Sunday, November 29, 2015

Kos tidak setanding dengan nilai kesihatan

Good Nite semua.. Lama sy x berFB.. Masa byk hbs menguruskan kesihatan.. kesihatan x mengizinkan..

Just nak pesan kat kawan2.. Pentingnya anda miliki 1 Kad kesihatan/ insuran kesihatan..

3 tahun yang lalu.. Sy Ambil kad kesihatan.. Ceupecare... Saja suka2.. Riak x rasa pun keperluannya.. Tp ambil juga Sbb murah sangat.. Sebulan bayar rm28 shj.. Dia cover rm20,000 setahun..  Waktu ambil tu x pk pun akan sakit.. Rasa mcm badan ni buat dari besi.. Rasa akan sihat sentiasa.. Tahun kedua buat bayaran.. Rasa nak tamatkan je .. Berkali kali pk nk terminate je. X berbaloi bayar sbb x guna pun.. Dah 3 tahun x guna pun..Tp malas nk g office mrk.. So biar je la.. Terus potong dr gaji je. X rasa sgt la..

Kalau congak rm28 x 36 bulan bayar.. Jumlahnya rm1008.00 aku dah byr kat mereka..

Tanggal 4 nov.. Kaki aku paralyzed.. X leh gerak.. Kalau gerak rasa sakit gila.. mcm sakit gigi tahap maximun ( aku cakap sakit gigi sbb aku nak gambarkan mcm mana kaki aku sakit time tu.. Sbb sakit gigi adalah sakit yg tersangatlah sakit)

Aku x leh jalan.. X leh bangun.. Pukul 1 pagi.. Aku berusaha 10 minit untuk bangun.. Kekiri x boleh.. Meniarap x boleh.. Sambil menangis sakit giler.. Aku merangkak tepi dinding.. Capai sepasang baju.. Capai kunci kereta.. Merangkak ke kereta.. Drive ke columbia asia hospital.. Nasib baik keta auto.. Masih mampu drive.. Aku sampai.. Tekan hon n mnta guard bawa kerusi roda .. Aku x pk apa dah.. Swipe la kad bank sy.. Rawat la saya.. Saya x tahan dah sakit giler.. Insuran lulus x.. Sy pk kemudian..

Dr suntik pain killer paling kuat kat punggung n suntik ubat kat urat darah tangan.. Saya terus tidur.. Sedar sedar Bangun tido dah masuk wad. 2 hari pakai kerusi roda.. Duduk x selesa.. Sakit nya tuhan yg tahu.. Tido x selesa.. Pain killer setiap masa.. MRI hari hari ..  Kalau tambah jumlah jam.. 4 jam aku duk dalam mesin MRI tu.... Cari punca sakit.. 20 keping gambar scan MRI.. Punca ditemui.. Aku rahsiakan..

Kos rawatan sy 3 hari kat sana rm5000.. N kad yg sy byr rm28 sebulan itulah yg melunaskan bil hospital sebanyak rm4994.. Sy just bayar rm6 sahaja sbb sy minta ubat yg x ada kaitan dengan sakit saya.. Itu baru 3 hari.. Lau lg lama puluhan ribu kot kena bayar..

Syukur sangat.. Kalau x kat mana la sy nak cari duit bayar bil tersebut..

Waktu sy merangkak kesakitan tu.. Sy x ingat pun nak call kawan2 sbb sy bkn jenis yg pandai mnta tolong.. Maybe sbb dah 14 tahun berdikari.. Lg pun dah pukul 1 pagi.. Semua mst dah tido.. Sy just pk hospital terdekat je..

Nyawa kita ni rapuh sgt2.. Sy mnta maaf pada semua yg sy pernah sakiti.. Moga kita semua damai di bumi pinjaman ini.. Amin amin amin..

Now dah register BSN PRUDENTIAL.. 400 sebulan.. Sanggup byr. Cover 4 juta.. Pampasan cacat kekal rm200000.. Meninggal or cukup umur dapat lak rm130,000

Sumber: FB Razak Rahim

Saturday, October 24, 2015

Hubungi Saya


Name : Shahrul Afzam bin Mohamad
Address : Kuala Lumpur/Selangor
Email : shahrulafzam@gmail.com
Phone : 019-4552664
Facebook: Shahrul Afzam Mohamad

Wealth Planner
Prudential/PruBSN Takaful Berhad
Al Isra' Associates

Specialize In :-
– Investment-linked Insurance & Takaful
– Life Insurance & Family Takaful
– Syariah Compliant Unit Trust
– Retirement Planning
– Business & Key Man Insurance & Takaful
– General Takaful
– Medical & Health Insurance & Takaful
– Education Plan

Takaful Puteri & Takaful Puteri PLUS

HAYATI LAH HIDUP ANDA HARI INI DENGAN KEBEBASAN SEPENUHNYA!!!!!

