Monday, August 21, 2017

Jawatan Kosong KL Selangor

Assalamualaikum..

Saya sedang mencari saudara/i yang:
.
(1) Jaga solat 5 waktu
(2) Jaga ibubapa
(3) Jaga hubungan sesama manusia
(4) Rajin bekerja & komited
(5) Berani dan sukakan cabaran
(6) SPM dan ke atas
(7) Dengar kata dan boleh menerima pendapat.
(8) Tidak pentingkan diri sendiri
(9) Visi dan Misi hidup yang jelas
(10) Bersikap positif & sentiasa bersangka baik
(11) Suka menolong orang
(12) Berkorban masa
(13) Ingin berjaya dalam hidup
.
Untuk....
.
Jadi sebahagian daripada Perunding Takaful bersama-sama Shahrul dengan Al Isra' Associates (Prudential BSN Takaful).
.
Kerjanya tak susah tapi jua tak mudah..
Menyampaikan manfaat kepada orang ramai serta hidup sentiasa memberi manfaat kepada orang lain..
.
Kerja kita tolong orang, Inshaa Allah.. ๐Ÿค—
Shahrul masih belum berjaya sepenuhnya, baru di pertengahan puncak yang perlu didaki tapi semuanya tidak akan jadi mustahil..
.
Jadi, Shahrul nak ramai lagi bangsa kita yang berjaya, In shaa Allah.. ๐Ÿค—
Jom, join Prudential bersama Al Isra'. Inshaa Allah Shahrul akan bantu anda dari A-Z..
.
Where there is love❤️, nothing is too much trouble and there is always time⏰
.
Jumpa esok;
Selasa 22 Ogos 2017
8:00malam
Training Room, Prudential Kajang
.
Your Business Partner,
Shahrul Afzam Mohamad,
019-4552664,
Perunding Takaful
Al Isra' Associates
Prudential BSN Takaful
shahrulafzam.blogspot.my
.
#shahmentortakaful
#usahawantakaful
#timefinancialfreedom

Saturday, August 19, 2017

Institut Jantung Negara bukan lagi Hospital Kerajaan

Info terbaru dari Institut Jantung Negara(IJN). Betul, setiap orang perlu ada medikal kad setiap seorang. ๐Ÿ˜Š
Memang betul.

#prubsntakaful

Kalau Diamalkan Anda Akan Terkejut Rezeki Datang Tak Pernah Habis!!




1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah

Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin

Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim

Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:

Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :

Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :

Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :

Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Doa Menjemput Rezeki

Ya ALLAH berikanlah kami Rezeki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….

Jika Rezeki kami ada diLangit maka Turunkanlah.
Jika ada diBumi maka Keluarkanlah.

Jika jauh maka Dekatkanlah.
Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.

YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin.. YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.

Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.

Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH…..

Kemampuan setiap orang beramal adalah berbeza. Saranan saya, kalau tidak mampu beramal semua cuba amalkan satu persatu.

Biar sedikit tetapi istiqamah.

Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemampuan untuk beramal.Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.

Tuesday, August 8, 2017

Magnet Menarik Rezeki


1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah utk kucing2 yg datang..

2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk di sumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.

3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yg memerlukan.

4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.

5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).

6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kepada orang yg duduk & bertuturlah dengan ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.

11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...

12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yg mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah..
Semoga kita dilimpahkan rezeki..Aamiin..

Mampukah kita bersara?

Realitinya, masih ramai di kalangan kita yang belum memulakan sebarang persediaan untuk menempuh persaraan kelak. Kajian telah menunjukkan ramai warga emas di Malaysia tidak mampu untuk bersara. Salah satu langkah yang boleh diambil ialah dengan menyemak semula perlindungan takaful/insurans anda agar mencukupi untuk melindungi pendapatan anda dan mengekalkan gaya hidup semasa apabila anda bersara nanti. Jadi mulakanlah persiapan anda sebelum terlewat. 

#demimasadepan 
#prubsntakaful 
#darikamikepadaanda
#Shahmentortakaful

Sunday, August 6, 2017

Kerjaya Perunding Takaful


Kerjaya sebagai Perunding Takaful membuat saya belajar melihat pelbagai gelagat & kerenah manusia setiap hari.

