FOLLOWERS

Friday, December 3, 2010

Solat ATAU Sembahyang??

Assalammualaikum,

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya,istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur"Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan"Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah"dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai"menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang keMalaysia , mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu DrDaniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada"menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristianpergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepadamereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. TetapiUmat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai"Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada"menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangununtuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh,"kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalahhal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyaikesedaran Agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasaberhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!

4 comments:

  1. dahhhh! :)

    nak tunggu solat isya' plakkkk~

    ReplyDelete
  2. nice info... mmg aku suke gunakan ayat solat berbnding smbhyang sbelum nnih.. :) singgah golek2 kat sini..

    ReplyDelete
  3. bgus2..sebarkan kepada yang blom mengetahui...hehe

    ReplyDelete
  4. dh kalo kes orang kelantan suka sebut 'maye' tu gane?ape komen,huhuhu

    ReplyDelete