Penghargaan anda sebagai seorang anak, isteri atau ibu sangatlah dihargai. Anda disanjungi dan dihormati sebagai seorang insan yang menyatukan dan membawa keharmonian hidup kepada ahli-ahli keluarga anda. Sebagai seorang wanita, anda dilahirkan dengan kecenderungan semula jadi untuk memelihara dan berusaha dengan gigih di dalam segala apa yang anda hadapi.

Kaum wanita telah menempuh pelbagai cabaran sepanjang zaman. Di dalam perubahan itu, tanggapan terhadap wanita telah berubah daripada insan yang lemah kepada kaum moden yang gigih dan berdikari.

Walau bagaimanapun, di dalam perjalanan kehidupan harian anda mungkin menghadapi beberapa risiko kepada kesihatan anda. Struktur badan membuatkan anda lebih cenderung pada beberapa penyakit spesifik yang dihadapi oleh kaum wanita.

Di PruBSN, kami menghargai dan memahami keperluan anda sepenuhnya. Dengan itu, kami telah menyediakan satu pelan perlindungan yang akan memberi anda ketenangan dan kebebasan untuk menghayati kehidupan anda dengan sepenuhnya di samping menyediakan anda untuk menghadapi apa-apa cabaran hidup yang mungkin timbul.

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat di dalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu :-

Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus

Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu

Plan 1 = RM 50,000

Plan 2 = RM100,000

Plan 3 = RM150,000


Pelan Takaful Puteri menawarkan :
Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)
manfaat takaful puteri, plan, sakit kritikal
Nota :

i) Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan

ii) Jadual di atas hanyalah ringkasan sahaja. Untuk keterangan lengkap, sila rujuk Sijil Takaful atau klik di SINI

Kurang Jelas/Kurang Faham Mengenai Plan Ini?

Buat Temujanji Anda Sekarang!!


Shahrul Afzam bin Mohamad
0194552664

Sunday, October 11, 2015

Malaysia Airlines: Manfaat Perlindungan Ditarik Balik.

Tidak cukup dengan peristiwa menyayat hati MH370 & MH17 Malaysia Airlines ditambah lagi kesedihan apabila Medical Benefit Staff Malaysia Airlines kini telah ditarik balik Dan hanya digantikan dengan Coverage yang lebih rendah.

Ini terjadi kepada salah sorang customer saya yg bekerja di Malaysia Airlines. Pada mulanya Tiada Limit yg diberikan kepada staff berkenaan untuk kemasukan wad. Tetapi terkejut pada bulan ini ketika hendak keluar Dari wad mendapati bil beliau tidak ditanggung oleh Medical Benefit Malaysia Airlines kerana sudah kehabisan limit. Beliau diberitahu yg Limit yg dahulunya UNLIMITED untuk satu family kini telah ditukar menjadi RM30,000 sahaja setahun untuk satu family.

Panik dan tiada pilihan, customer terpaksa membayar RM15,000 bil perubatan pembedahan mengubati tisu koyak di bahagian lengan di Sunway Medical Centre menggunakan Credit Card sendiri.

Tadi saya terima call suruh check policy beliau sama Ada mempunyai plan yg cover medical atau tidak ?? Alangkah leganya bila saya mengatakan yang "Abg mempunyai medical card coverage yg bernilai RM100,000 limit setahun, dan bil RM15,000 tu bole di claim nanti 100%"...Alhamdulillah..

‪#‎Fakta‬ : Medical Card Company sangat subjective Dan bole berubah-ubah mengikut kepentingan syarikat.

*Kepada pekerja-pekerja yg lain, please check your current staff medical benefit with your Human Resource.



**Gambar hiasan.

Monday, October 5, 2015

Kisah Ejen Takaful

Malam ni terima call bertalu2 dari seorang klien.. Selepas solat Maghrib baru chek hand phone.. 10 MISS CALL 😟 .. Mesti URGENT ni.. Cuba call balik ..

Klien : Encik shahrudin pergi mana saya call berpuluh kali tak angkat.. Mcm ni ke agent insurans.. Sepatutnya encik kena sentiasa pegang hand phone n jawab bila klien call !!! ..

Saya : Kan time maghrib abg.. Xkan tengah solat pun saya nak jawab telefon ? .. Kenapa abg call saya? Bulan lepas sy call n mesej abg banyak kali utk remind payment insurans tapi abg tak reply pun...