Kata seseorang yang saya selalu ingat, kita yang ada lesen takaful. Kita adalah #daeitakaful untuk mendidik anak bangsa APA ITU takaful.

Bagaimana kehidupan si isteri & anak-anaknya jika si suami ketua keluarga pergi tanpa meninggalkan apa-apa untuk keluarganya. Masih lagi terkejut kehilangan yang tersayang, kini semua tanggungjawab tergalas dibahu isteri. Bayangkan jika isteri seorang suri rumah. Sudah biasa di rumah menjaga keperluan keluarga tapi kini dikerah mencari rezeki diluar demi meneruskan kehidupan.

Bagaimana pula jika ketua keluarga tak meninggal, tapi hilang upaya bekerja? Sekali lagi nasib isteri & anak-anak jadi pertaruhan.
Bagaimana pula bila berhadapan dengan situasi sakit yang memerlukan kos 50 ribu secepat mungkin untuk operation anak tercinta.

Di sinilah TAKAFUL berfungsi untuk membantu kalian sekeluarga. Jika si suami meninggalkan sesuatu, si isteri mungkin tak perlu bekerja diluar, meneruskan hidup dengan HIBAH TAKAFUL dari arwah suami. Jika hilang upaya ada PAMPASAN HILANG UPAYA TAKAFUL yang diterima untuk dibuat belanja



harian,belanja dapur,duit keperluan sekolah anak dan lain-lain. Sekiranya si ayah ada mengambil TAKAFUL untuk si anak, pasti ada MANFAAT TAKAFUL PENYAKIT KRITIKAL. Pembedahan segera dapat dilakukan dengan manfaat yang diterima dan peluang untuk kembali sihat seperti dulu lebih tinggi dengan izin Allah.

Perunding Takaful pula bukanlah seseorang yang menakutkan. Kami GENY kini lebih terbuka dalam menyebarkan kepada masyarakat tentang TAKAFUL. Kami dengan senang hati akan terangkan tapi jika anda menolak kami tak memaksa.

Ya, benar 6 tahun commission adalah imbuhan panjang kata orang. Namun selepas tahun ke 6 walaupun tiada lagi imbuhan kami masih bersama client-client tersayang & service polisi-polisi mereka seumur hidup kami :). Mungkin10 tahun, 20 tahun atau 30 tahun. Samada client atau kami agen yang pergi dulu. Begitulah ibaratnya.

Langkah Kewangan Yang Perlu Di Ambil Sekarang



Mengambil langkah awal dan perancangan kewangan yang betul memudahkan kita mencapai kestabilan kewangan dan persaraan yang kita impikan. Sampai sekarang jika kita masih belum merancang, inilah masanya untuk bermula. Mula sekarang.

1.Cari jalan selesaikan Hutang

Kita perlu menghadapi persaraan dengan hutang yang sedikit sahaja atau pun zero debt. Bincang dengan pasangan, dan perancang kewangan,dan cari jalan dan strategi untuk lunaskan hutang sebelum bersara. Hutang mengangu masa depan dan masa silam kita. Sebagai pelabur dan pengguna, kita sudah berperang dengan inflasi. Jangan korbankan hari esok semata-mata untuk keseronokan hari ini.

2. Hidupkan semangat Entreprenuer

Sekarang adalah zaman era digital dan bukan lagi zaman industri. Dengan laptop, telefon pintar dan blog/web, sesiapa sahaja dengan pengetahuan dan komited boleh bermula busines tepi dengan modal yang amat minimal. Rujuk atau bertanya dengan mereka yang pernah berjaya lakukan nya. Guna social media untuk berhubung dengan mereka. Saluran seperti Linkedin dan facebook group adalah bagus untuk berkongsi pendapat dan bertanya soalan.

3. Sertai Polisi Takaful Hayat

Polisi Takaful ialah cara paling mampu milik untuk memastikan keluarga anda betul-betul bersedia hadapi sebarang kemungkinan buruk. Sesetengah orang yang baru saja memasuki fasa baru dalam kehidupan memerlukan Takaful Hayat – seperti baru berkahwin atau memperoleh cahaya mata. Ingat makin lama anda menunggu untuk sertai Takaful, semakin mahal premium bulanan.

