Alhamdulillah, baru je selesai menghadiri training untuk ISO Certificate at meeting room, RTSB. Rase macam hari ni la hari yang paling lama yang penah aku alami. Mengantuk+boring n bermacam-macam lagi la perasaan yang bercampur baur. Baru ku sedar kerumitan dan kelecehan yang terpaksa dialami untuk mendapatkan Sijil ISO ni.
Meh, nak bagi info sedikit pasal ISO. ISO tu bukannye bermaksud International Standardize Organization. Tapi nama sebenar badan ni adalah International Organization for Standardization..Ia datangnya daripada perkataan "ISO=sama".. So, sila lah membuat pembetulan kepada mereka2 yang telah tersalah anggap sebelum ni yea..=)
Ops, sori..TERintro panjang la pulak.
Berbalik pada tajuk, semalam aku telah menjadi HERO kjap. Nak dijadikan cerita, aku sedang berjalan kaki, dari terminal putra gombak, setelah menghadiri meeting bersama bos2 n company YTL. Sembang punye la sembang, then ade ternampak asap tebal. Mula2 ingatkan orang bakar sampah yang biase2 je. Then, makin lame makin tebal n api pun makin besau. Tak sedap ati dah. Dengan tanpa segan silu, aku amik phone nak call bomba. Yang jadi kelakornye, tetiba otak hang seketika. TAK TAU NO PHONE BOMBA! hahahahaha..ingatkan macam dulu lagi, ade 991,994, n 999. So, konfius la beb. tak tau yang mane satu. Nasib baik ade bos, dia gtau terus kol 999. Berbekalkan hanset yang tak seberapa, dengan konfidential aku kol. Dia terus detect nama aku.
999: Halo..unit kecemasan...
Pemuda: Haa, haloo..Encik, ade kebakaran la..
999: Halo, Cik Shahrul. Boleh bagitau kat mane tu.?
Pemuda:(aik, sejak biler plak aku bekenalan dengan dia ni) Kat Cemerlang Height, Taman Melati area Gombak...Bla..bla...blaaa...
999: Okeh, kita akan hantar team bomba ke sana sekarang.
Sejurus kemudian, terdengar la loceng kecemasan kat Balai Bomba memandangkan balai tu tak jauh dengan tempat kejadian. Tunggu punye la tunggu, dalam 15-20 mnit jugak baru bomba sampai. Ini talak bagus woooo.. Lame tuuu. Kalo rumah, dah boleh hangus tinggal rangka la brader. Nasib baik api tak merebak ke rumah2 "istana" yang kat atas bukit tu sebab dipisahkan dengan sebatang jalan. Kalo tak, hilang jutaan ringgit la..Try jugak naik kat atas tempat bomba tembak air, tapi memang tak boleh bnafas. Udara dipenuhi asap n habuk2 n abu daun yang berterbangan. Oh, cannot go!. I blah dulu meninggalkan cik bomba n polis buat keje dia.
So, alhamdulillah, dapat jadi hero kjap walaupun pulang dengan bau asap kat baju..hahahaha..
p/s: sekarang ni tengah tunggu panggilan daripada goverment. Mane la tau kot2 nak bagi award sekeping tanah yang dah terbakar tu. hehe So, nanti kalo ade sebijik lagi banglo baru naik kat height tu, paham2 je la sape punye yeeeerrr...hahahhahahaa
LABEL
- #Businessopportunitypresentation (6)
- #awareness (6)
- #claim (3)
- #hibah (4)
- #hospital (10)
- #incomeprotection (4)
- #kadperubatan (21)
- #kerjakosong (1)
- #kosperubatan (6)
- #lainlain (21)
- #makan (3)
- #medicalcard (3)
- #motivational (4)
- #pampasan (3)
- #petua (4)
- #planpendidikan (5)
- #prubsnwarisan (2)
- #simpanan (1)
- #tazkirah (4)
- #tips (10)
- #ummahlink (2)
Wednesday, January 19, 2011
Monday, January 17, 2011
Terima Kasih Brader
Salam Ceria.(versi katun)
Menceritakan kisah yang menimpa aku pagi tadi, sungguh menyayat hati serta menusuk kalbu. hehe. Dipagi yang hening, aku drive SUPERBIKE ku yang kacak lagi bergaya dengan no plate TAM54*5.. Laju nye mengalahkan Honda CBR 1000cc. Tu kalo dia guna gear 1 la, then aku pakai gear 4. Kalo dia dh naik gear 2, sori brader, I tarik diri. Bukan takut, tapi saje bagi chance kat orang lain pulak nak menang. hehe...
