan hutang, makan minum anak isteri dia dan semua lah yang dia tinggalkan.. Semua nya aku urus..

contoh keratan surat khabar berkaitan dengan plan 10 tahun gaji

Apa yang paling aku TERHARU bab soal HUTANG dan PERBELANJAAN untuk anak isteri.. Isteri arwah tak bekerja.. Sebelum ni semua urusan arwah yang buat.. Tapi bila dia dah tak ada.. Isteri dia langsung tak tahu nak buat apa.. Sekarang ni dia tengah berkira-kira nak jual rumah untuk menampung perbelanjaan sementara dia cari kerja lain.. tu yang terpaksa cover balik dengan jual rumah sekarang.. Buat sementara waktu ni isteri arwah dok dengan mak ayak dia kat kampung..

Bila jadi macam ni baru aku terfikir bagaimana kalau aku yang MATI??? Bagaimana anak dan isteri aku??? Siapa yang nak uruskan semua perbelanjaan mereka?? Siapa nak settlekan hutang-hutang aku ??? Rumah dan tentu la jadi FREE.. tapi yang lain-lain lagi..

Sejak arwah meninggal aku tido tak lena.. Aku rasa KEMATIAN tu dekat sangat…jadi sementara aku boleh buat sesuatu untuk family aku.. lebih baik aku buat keputusan sekarang… AKU TAK MAHU APA YANG MENIMPA PADA FAMILY ARWAH akan terjadi pada FAMILY AKU bila aku dah tak dak nanti…

*bagaimana diri kita ??? adakah kita nak tinggalkan orang-orang yang kita sayang berhadapan dengan situasi begini ???

“UNTUK APA PERLU BERKIRA, SEKIRANYA ANDA MAMPU BUAT YANG TERBAIK UNTUK MEREKA???

-SAM-
Mentor Takaful #1
019-455 2664

Review Polisi


Prudential BSN Takaful Review Polisi

Perjalanan hidup sering berubah,dari sekolah ke universiti,alam pekejaan ke alam perkahwinan,dari bekerja hingga ke persaraan..adakah anda sedar bahawa setiap kehidupan akan ada significant impact terhadap keperluan insurance atau takaful, seperti checkup kesihatan.most of us akan membuat medical check up setahun sekali it might be pemeriksaan tekanan darah/blood test dan juga full bodyexamination.Our financial juga perlukan preventive medicine as a maintenance.sometimes kita tak pernah sedar perubahan berlaku terlalu cepat in ou life.oleh sebab itu kita seharusnya REVIEW our coverage Insurance Bila:




​1.Bila Ada Kenaikan Gaji

2.Bila Kita Sedar Pentingnya Keadaan Kesihatan

3.Bila Ada Kenaikan Pasif income/Komisen/Sewa Rumah ext.

4.Bila Terdapat perubahan Shift income cth our spouse resumed or discontinued work.

5.Bila Kita Membuat Loan/Hutang personal loan /Pinjaman Perumahan/Pinjaman Untuk berniaga/Pinjaman Untuk Pendidikan Anak

6.Bila Berkahwin

7.Bila ada anak dan pertambahan anak.

8.Bila Bercerai

9.Bila kita tinggal bersama ibubapa dan dipertanggungjawab keatas kewangan mereka/aging parents.

10,Bila Kita Bersara

11.Bila Menukar kerja(depends on the risks task)

-SAM-
Mentor Takaful #1
019-455 2664

Tips Mencarum Takaful

Ramai Rakyat Malaysia yang keliru macam mana hendak memilih company yang betul,product yang tepat ,agent yang jujur ,budget yang sesuai dan banyak lagi tanda tanya atau persoalan apabila membeli insurance atau takaful di malaysia

Tips:
1) Company Insurans dan Takaful Yang Betul

Mudah Sangat, bila Kita beli insurans tentulah kita nak cari company yang senang bila process tuntutan dan yang betul,caranya mudah, pergi ke kaunter hospital dan tnya pada kaunter’kalau saya nak beli insurans company apa yang patut saya pilih”,dengan pemilihan company yang betul,dah tentulah company yang akan membayar tuntutan dan company yang kukuh serta stabil dari segi kewangannya.

