Wednesday, February 9, 2011

Song of the Week: Hafiz-Awan Nano

Satu lagi produk AF yang dipuja-puji oleh muda-mudi. Tak kira kecik besar tua muda, tak dapat dinafikan kehebatan vokal anak seni yang bernama Hafiz atau lebih terkenal dengan Hafiz AF yang kian melonjak naik dipersada seni tanah air. Jom, sesama melayan video klip lagu baru beliau, Awan Nano.
Untuk download mp3 version, klik SINI


p/s: AF akan diberhentikan ke?

Monday, February 7, 2011

Atuk Nak Jual Obat

Aku panas betol dengan geng ni. Agak2 la nak closing pon. Dah le kaco kedamaian malam petang jumaat aku. Tak sempat aku tukar kain pelikat yang aku pakai pegi solat jumaat, diorang dah datang. Ingatkan saje2 nak mai melawat. Memandangkan dikalangan rombongan tu ade kenalan akak aku. Dia bawak family skali!. Rupe2nye bapak dia datang dengan niat yang lain, iaitu nak promote Hai-O. Mula2 gelak2, buat2 lawak mesra alam, then, mula la agenda dia. Kuar pasal Hai-O..OK, fine. Hang nak promote, promote la. Aiman kat kampong sebelah tu tak kesah pun. Tapi, bila ekau dah mula kluarkan laptop yang besornye seumpama TV Plasma, sekali dengan external speaker tu, aku dah mula rimas beb. Bisingnye menenggelamkan konsentrasi aku nak tengok cite kat TV1.
Aiyoyo..amma appa alagapas…aku taip ni pon mase diorang tengah closing. Memang sengaja aku kuarkan laptop time ni. Sebab malas nak join skali. Hehe.
Aku tengok cite pon tak pasal2 kene dengar sekali ape yang dia membebel pasal Bio-Aura. Memang betol, nak jual penapis air tu takde masalah. Tapi, tak perlu kot nak ajak sekali geng2 family aku untuk turut terjerebak dengan MLM ni. Ku tak rela dinodai. Huahuahua..
Haa, ekau racun la puas2 dulu. Nanti korang blah, aku racun balik keburukan2 MLM!.Hang ingat, Melayu ni mudah diperbodohkan? Oh tidak sama sekali..haarrghahahaha…
p/s: artikel ini ditaip pada Jumaat, 04 February 2011, 04:45pm. 

Friday, January 28, 2011

Updated!

First of all, thanks to God for giving me the time, space, and field to finishing all my job today. Arrrgghhhh, cakap melayu sudey..Setelah seharian ber-training di YTL, akhirnya ia berakhir jua. Hehe. Mempelajari bagaimana Microwave dipasang from A to Z. Ade la kaitan dengan ape yang aku belajar di universiti dulu. Tapi, siyesly, bukan ingat smua sebab terlalu banyak. InsyaAllah, lepas raya cina ni memang kena banyak belajar tentang wireless. Tadi sempat la jugak panjat2 antena2 di atas bangunan tinggi2. Gua ~gayat~ beb. Nak belajar punye pasal. Kalo nak bandingkan dengan kat Uni, kat industri ni banyak lagi yang kita belum discover. Bidang Wireless memang luas. Lebih2 lagi dunia sekarang ni memang mahukan dunia yang ade "LESS". WireLESS, paperLESS, priceLESS, n so on. That's all about 'unwired' thing. Jangan jadi prayLESS, donateLESS, helpLESS, n hopeLESS sudey..nanti lain pulak jadinye..=P.. Bertuah jugak aku dijodohkan dengan Course Networking yang ade mempelajari pasal WIRELESS di university. So, bagi mereka yang berkelulusan Network, keep on discovering. There's a lot of chance outside. as example, tengok paper hari ni. Klik di bwh:

"Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan". 

Biar betik?! konfom naik harga mkanan2 di restoran. Tapi,why not?? kate nak ke arah negara maju. So, pasang la banyak2 wireless. Mengarut je yang wire2 ni.. Lagi banyak projek wireless, lagi bagus..waakakkakaka(ade makne tu.hehe)

Kjap lagi, around 12tgh mlm, aku balik Tganu.. Yiihhaaaaaa!..wish me a safe trip k..=)

Kerja Kosong..KEMASUKAN SEGERA!!