Kejadian berlaku di highway MRR2, dengan kelajuan 93.5 KM/J, aku memecut untuk pegi ke tempat kerja di Bangsar. Jauh tuu. Dari Gombak ke Bangsar, around 20KM. Jauh la jugak kalo jalan kaki. Hehe.
Tetiba, MOTO MAMPOS beb! aduyai. Tengah syok layan angin pagi, dia buat hal la pulak. Tak penah lagi dalam sejarah hidup moto tu tetiba nak kojol tengah jalan. Dengan perasaan ingin tahu, aku cek minyak, ade. Smua OK..tak sampai 10 saat aku bhenti, ade la mamat moto Lagenda behenti. Then, 3 saat kmudian, ade lagi sbuah. Mase tu, aku rase sangat bertuah dan bangga dengan tempat aku berpijak, iaitu Malaysia!. Sungguh baik hati orang Malaysia. Dan yang lebih membanggakan, orang tu adalah pemuda remaja yang bakal meneraju dunia! A big clap for them. Terlupe pulak nak amik no plate n no phone. Hanya ucapan terimakasih banyak2 dapatku ungkapkan setelah brader tu menunda moto ku sampai ke bengkel.
thanks again..n again..again..kalo brader takde, bleh hilang bendalir lutut aku nak tolak moto.
Bro, kalo ade terbace entry aku ni, first of all, thanks so much. Second, sori la x sempat nak bkenalan untuk aku blanje nex time. Haha..ku dah mengagak, seperti APek kedai tu cakap, Coil motoku yang jem..xpe2, take your time untuk repair. Jap lagi aku pegi amik ye wahai tokey. n Trimas to Datuk Asyran coz pick me up. Sori menyusahkan bro..At least ade geng untuk 'karok' dalam kete kan..hahahahaha..
Arigato!
p/s: moral of the story,ringankan tulang untuk tolong orang yang didalam kesusahan.

-bukan gambar sebenar-

Friday, January 14, 2011
Tuesday, January 11, 2011
Facebook akan ditutup?
Instinct aku menyatakan perkara ini tak akan berlaku. Tapi, mane la tau kan..MUNGKIN akan ditutup, tapi bukan dalam masa terdekat ni la..maybe couple of years later. Ni pun boleh dikategorikan sebagai satu khabar angin sepoi2 bahasa. Sebab, banyak fakta yang bercanggah. Ada yang menyatakan bulan ni. Ada yang cakap 11 March, 15 march and so on. Konfem ke? Kalo on paper, aku x bleh caye. berpegang pada prinsip, "dengar boleh, pecaye jangan". Tapi kalo dan name paper tu, tak kan la bleh dengar kn..haha.. Paper/blog/artikel/ect tu sebagai wayang dunia je. Melainkan, bila tokey facebook sendiri(Mark Zuckerberg) yang mengumumkan untuk tutup facebook ni. Bukan untuk menafikan, tapi bagaimana pula dengan pelabur2 saham didalam Facebook tu sendiri? Tak kan nk biarkan rugi kot..In case betol2 dtutup, ramai yanga akan rugi..Wallahualam...
p/s: Add me up on http://myfriends2u.com. Email add: mrshah53@gmail.com
Haha..saje test power kat site baru..Komen anda ttg social network ni? PAGE LOADING YANG LAMBAT!
p/s: Add me up on http://myfriends2u.com. Email add: mrshah53@gmail.com
Haha..saje test power kat site baru..Komen anda ttg social network ni? PAGE LOADING YANG LAMBAT!