4. Ambil kesempatan keatas Compounding Interest

Dengan pelaburan, masa ialah duit. Compound interest ialah interest atau dividen yang terhasil dari jumlah prinsipal dan interest. Cari jalan untuk simpan dan melabur secara konsisten untuk ambil kesempatan dan utilized sepenuhnya kuasa compounding interest.

5. Berkawan dengan Penasihat Kewangan

Jika anda belum ada, pertimbangkan untuk ada kenalan penasihat kewangan. Kajian menunjukkan, mereka yang menpunyai perancang kewangan akan bersara 29% lebih kaya dari mereka yang tiada perancang kewangan. Mereka akan membantu menasihati strategi pelaburan yang sesuai dengan keperluan dan kadar risiko anda.

Peluang Kerjaya

Industri Takaful di Negara ini sedang menuju ke kedewasaannya. Dari segi Pemasaran dan jualan, ini bermaksud ianya sedang menuju kearah industri yang sepenuhnya berasaskan perkhidmatan agensi seperti apa yang dialami oleh Negara-negara maju. Untuk itu Negara memerlukan ramai perunding Takaful.



Apakah Potensi Industri Takaful Malaysia?
Sangat baik serta mempunyai ruang yang luas untuk berkembang kerana saiz industri takaful di Malaysia masih kecil 90% masih terbuka pasarannya. Selain dari itu, kadar penyertaan rakyat Malaysia yang semakin tinggi membolehkan ramai yang berkemampuan untuk menyertai skim perlindungan takaful.

Perniagaan adalah merupakan salah satu punca untuk mendapatkan pendapatan sebagaimana sebuah riwayat mengatakan bahawa 9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan.
Pentingnya perniagaan di dalam Islam seperti sabda Rasulullullah SAW iaitu “Pendapatan yang paling baik adalah hasil usaha sendiri dan perniagaan yang bersih.” (Riwayat al-Bazzar). Bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.” (Surah Al-Jumu’ah:10)

10 Sebab Kenapa Anda Patut Berbangga dan Menjadi Perunding Takaful (Usahawan Takaful)

1. 9/10 Sumber Rezeki Adalah Berniaga.Rasulullah SAW menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan. Nah, kalau nak banyak rezeki, carilah ia dalam berniaga.

2. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri (Anda sebagai Pemilik Perniagaan)

3. Masa kerja yang Flexible (Anda tentukan Masa Untuk Bekerja) dan bebas Menentukan Tempat Kerja sendiri).

4. Anda tentukan Pendapatan yang anda mahukan (Unlimited Income)
Maksudnya anda boleh tetapkan matlamat berapakah pendapatan yang anda inginkan sesuai kehendak dan impian anda. Jika bekerja makan gaji, dengan pendapatan hanya RM2,000 pada bulan ini. Dengan usahawan takaful anda boleh mendapat 5@6 angka dalam masa setahun…

5. Boleh memilih pelangan yang anda suka. Anda menentukan dengan siapa anda ingin menjual dengan cara anda sendiri, dimana jua dan jika mereka suka anda, mereka akan memperkenalkan kepada orang lain. Dengan ini anda juga akan mempunyai unlimited demand selagi dunia ini tempat yang penuh dengan risiko.

6. Pendapatan Lumayan dan Pasif Income
Semakin anda tumpukan perhatian dan semakin gigih anda mengusahakan perusahaan anda itu, maka semakin tinggilah potensi pendapatan anda. Anda bekerja untuk jana pendapatan 72 bulan (6 tahun) bermakna seorang pelanggan yang kita dapat, kita akan dapat komisyen 72 bulan … lumayan kan.

7. Modal permulaan yang rendah. Hanya dengan RM80 sahaja (Exam Takaful Basic Exam (TBE) anda boleh memperolehi pendapatan melebihi 5 angka.

8. Berkhidmat untuk Amal Jariah dan Membantu Masyarakat (Tolong Orang).

9.Kebanyakan Orang Kaya Adalah mereka yang tidak berputus asa berusaha.
Adalah sesuatu yang pelik, ramai orang mahu jadi kaya tetapi tidak mahu menempuh jalan yang menyebabkan seseorang itu beroleh kekayaan. Percayalah kekayaan itu lebih mudah jika berusaha.