Salam..
Alhamdulillah, baru lepas pegi site survey rumah sewa di kondo rakyat, pantai dalam. Rumah yang bakal disewa. Akhirnyaa.....Condition rumah yang dikategorikan sebagai "OK" dan menepati citarasa. Bukan untuk mencari kondo/banglo yang grand n luxury sangat kan.. Biase la, bujang ni la mase untuk simpan duit. Untuk mase depan. Hehe.
Pegi pun dah manghrib. Lepas survey2, aku n Zairul, my officemate menunaikan solat Maghrib di surau kat bawah tu. Alhamdulillah, senang access untuk ke surau. Tak ramai ahli, dalam lingkungan 20 orang. Neway, better than nothing kan. Dan, ahli jemaah boleh dikatakan kesemuanya yang berumur. Mana pergi yang muda?remaja?budak2 skolah?pemuda pemudi?Xpe, harap2 sedang berjohad dijalan yang benar. Hehe. Dari jauh lagi kedengaran suara jemaah berhalaqah membaca surah Yasin. Sangat mengasyikkan..Time tu la baru sedar, ya Rabbi, ni malam jumaat, maknenye besok dah jumaat!. 
Balik kampung!!!!!!Tapi, masih banyak perkara nak buat. Besok meeting/training dengan company YTL, pagi sampai petang di Oriental Place. Arrgghhh!
Berbalik pada tajuk, sedang aku berjalan2 dan berlari anak di alam maya, tetiba ternampak la poster ni. Kerja Kosong! Dua perkataan yang agak glemer dikalangan rakyat malaysia dan merupakan keyword yang mempunyai kekerapan yang tinggi di search engine.
Cepat2, terbuka kepada semua.


So, ape tunggu lagi?Hurry and hurry up! kemon guys..its free..Siap ade bonus, elaun lagi tu..Sementara anda masih lagi mampu, selagi itulah kerugian akan berlaku andainya anda tidak mengisi kekosongan jawatan ini. Masih banyak saf-saf yang kosong menanti.
Wallahualam.


p/s: Solatlah anda sebelum anda disolatkan...Renung2kan, dan selamat beramal... =D

Wednesday, January 26, 2011

Gunting lawan Stapler!

Errmmmm....nothing to say..hehe.. Sebenarnye takde pape pun. Entry ni tiada kaitan dengan mane2 mamat yang bernama Gunting mahupun minah yang bernama Stapler. Kebetulan tu je yang aku nampak kat depan mata, then, I shoot them la.. =D
Today is quite tough day. Many things to do and got to finish. At the end, I finish it up before open and sign in for this blogger..yeaahhh! Eyh, sape kat luar2 sana yang nak bagi aku bisnes?cepat2 datang n menyerah diri! Kalo ade yang nak bagi duit, lagi la aku alu2kan. Buat2 muka tak malu je kalo jumpa aku nak bagi duit. hehe. Hidup kat dunia ni, kalo takde duit, susah beb. Sebab tu dari dulu lagi, makcik sebelah umah jiran kakak kepada sedara maksu atuk makteh aku dah cakap, Koje la engko ibarat engko akan idop sojutoo taon lagi. And ibadat la engko seolah2 engko akan idop lagi 1hari. Haa, ni versi Nogori yo. Eden kopi-pes ajo..eh, sodap la pulak cakap nogori ni. The meaning was, kat dunia ni cari la duit banyak2 and ibadat la banyak2.. Harta dan kekayaan harus diseimbangkan dengan bekalan kita di akhirat yerr..Kalo bekalan akhirat tu terlebih2 melimpah ruah, lagi bagus.
K, tu mukaddimah.Sebelum2 ni, memang ramai yang ade sebut2 n bagi cadangan untuk aku buka company sendiri. Tapi, jauh dalam sudut hati ini, bukan tak nak..Tapi semua itu memerlukan pengalaman, info, idea, kabel, n so on. The most important thing is, the relationship with the others. Cari rakan seramai yang boleh. Mane la tau, tengah2 sembang tetiba boleh offer projek. Who knows it right? Tuah ayam nampak dikaki, tapi Tuah manusia, sape tau. Kalo name Hang Tuah tu, boleh la nampak kat Mykad dia kan. 
Kalau la betol2 nak buka  company, what kind of business can i do? Memang la banyak, tapi memerlukan cabaran jugak nak cari bisnes yang high potential and long lasting. So, any suggestion?