Monday, January 10, 2011
AJL ke-25
Terpanggil untuk memberi sedikit komen tentang Anugerah Juara Lagu ke-25 yang berlangsung malam tadi. Eh, bukan pasal AJL, tapi penerimaan orang ramai terhadap keputusan juri yang menilai. Nampaknya, agak ramai la yang tidak berpuas hati dengan keputusaan juri setelah meletakkan Ana Raffali sebagai pemenang. Aku pun rase lain macam. Bukan ape, target jauh lari. Bajet-bajet Faizal Tahir, A.P.I, Hujan or Yuna..Tapi, bukan bermakna perlu untuk tidak berpuas hati dengan keputusan tu. Sebab, siapakah kita untuk menilai dan meletakkan sesebuah lagu untuk menang?adakah setanding dengan M.Nasir, sifu master dalam dunia seni disamping Habsah Hassan, Amy Search, Acis, Pacai dan Andy Flop Poppy? Gua pecayeee sama ini olang beb. Barisan juri dah memilih yang terbaik dikalangan terbaik. Dah adat pertandingan la.
So, tak perlu la post kat Wall Facebook n cakap pasal ketidakpuasan hati dengan keputusan AJL ke25 ni. Buruk benor seh! Dah rezeki Ana Raffali, terima je la kenyataan. Kang orang suruh jadi juri, g nilai depan pentas mase AJl tu berlangsung, baru tau. Mula la nak ketar lutut n gelabah. Media pun satu, tak perlu la nak heboh2kan benda ni.
p/s: Entry ini bukan sama sekali untuk menyebelahi mana2 pihak, tapi untuk menjernihkan keadaan.
Sunday, January 9, 2011
Tahniah Lee Chong Wei
Tahniah buat Dato Lee Chong Wei kerana sekali lagi mengharumkan nama negara setelah menjuarai Kejuaraan Siri Super Series di Taiwan petang tadi. Good job..=). Dengan persembahan yang mantop, dapat mengalahkan juara Denmark, Peter Gade dengan straight set.
Tahniah n tahniah again...
Friday, January 7, 2011
Jacko meninggal sebelum paramedik sampai: Saksi
LOS ANGELES: Penyanyi pop terkenal, Michael Jackson sudah tidak bernyawa sebelum ketibaan anggota paramedik, demikian menurut seorang saksi memberitahu perbicaraan terhadap doktor perubatan penyanyi itu yang menghadapi tuduhan menyebabkan kematiannya.
Anggota pamamedik Martin Blount, berkata sebaik mereka tiba di rumah agam Michael, penyanyi berusia 50 tahun itu sudah tidak lagi bernyawa dengan badannya sejuk serta kedua-dua mata terbeliak.
“Ia seperti mangsa (Michael) sudah meninggal agak lama," katanya di Mahkamah Tinggi Los Angeles bagi perbicaraan awal terhadap Doktor Conrad Murray yang menghadapi tuduhan menyebabkan kematian Michael.Kenyataan Blount bagi menyokong kenyataan rakannya, Richard Senneff, yang sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Jackson berhenti bernafas antara 20 hingga sejam sebelum pasukan perubatan tiba di kediamannya itu.
Beliau berkata, mereka sampai di kediaman Michael empat minit selepas panggilan kecemasan 911 dibuat.
Blount berkata, Murray pada awalnya menafikan memberi sebarang ubat kepada Jackson tetapi dia melihat doktor itu memenang jarum suntikan dan melihat tiga botol 'anesthetic Lidocaine' di atas lantai.
“Dia melonggokknnya di atas lantai sebelum memasukkannya di dalam beg hitam," kata Blount.
Rabu lalu, Seneff berkata Murray memintannya melupuskan beberapa peralatan perubatan yang berhampiran Michael ketika itu.
p.s: adakah sync dengan post aku yang dulu?baca disini. Sama2 lah kita mencari kebenaran....