10. Prudential merupakan syarikat Insuran yang mencatatkan rekod terbaik selama 6 tahun berturut2 dengan mencapai jualan baru melebihi RM1Billion, ditubuhkan pada tahun 1924 di Malaysia dan mempunyai Sistem yang bagus dan boleh dipercayai dan kini menuju perubahan dengan Prudential BSN Takaful (2006) yang patuh syariah.

PELUANG KERJAYA SEBAGAI PERUNDING DI PRUDENTIAL BSN TAKAFUL :

CIRI-CIRI YANG DIPERLUKAN:-
1. MEMPUNYAI IMPIAN YANG TINGGI
2. BERDISIPLIN
3. SUKA BUAT BISNES SENDIRI
4. SUKA BERJUMPA ORANG
5. PENAMPILAN MENARIK DAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
6. BOLEH BEKERJA SENDIRI

FAEDAH YANG AKAN DIPEROLEHI :
1. INCOME YANG LUMAYAN
2. TRIP PELANCONGAN DALAM DAN LUAR NEGARA PERCUMA
3. INSENTIF DAN BONUS YANG BESAR
4. MEREALISASIKAN IMPIAN HIDUP ANDA
5. LATIHAN UNTUK BERJAYA DIBERIKAN
6. STRUKTUR SISTEM UNTUK BERJAYA
7. BANYAK PROGRAM UNTUK TINGKATKAN JUALAN
8. KEMUDAHAN PEJABAT YANG MENARIK


KEPERLUAN UNTUK MENJADI PERUNDING TAKAFUL :-
1. BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS
2. MEMPUNYAI SPM
3. TAKAFUL BASIC EXAM (100 SOALAN OBJEKTIF DALAM TEMPOH 2 JAM – BIMBINGAN MENJAWAB EXAM TBE AKAN DIBERI. (KAMI AKAN BUAT PENDAFTARAN)


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di 0194552664

HealthEnrich+ (Plan Baru Kad Perubatan)

Apabila keadaan menduga, mereka yang dilindungi terus terpelihara.

Satu insiden penyakit kritikal sudah cukup untuk melenyapkan simpanan seumur hidup anda. Akibat kos perubatan yang meningkat sejajar dengan kenaikan berterusan kos sara hidup, anda memerlukan pelan yang mampu melindungi diri anda serta mereka yang anda sayangi daripada kejadian yang tidak diduga dan sekaligus menyempurnakan hidup anda.

HealthEnrich+ (HE+) mampu melindungi kesihatan anda pada setiap peringkat hidup. Direka dengan ciri-ciri baharu dan komprehensif, HE+ memastikan perlindungan optimum untuk keperluan perubatan anda. Anda dan keluarga tersayang tidak perlu lagi bimbang dan lihatlah ke masa hadapan dengan penuh harapan.

Kenapa anda perlu fikirkan tentang penyakit kritikal sekarang?

Di PruBSN, kami menyalurkan segenap usaha untuk membantu anda memahami dan bersedia untuk keperluan masa depan anda. Kami mendapati
bahawa kajian-kajian mengenai penyakit kritikal terarah kepada kesimpulan yang sama – walaupun pemodenan bidang perubatan telah meningkatkan
kadar kelangsungan hidup mereka yang diancam penyakit kritikal, kos rawatan kini mencecah paras tertinggi dan akan terus melonjak. Kami faham bahawa ini sudah cukup untuk memudaratkan anda dan mereka yang anda kasihi. Atas sebab ini, kami menawarkan HE+ untuk anda.

Perkara yang perlu anda tahu mengenai HE+

Apakah HE+?

HE+ adalah satu rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar. HE+ adalah satu rider dan perlu digabungkan dengan salah satu pelan berkaitan pelaburan kami.

Berapakah sumbangan yang perlu dibayar?

Sumbangan yang dibayar adalah berdasarkan umur kemasukan anda.


Apakah pilihan yang disediakan untuk HE+?

Terdapat empat pilihan pelan HE+ dan setiap satunya dicipta khusus untuk gaya hidup anda yang unik.




HE+ Vital

Buat pasangan yang baru membina kehidupan berkeluarga bersama. Pelan HE+ Vital menyediakan perlindungan perubatan yang terpenting agar anda dapat menghabiskan masa berkualiti membesarkan keluarga anda.