2) Produk yang Betul

Sekiranya anda memilih product, pilihlah produk atau pelan yang memberikan tempoh perlindungan maksimum, Kenapa?? sebab purata jangka hayat rakyat malaysia adalah 75 ke 80 tahun. Jadi pilihlah tempoh matang yang panjang seperti 80tahun. jika anda memilih tempoh matang hanya 50 tahun atau 55 tahun,anda mungkin menghadapi RISIKO kehilangan wang Simpanan atau Simpanan Persaraan anda jika penyakit menyerang selepas 55 tahun selepas polisi anda tamat..kos-kos rawatan dan pembedahan anda tidak lagi di lindungi oleh company insuran atau pelan tersebut kerana tamat tempoh sebelum sakit.Kami prudential bsn takaful menawarkan pelan yang flexible untuk setiap peringkat umur.

3) Budget yang Betul

Bagi Saya Budget Adalah Sangat Penting untuk membeli pelan atau produk takaful. Biasanya diantara 5%-10% daripada Pendapatan anda. Polisi terbaik bukan ukuran dari harga premium yang tinggi tetapi yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda..yang lebih penting anda boleh membayar premium dan menggunakan manfaat yang ada di dalam polisi tersebut sekiranya terjadi musibah atau kecemasan.HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT,TIADA PAKSAAN DALAM JUAL BELI DALAM PRUDENTIAL BSN TAKAFUL ..tugas saya hanya untuk menerangkan kepada anda dan TUGAS ANDA ADALAH UNTUK MEMBUAT ANALISA DAN MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK DIRI SENDIRI SERTA ORANG YANG DI SAYANGI.

-SAM-
Mentor Takaful #1

1 Million Policy



Amin: Kak, boleh terangkan sedikit pasal polisi 1 juta ni?

Agent : Amin, thanks sebab sudi bertanya. Polisi RM1 JUTA ni bermaksud, jika pemegang polisi meninggal dunia atau hilang upaya kekal akibat kemalangan atau penyakit, maka Takaful akan serahkan cek bernilai RM1,000,000 pada amin sekeluarga. Amin ada 1 juta dalam akaun sekarang ?

Amin : takde lagi.

Agent : Akak pun takde. Nak kumpul 1 juta dalam akaun, kita kena simpan dalam tabung haji RM1000 sebulan selama 30 tahun. Kalau panjang umur Alhamdulillah. Tapi mati kan bila bila masa jer. So polisi RM1 JUTA ni adalah back up kita jika "dipanggil awal".

Amin : betul tu. Mahal tak kak, bayaran bulanan?

Agent : untuk umur dan pekerjaan amin, contribution tak sampai RM400 sebulan. Cuba tanya wife amin, dia setuju tak amin tinggalkan 1 juta?

Wife Amin : saya ok jer. (Tersenyum)

Nota umur dan pekerjaan: Umur 27-39 , pekerjaan risiko kelas 1 (Terlibat dalam perkerjaan profesional, pentadbiran, pengurusan dan pekerjaan tidak manual.)

-SAM-
Mentor Takaful #1

Tuesday, July 19, 2016

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

TIPS KEWANGAN

~~~~~~~~~~~~~~~
.
Sebelum sibuk nak bayar hutang bank atau hutang orang , bayar diri sendiri dulu (buat simpanan) untuk tabung kecemasan , paling minima bersamaan dengan 1 bulan gaji , dah ada wang ini , barulah mula bayar hutang , kalau tertunggak bayar lebih sikit , lama-lama boleh kejar.
.
Kenapa tabung kecemasan (sakit pening , kereta rosak dll) penting ? supaya kita tak tambah hutang baru kalau ada kecemasan. Beli tudung , tukar handbag , modified kereta , bagi pinjam duit kat orang , balik kampung dan sebagainya bukan kecemasan) , jangan ngada-ngada nak guna wang tabung kecemasan.
.
Ada yang meninggal dan kenduri kendara kat kampung bukan kecemasan , kalau ada yang meninggal atau ada yang kahwin , mereka tetap dah meninggal atau kahwin biarpun korang tiada disitu. Jangan sebabkan hal macam itu , poket korang meninggal pulak nanti.
.
begitu juga kalau mak ayah nak buat kenduri kat kampung, tong/tong dengan adik beradik , boleh pilih tarikh lain kalau semua tengah senak, jangan cuba jadi hero.Tolong jangan jadi lurus pembaris apabila membaca nukilan ini , Abam cuma bagi contoh jer , guna la akal untuk menentukan mana satu hal atau perkara kecemasan.
.
Teruskan menyimpan biarpun sudah ada tabung kecemasan , simpan / tabung kecemasan sehingga bersamaan dengan 6 bulan pendapatan barulah mulakan langkah untuk melabur pula selepas itu. Kajia semula kedudukan kewangan anda setiap 6 bulan. Ada paham ?

Shahrul Afzam Mohamad
Mentor Takaful #1
019-455 2664