Monday, March 16, 2015

Medical Card & Hospital Benefit



Medical Card PruBSN Takaful adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.

Antara kelebihan Medical Card PruBSN Takaful adalah seperti berikut :

Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70 tahun atau 100 tahun yang tinggi
Had seumur hidup bernilai antara RM500,000 hingga RM2,500,000*.
Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
Penjagaan jururawat di rumah
Elaun kemasukan ke wad (maximum RM400/day)
Elaun pembedahan (maximum per operation procedure bermula dari RM2,500 - RM12,500)
Elaun bagi cuti sakit “weekly indemnity” (minimum cuti sakit selama seminggu)
Pembedahan balik hari (Day Surgery)
Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
Rawatan Dialisis buah pinggang
Rawatan Kanser
Jaminan pembaharuan sehingga umur 70 tahun atau 100 tahun
Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
Dan banyak lagii......
* Pakej terbaru daripada Takaful Health2 bermula Oct 2011.
Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat Medical Card.



Perhatian :

Manfaat Medical Card ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :

1- Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation & Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.
Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation
(300 <= ko-takaful :10% <=1000)

Contoh 1 :
Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN bayar selebihnya iaitu RM 1,700

Contoh 2 :
Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.

Contoh 3 :
Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.

Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas. Untuk maklumat lanjut atau penerangan yang lebih jelas, anda boleh hubungi saya di 019-4552664(Shahrul)
2- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.

Nota Penting :
Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas polisi lulus.

Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness) akan bermula 120 hari selepas polisi lulus. Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut :

Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
Diabetes Mellitus
Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
Hernia, buasir atau fistula
Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin
Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sedia wujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan takaful.

Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perlajanan.

Sertai sekarang atau untuk maklumat lanjut hubungi saya 019-4552664(Shahrul)

No comments:

Post a Comment