FOLLOWERS

Monday, October 5, 2015

Kisah Ejen Takaful

Malam ni terima call bertalu2 dari seorang klien.. Selepas solat Maghrib baru chek hand phone.. 10 MISS CALL 😟 .. Mesti URGENT ni.. Cuba call balik ..

Klien : Encik shahrudin pergi mana saya call berpuluh kali tak angkat.. Mcm ni ke agent insurans.. Sepatutnya encik kena sentiasa pegang hand phone n jawab bila klien call !!! ..

Saya : Kan time maghrib abg.. Xkan tengah solat pun saya nak jawab telefon ? .. Kenapa abg call saya? Bulan lepas sy call n mesej abg banyak kali utk remind payment insurans tapi abg tak reply pun...

Klien : "Terdiam"... Maaf.. Bulan lepas saya busy outstation.. Tak sempat nak reply n jawab call en shahrudin.. Saya kat KPJ specialis sekarang ni.. Wife saya pengsan tadi kat bilik air.. Sebab tu saya bergegas ke sini.. Apa status medical kad wife sy.. Tadi masuk kpj, staf sana minta DEPOSIT RM1500 .. En shahrudin cakap deposit utk yang ada medical kad dalam RM400-RM500 je.. Ni kenapa MAHAL sangat..

Saya : Medical kad wife abg dah laps bulan lepas.. Sebab tu saya call n mesej maklumkan pada abg.. Tapi abg tak jawab apa2..

Klien : Boleh tak saya bayarkan malam ni dan aktifkan semula medical kad ni.. Mana saya nak cari duit nak bayar bil sendiri.. Deposit pun dah RM1500.. Bil belum tentu berapa ribu.. Harap sangat encik shahrudin boleh tolong saya..

Saya : Maaf abg.. Saya dah remind untuk aktif kan medical kad wife abg bulan lepas.. Tapi bila dah laps mcm ni tak boleh hidup kan serta merta.. Akaun ni pun dah lebih sebulan laps.. Kalau abg bayar esok pagi kat kaunter masih kena tunggu sebulan baru boleh guna medical kad.. Bab ni memang sy tak boleh tolong..

Klien : aduhhhhhh.. Camana ni.. Terpaksa la korek duit yang mana ada.. Dah sakit nak datang bukan kita cari.. Nak suruh stop pun tak boleh.. Ok2 nanti settle kes wife encik shahrudin datang jumpa saya kat office.. Saya nak aktif kan balik semua polisi termasuk saya dan anak-anak..

Saya : ok abg.. Inshaallah esok pagi saya pergi jumpa abg..

*apa yang kita boleh belajar dari sini.. Ingat !! . Tugas agent bukan saja cari kes dan close kes.. Tugas yang paling besar adalah sentiasa pastikan POLISI klien AKTIF.. mmg berat tanggungjawab kita.. Tebal muka nak minta klien bayar bulan2.. Tapi bila tak bayar nanti silap2 kita dipersalahkan..

No comments:

Post a Comment