Wednesday, January 5, 2011
Kambing Golek/Panggang Istimewa
Inginkan kenangan dan kelainan di majlis anda? Tak kira la majlis perkahwinan, rumah terbuka mahupun tertutup, sambutan hari jadi, perasmian mahupun penutupan, dinner, n sebarang majlis keraian yang diinginkan. Kambing Aqiqah pun ada disedikan. Dengan harga yang berpatutan, bayangkan satu sudut yang akan dipenuhi dengan orang ramai, beratur menantikan daging kambing siap dipanggang dan dihiris. Perrgghhhh..mantop seyyhh..
kecur liur bro..haha
Masuk 2@ 3 keping dalam pinggan, cicah pulak dengan Black Pepper, Mint, Salad n Thousand Island Sauce..fuuhhhh, sukar digambarkan dengan kata2 mahupun tulisan..So, tunggu ape lagi?Nikmatilah keenakan dan kelazatan kambing panggang dengan ramuan yang dirumus khas oleh Chef berpengalaman;
En. Khair(0122615045)/Pn.Nora(0126449171).
Jangan lepaskan peluang keemasan ini...
p/s: Kambing golek RM800, Kambing Aqiqah panggang RM1000.
Sunday, January 2, 2011
PENGAMBILAN TRANSKRIP AKADEMIK DAN SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN
kopi-pes daripada announcement UMP..
Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera..
Perhatian kepada pelajar yang sudah menamatkan pengajian dangan berstatus bergraduat pada Disember 2010
Transkrip Akademik dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian saudara/i boleh diperolehi dari Kaunter Pejabat Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) mulai 3 Januari 2011.Walaubagaimanapun, dokumen ini hanya akan diedarkan kepada pelajar yang sudah menamatkan pengajian dan tidak berhutang dengan Universiti (yuran pengajian, perpustakaan, denda atau saman). Pelajar yang masih berhutang, diminta untuk menjelaskan hutang berkenaan di Bahagian Penerimaan & Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari. Bagi hutang yang melibatkan perpustakaan pelajar boleh berhubung terus dengan Jabatan Perpustakaan UMP.
Talian untuk semakan hutang :
- JABATAN BENDAHARI (09-5492057/2096/2072/2054)
- JABATAN PERPUSTAKAAN (09-5493131/3133)
- BAHAGIAN PERKHIDMATAN & KEBAJIKAN PELAJAR , JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (09-5492545/2543)
- BAHAGIAN KESELAMATAN (09-5492517)
Tatacara pengambilan dokumen penganugerahan oleh penama
- Mengisi borang ambilan dokumen penganugerahan.
- Mengemukakan kad matrik atau kad pengenalan sebagai bukti pelajar UMP.
- Sila semak dokumen penganugerahan dan tandatangan borang berkenaan.
- Dokumen penganugerahan (Transkrip Akademik & Surat Pengesahan Tamat Pengajian) diserahkan kepada pelajar.
Tatacara pengambilan dokumen penganugerahan oleh wakil penama
- Mengisi borang ambilan dokumen penganugerahan.
- Mengemukakan surat kebenaran dari penama dan salinan kad pengenalan wakil.
- Sila semak dokumen penganugerahan dan tandatangan borang berkenaan.
- Dokumen penganugerahan (Transkrip Akademik & Surat Pengesaha Tamat Pengajian) diserahkan kepada wakil.
- Walaubagaimanapun, BPA tidak memproses kali ke dua sekiranya dokumen berkenaan hilang atau rosak selepas diserahkan kepada wakil.
Tatacara penghantaran dokumen penganugerahan melalui pos
- Menerima surat permohonan daripada penama (melalui email atau pos atau faks). Sila nyatakan nama penerima dan alamat dengan tepat untuk penghantaran. Sila nyatakan juga nombor telefon untuk dihubungi.
- Dokumen penganugerahan akan dipos kepada penama dan alamat seperti yang dinyatakan di dalam surat permohonan tersebut.
- Walaubagaimanapun, BPA tidak akan memproses kali ke dua sekiranya dokumen berkenaan hilang atau rosak ketika penghantaran.
Sila hubungi BPA (Pn Lily) di talian 09-5492526 atau email :konvokesyen@ump.edu.my ATAU lilymasliza@ump.edu.my (Untuk perhatian : Pn Lily) atau faks : 09-5492555.
Sekian, terima kasih.
kredit kerana mengetag Nama Saya Shahrul dalam Notesnya..hehe
Saturday, January 1, 2011
Al-Fatihah: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung.
Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan.
Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok.
Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre.
Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil.
"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. - BERNAMA
sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)