Klien : "Terdiam"... Maaf.. Bulan lepas saya busy outstation.. Tak sempat nak reply n jawab call en shahrudin.. Saya kat KPJ specialis sekarang ni.. Wife saya pengsan tadi kat bilik air.. Sebab tu saya bergegas ke sini.. Apa status medical kad wife sy.. Tadi masuk kpj, staf sana minta DEPOSIT RM1500 .. En shahrudin cakap deposit utk yang ada medical kad dalam RM400-RM500 je.. Ni kenapa MAHAL sangat..

Saya : Medical kad wife abg dah laps bulan lepas.. Sebab tu saya call n mesej maklumkan pada abg.. Tapi abg tak jawab apa2..

Klien : Boleh tak saya bayarkan malam ni dan aktifkan semula medical kad ni.. Mana saya nak cari duit nak bayar bil sendiri.. Deposit pun dah RM1500.. Bil belum tentu berapa ribu.. Harap sangat encik shahrudin boleh tolong saya..

Saya : Maaf abg.. Saya dah remind untuk aktif kan medical kad wife abg bulan lepas.. Tapi bila dah laps mcm ni tak boleh hidup kan serta merta.. Akaun ni pun dah lebih sebulan laps.. Kalau abg bayar esok pagi kat kaunter masih kena tunggu sebulan baru boleh guna medical kad.. Bab ni memang sy tak boleh tolong..

Klien : aduhhhhhh.. Camana ni.. Terpaksa la korek duit yang mana ada.. Dah sakit nak datang bukan kita cari.. Nak suruh stop pun tak boleh.. Ok2 nanti settle kes wife encik shahrudin datang jumpa saya kat office.. Saya nak aktif kan balik semua polisi termasuk saya dan anak-anak..

Saya : ok abg.. Inshaallah esok pagi saya pergi jumpa abg..

*apa yang kita boleh belajar dari sini.. Ingat !! . Tugas agent bukan saja cari kes dan close kes.. Tugas yang paling besar adalah sentiasa pastikan POLISI klien AKTIF.. mmg berat tanggungjawab kita.. Tebal muka nak minta klien bayar bulan2.. Tapi bila tak bayar nanti silap2 kita dipersalahkan..

Saturday, October 3, 2015

Top 6 Takaful Players in Malaysia


Alhamdulillah Prudential BSN takaful masih lagi berada di ranking top 6. Tidak penting syarikat mana yang kita pilih, asalkan ia terbaik dan pilihan ramai. Terbaik yang saya maksudkan disini bukan saja berpandukan pada jumlah jualan, tapi industri takaful ini jelas mempraktikkan soal servicing. Sejauh mana laju nya klaim, cepat atau lambat customer service memberi respon terhadap klien dan kecekapan ejen2 dalam menyelesaikan kes.

So, pilihlah yang terbaik, ejen yang anda selesa untuk berurusan, dan semestinya di waktu yang terbaik iaitu ketika anda SIHAT. 

Shahrul Afzam
0194552664
Prudential BSN Takaful

PENTING!! Tips Memilih Kad Perubatan

Di pasaran sekarang banyak jenis kad perubatan. Setiap tahun ada saja kad perubatan yg baru dan nampak lebih bagus dari yg syarikat lain. Apa-apa kad perubatan yg anda pilih, minta agen anda terangkan klausa ini.

NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) vs PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC)

1. NON-CANCELLABLE CLAUSE (NCC) bermaksud syarikat tidak boleh batalkan manfaat perubatan selagi pelanggan masih membayar dan tidak berlaku apa-apa penipuan (fraud or misrepresentation). PRUDENTIAL; PRUBSNTAKAFUL menggunakan klausa ini.

2. PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE (PWC) bermaksud syarikat BOLEH menarik balik manfaat perubatan dengan notis 30 hari jika syarikat mahu berbuat demikian (kerugian, claim banyak sangat etc). Sebab itu ada syarikat boleh kata manfaatnya jutaan atau tiada had, harga murah utk kad perubatan satu keluarga. Gimik saja.
Saya ada kad perubatan NCC dan PWC. Pilih NCC. Hari ini tentunya anda lebih sihat daripada 30 tahun akan datang. Tapi jika umur anda sudah 60-70 beserta kad perubatan PWC, syarikat pula tiba-tiba mahu tarik balik manfaat itu, apa jadi? Sudahla dengan pelbagai penyakit ketika umur tersebut - kencing manisla, darah tinggi la, batu sana sini, penyakit jantung, stroke, cancer - tiba-tiba ditarik semula manfaat tersebut. Maka kita pun berkatalah kad perubatan PWC menipu.