p/s: sorry, I kureng berminat MLM.
-its all about money-

Tuesday, January 25, 2011

Cara Makan Yang Kreatif

Sape penah makan guna pen?pembaris?hehe..bukan tu la maksud aku. Tapi yang dimaksudkan adalah makan menggunakan kedua2nya sudu atau kedua2nya garfu. Ade yang penah terkena bila makan kat restoran?sila angkat kaki...
Aku dah penah terkena lerr..masalahnya, kedai yang sama! then, dua hari berturut2. Aduh, apakah nasib yang telah menimpa diri. yang first pegi, order Nasi Goreng Sotong. Bila order sampai, dapat dua2 sudu. OK, tu aku boleh maafkan lagi. Sebab makan nasi,mmg x kesah la sangat kan. Pakai 1 sudu pun boleh. Then, keesokan harinya, pegi lagi sekali kat kedai tu, order nasi goreng kampung+ telur+sup. Sampai2 dia bagi dua2 garfu. Itu memang melampau batas keimanan aku. Nak marah kang, tak boleh. Ape lagi, terus gelak la puas2 dengan member. haha.


Aku rase sumting wrong with the waiter la. Gelabah je...hehe. Tapi, yang mavelesnye kat kedai tu, dia punye Ikan Siakap bakar. Order Siakap 3 rasa/stim/sweet sour..fuuhhhh.. Sampai ke tulang2 ikan tu habis aku baham!..sodap woo..


p/s: esok try Kerapu plk...

Wednesday, January 19, 2011

999: Cemerlang Height Terbakar!!!

Alhamdulillah, baru je selesai menghadiri training untuk ISO Certificate at meeting room, RTSB.  Rase macam hari ni la hari yang paling lama yang penah aku alami. Mengantuk+boring n bermacam-macam lagi la perasaan yang bercampur baur. Baru ku sedar kerumitan dan kelecehan yang terpaksa dialami untuk mendapatkan Sijil ISO ni.
Meh, nak bagi info sedikit pasal ISO. ISO tu bukannye bermaksud International Standardize Organization. Tapi nama sebenar badan ni adalah  International Organization for Standardization..Ia datangnya daripada perkataan "ISO=sama".. So, sila lah membuat pembetulan kepada mereka2 yang telah tersalah anggap sebelum ni yea..=)
Ops, sori..TERintro panjang la pulak.
Berbalik pada tajuk, semalam aku telah menjadi HERO kjap. Nak dijadikan cerita, aku sedang berjalan kaki, dari terminal putra gombak, setelah menghadiri meeting bersama bos2 n company YTL. Sembang punye la sembang, then ade ternampak asap tebal. Mula2 ingatkan orang bakar sampah yang biase2 je. Then, makin lame makin tebal n api pun makin besau. Tak sedap ati dah. Dengan tanpa segan silu, aku amik phone nak call bomba. Yang jadi kelakornye, tetiba otak hang seketika. TAK TAU NO PHONE BOMBA! hahahahaha..ingatkan macam dulu lagi, ade 991,994, n 999. So, konfius la beb. tak tau yang mane satu. Nasib baik ade bos, dia gtau terus kol 999. Berbekalkan hanset yang tak seberapa, dengan konfidential aku kol. Dia terus detect nama aku.


999: Halo..unit kecemasan...
Pemuda: Haa, haloo..Encik, ade kebakaran la..
999: Halo, Cik Shahrul. Boleh bagitau kat mane tu.?
Pemuda:(aik, sejak biler plak aku bekenalan dengan dia ni) Kat Cemerlang Height, Taman Melati area Gombak...Bla..bla...blaaa...
999: Okeh, kita akan hantar team bomba ke sana sekarang.


Sejurus kemudian, terdengar la loceng kecemasan kat Balai Bomba memandangkan balai tu tak jauh dengan tempat kejadian. Tunggu punye la tunggu, dalam 15-20 mnit jugak baru bomba sampai. Ini talak bagus woooo.. Lame tuuu. Kalo rumah, dah boleh hangus tinggal rangka la brader. Nasib baik api tak merebak ke rumah2 "istana" yang kat atas bukit tu sebab dipisahkan dengan sebatang jalan. Kalo tak, hilang jutaan ringgit la..Try jugak naik kat atas tempat bomba tembak air, tapi memang tak boleh bnafas. Udara dipenuhi asap n habuk2 n abu daun yang berterbangan. Oh, cannot go!. I blah dulu meninggalkan cik bomba n polis buat keje dia.
So, alhamdulillah, dapat jadi hero kjap walaupun pulang dengan bau asap kat baju..hahahaha..


