Sunday, January 2, 2011

PENGAMBILAN TRANSKRIP AKADEMIK DAN SURAT PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN

kopi-pes daripada announcement UMP..

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera..
Perhatian kepada pelajar yang sudah menamatkan pengajian dangan berstatus bergraduat pada Disember 2010
Transkrip Akademik dan Surat Pengesahan Tamat Pengajian saudara/i boleh diperolehi dari Kaunter Pejabat Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) mulai 3 Januari 2011.Walaubagaimanapun, dokumen ini hanya akan diedarkan kepada pelajar yang sudah menamatkan pengajian dan tidak berhutang dengan Universiti (yuran pengajian, perpustakaan, denda atau saman). Pelajar yang masih berhutang, diminta untuk menjelaskan hutang berkenaan di Bahagian Penerimaan & Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari. Bagi hutang yang melibatkan perpustakaan pelajar boleh berhubung terus dengan Jabatan Perpustakaan UMP.
Talian untuk semakan hutang :
  1. JABATAN BENDAHARI (09-5492057/2096/2072/2054)
  2. JABATAN PERPUSTAKAAN (09-5493131/3133)
  3. BAHAGIAN PERKHIDMATAN & KEBAJIKAN PELAJAR , JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (09-5492545/2543)
  4. BAHAGIAN KESELAMATAN (09-5492517)
Tatacara pengambilan dokumen penganugerahan oleh penama
  1. Mengisi borang ambilan dokumen penganugerahan.
  2. Mengemukakan kad matrik atau kad pengenalan sebagai bukti pelajar UMP.
  3. Sila semak dokumen penganugerahan dan tandatangan borang berkenaan.
  4. Dokumen penganugerahan (Transkrip Akademik & Surat Pengesahan Tamat Pengajian) diserahkan kepada pelajar.
Tatacara pengambilan dokumen penganugerahan oleh wakil penama
  1. Mengisi borang ambilan dokumen penganugerahan.
  2. Mengemukakan surat kebenaran dari penama dan salinan kad pengenalan wakil.
  3. Sila semak dokumen penganugerahan dan tandatangan borang berkenaan.
  4. Dokumen penganugerahan (Transkrip Akademik & Surat Pengesaha Tamat Pengajian) diserahkan kepada wakil.
  5. Walaubagaimanapun, BPA tidak memproses kali ke dua sekiranya dokumen berkenaan hilang atau rosak selepas diserahkan kepada wakil.
Tatacara penghantaran dokumen penganugerahan melalui pos
  1. Menerima surat permohonan daripada penama (melalui email atau pos atau faks). Sila nyatakan nama penerima dan alamat dengan tepat untuk penghantaran. Sila nyatakan juga nombor telefon untuk dihubungi.
  2. Dokumen penganugerahan akan dipos kepada penama dan alamat seperti yang dinyatakan di dalam surat permohonan tersebut.
  3. Walaubagaimanapun, BPA tidak akan memproses kali ke dua sekiranya dokumen berkenaan hilang atau rosak ketika penghantaran.
Sila hubungi BPA (Pn Lily) di talian 09-5492526 atau email :konvokesyen@ump.edu.my ATAU lilymasliza@ump.edu.my (Untuk perhatian : Pn Lily) atau faks : 09-5492555.
Sekian, terima kasih.

kredit kerana mengetag Nama Saya Shahrul dalam Notesnya..hehe

No comments:

Post a Comment