Adakah insuran PWC menipu? Tidak. Dalam buku polisi PWC sudah sedia tertulis, minta agen anda terangkan.
Seperti yg saya kata, pilih NCC. Nombor-nombor itu hanya gimik. Ya, NCC sedikit mahal. Klausa yg mahal tapi itulah fungsinya - ketenangan minda.

Sekian, harap membantu.
Shahrul Afzam Mohamad
Prubsn Takaful

Tuesday, September 22, 2015

PRUBSN TAKAFUL CAN BE TRUSTED. Semuanya Telah Selesai

Alhamdulillah semuanya telah selesai. Kes yang membabitkan tuntutan takaful yang menjadi viral di media sosial telah selesai sepenuhnya setelah Encik Muhd Shakir mengadakan perbincangan dengan pihak atasan Prudential Bsn Takaful Berhad. Baca tulisan Encik Shakir di bawah.

Hari ini telah diadakan perbincangan antara saya (MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA) dan dua orang pihak atasan Prudential Bsn Takaful Berhad. Perbincangan diadakan di Kota Bharu Kelantan.

Hasil daripada perbincangan sebentar tadi, kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa terdapat sedikit salah faham antara kami. Dan disebabkan salah faham tersebut, maka perkara ini menjadi semakin rumit. Namun begitu, kami juga bersetuju bahawa kes ini telah selesai sepenuhnya.

Saya secara peribadi menganggap kes ini telah berjaya diselesaikan secara profesional oleh pihak Prudential Bsn. Tindakan yang agresif dan profesional ini adalah lambang prihatin pihak Prudential Bsn kepada pemegang polisi Prudential Bsn.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Prudential Bsn atas penyerahan cek tuntutan bagi pihak anak saya bernilai RM 2,609.20. Nilai tuntutan ini adalah tidak sebesar mana pun jika dibandingkan dengan `respon` dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh pihak Prudential Bsn dalam menyelesaikan kes ini.

Dengan penuh hormat, saya menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang menyatakan PRUDENTIAL BSN PENIPU BESAR. Saya juga akan terus menjadi pemegang polisi Prudential Bsn dan akan terus membayar caruman sebanyak +- RM 6000.00 sebulan bagi pihak saya dan keluarga saya.

Akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Prudential Bsn atas sikap proaktif terhadap masalah yang berlaku.

Sekian,
Terima Kasih.
MUHD SHAKIR ASSALAM BIN YA
08 MEI 2015 4.37 pm
Kota Bharu, Kelantan.

P/S : Smoga peristiwa ini menjadi pedoman dan iktibar kepada para pengguna dan juga kepada mana-mana syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini.

Sunday, September 20, 2015

BILA?

Pernah tak, ada dalam situasi ni??
= Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar..
= Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri..
= Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu..
= Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja...
= Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan..
= Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja..
Tak payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah...itu saya dulu..waktu seronok, waktu senang..insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita..rai kan bersama...tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...
Mak ayah kita tak pernah berfikir 2kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tu...tak pernah sebut dan bagi alasan ..semuanya ditelan..kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong...sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit..panjang berjela pnerangan kita..untuk itu ini...
Persoalannya BILA???? Kita nak mampu beri balik..bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit...ingat, setiap kali alasan yang kita beri..umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu"...dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah..ia bukan alasan untuk kita berenti memberi pada mereka..
»renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang...(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)
Sharekan pade umat manusia lain jika bermanfaat.

Ambil awal. Itu lebih baik

Faktor umur memberi kesan besar terhadap harga polisi kita. Semakin awal umur kita mengambil polisi, semakin cerah peluang kita untuk mendapatkan harga polisi dengan coverage manfaat yang bagus dengan harga yang murah. Paling mudah saya berikan contoh, jika kita mengambil polisi ketika berumur awal 20-an kita masih berpeluang untuk mengambil polisi dengan harga yang murah dengan manfaat yang lebih banyak, tetapi jika kita baru nak mengambil polisi pada umur 30-an, kita mungkin tidak dapat manfaat yang sama seperti pada umur 20-an tadi dengan harga yang sama.


Ini kerana, semakin berumur seseorang, semakin meningkat risiko untuk mendapat masalah kesihatan. Semakin meningkat risiko, maka semakin tinggi peluang kita untuk mendapatkan rawatan dengan kerap. Sudah tentu syarikat insuran tdak mahu menanggung orang yang sudah pastinya sakit bukan? Tetapi rasa2 ada kemungkinan kita sakit tak nanti? Tunggu apa lagi? 😀

Ada yang nak tahu2 tentang Prudential BsN Takaful???
Pm.