p/s: sekarang ni tengah tunggu panggilan daripada goverment. Mane la tau kot2 nak bagi award sekeping tanah yang dah terbakar tu. hehe So, nanti kalo ade sebijik lagi banglo baru naik kat height tu, paham2 je la sape punye yeeeerrr...hahahhahahaa

Monday, January 17, 2011

Terima Kasih Brader

Salam Ceria.(versi katun)
Menceritakan kisah yang menimpa aku pagi tadi, sungguh menyayat hati serta menusuk kalbu. hehe. Dipagi yang hening, aku drive SUPERBIKE ku yang kacak lagi bergaya dengan no plate TAM54*5.. Laju nye mengalahkan Honda CBR 1000cc. Tu kalo dia guna gear 1 la, then aku pakai gear 4. Kalo dia dh naik gear 2, sori brader, I tarik diri. Bukan takut, tapi saje bagi chance kat orang lain pulak nak menang. hehe...
-bukan gambar sebenar-

Kejadian berlaku di highway MRR2, dengan kelajuan 93.5 KM/J, aku memecut untuk pegi ke tempat kerja di Bangsar. Jauh tuu. Dari Gombak ke Bangsar, around 20KM. Jauh la jugak kalo jalan kaki. Hehe.
Tetiba, MOTO MAMPOS beb! aduyai. Tengah syok layan angin pagi, dia buat hal la pulak. Tak penah lagi dalam sejarah hidup moto tu tetiba nak kojol tengah jalan. Dengan perasaan ingin tahu, aku cek minyak, ade. Smua OK..tak sampai 10 saat aku bhenti, ade la mamat moto Lagenda behenti. Then, 3 saat kmudian, ade lagi sbuah. Mase tu, aku rase sangat bertuah dan bangga dengan tempat aku berpijak, iaitu Malaysia!. Sungguh baik hati orang Malaysia. Dan yang lebih membanggakan, orang tu adalah pemuda remaja yang bakal meneraju dunia! A big clap for them. Terlupe pulak nak amik no plate n no phone. Hanya ucapan terimakasih banyak2 dapatku ungkapkan setelah brader tu menunda moto ku sampai ke bengkel. 
thanks again..n again..again..kalo brader takde,  bleh hilang bendalir lutut aku nak tolak moto.
Bro, kalo ade terbace entry aku ni, first of all, thanks so much. Second, sori la x sempat nak bkenalan untuk aku blanje nex time. Haha..ku dah mengagak, seperti APek kedai tu cakap, Coil motoku yang jem..xpe2, take your time untuk repair. Jap lagi aku pegi amik ye wahai tokey. n Trimas to Datuk Asyran coz pick me up. Sori menyusahkan bro..At least ade geng untuk 'karok' dalam kete kan..hahahahaha..
Arigato!
p/s: moral of the story,ringankan tulang untuk tolong orang yang didalam kesusahan.

Tuesday, January 11, 2011

Facebook akan ditutup?

Instinct aku menyatakan perkara ini tak akan berlaku. Tapi, mane la tau kan..MUNGKIN akan ditutup, tapi bukan dalam masa terdekat ni la..maybe couple of years later. Ni pun boleh dikategorikan sebagai satu khabar angin sepoi2 bahasa. Sebab, banyak fakta yang bercanggah. Ada yang menyatakan bulan ni. Ada yang cakap 11 March, 15 march and so on. Konfem ke?  Kalo on paper, aku x bleh caye. berpegang pada prinsip, "dengar boleh, pecaye jangan". Tapi kalo dan name paper tu, tak kan la bleh dengar kn..haha.. Paper/blog/artikel/ect tu sebagai wayang dunia je. Melainkan, bila tokey facebook sendiri(Mark Zuckerberg) yang mengumumkan untuk tutup facebook ni. Bukan untuk menafikan, tapi bagaimana pula dengan pelabur2 saham didalam Facebook tu sendiri? Tak kan nk biarkan rugi kot..In case betol2 dtutup, ramai yanga akan rugi..Wallahualam...


p/s: Add me up on http://myfriends2u.com. Email add:  mrshah53@gmail.com
Haha..saje test power kat site baru..Komen anda ttg social network ni? PAGE LOADING YANG LAMBAT!