HE+ Select

Pengorbanan untuk keluarga anda memerlukan pengorbanan dan perubahan kepada gaya hidup anda. Pelan HE+ Select yang lengkap memastikan perbelanjaan perubatan anda dijaga agar anda mendapat ketenangan fikiran yang diperlukan untuk memenuhi tanggungjawab yang semakin meningkat.

HE+ Advanced

Seseorang yang gigih bekerja seperti anda mungkin mempunyai masa yang terhad untuk meneliti keutamaan hidup anda di masa hadapan. HE+ Advanced adalah pelan ideal yang memberikan perlindungan optimum bagi keperluan kesihatan anda. Tidak perlu lagi mengorbankan kesihatan anda untuk mencapai apa yang anda impikan.

HE+ Premier

Anda telah bekerja keras untuk mencapai kejayaan anda hari ini dan anda layak menerima segala yang terbaik dalam kehidupan termasuk penjagaan kesihatan. HE+ Premier memberikan perlindungan kesihatan menyeluruh dan keistimewaan ekslusif, supaya anda dapat menikmati hidup yang luar biasa tanpa perlu mengabaikan aset anda yang paling berharga.


Jadual manfaat-manfaat HE+




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma atau penerangan mengenai plan ini, boleh hubungi saya di talian 019-4552664 (Shahrul Afzam)

Panduan Memilih Perlindungan Takaful


Memiliki pelan perlindungan hayat untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang dapat membantu anda daripada segi kewangan ketika dalam kesusahan. Waris anda layak menerima sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia. Anda juga boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda. Ini bagi memastikan keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan sementara selepas kematian anda.

Selain itu, jika sesuatu insuran itu mempunyai nilai simpanan, maka ianya menyediakan suatu pelan tabungan tambahan untuk masa hadapan sebagai sumber pendapatan apabila bersara. Juga memberi jaminan dana pendidikan anak-anak.

Kad Perubatan‘ atau ‘Medical Card‘ pula ialah satu manfaat tambahan yang melindungi kos rawatan perubatan swasta yang mungkin mahal, seperti kos kemasukan ke hospital dan pembedahan. Manfaat ini juga memastikan anda tidak perlu bimbang mengenai kos bagi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital pakar swasta kerana segala pembayaran kos rawatan adalah ‘cashless’!

Dalam memilih insuran yang sesuai, anda perlu mempertimbangkan keperluan, keutamaan dan risiko yang mungkin anda tanggung/hadapi di masa akan datang.


Apabila membuat pemilihan polisi, anda harus:
1)Memilih polisi yang sesuai dengan peringkat hidup anda
2)Memahami skop perlindungan yang ditawarkan polisi tersebut
3)Mengetahui apa yang akan terjadi jika anda perlu menukar polisi
4)Memberi maklumat penuh dan tepat di dalam permohonan anda
5)Pastikan premium yang anda mampu bayar dengan keperluan manfaat anda

Majikan anda mungkin telah mengambil pelan berkumpulan di mana premium akan dibayar sama ada oleh anda sendiri atau majikan anda. Anda patut mendapatkan maklumat tentang terma polisi tersebut dan skop perlindungannya. Walaupun anda mempunyai pelan berkumpulan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pelan individu yang mungkin lebih bersesuaian dengan keperluan anda serta untuk menjamin perlindungan insurans sekiranya anda bertukar kerjaya atau sesudah bersara nanti!

11 sebab mengapa anda perlu menyertai takaful



1. Menyediakan dana pendapatan sekiranya anda meninggal dunia.

2. Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya

3. Menyediakan dana persaraan

4. Menyediakan dana pendidikan anak-anak.

5. Menyediakan dana penyakit kritikal.

6. Mengelakkan dari berhutang

7. Melindungi aset

8. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.

9. Melindungi perniagaan

10. Melakukan amal jariah

11. Mengurangkan cukai pendapatan

Lindungilah diri anda. Siapa yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri kalau bukan diri sendiri

Siapa yang perlukan Polisi Takaful Hayat RM1 Juta?


Menentukan Keperluan Takaful Hayat

Selalunya “Rule of Thumbs” 5 ke 10 kali ganda pendapatan tahunan anda adalah jumlah perlindungan yang sesuai, anda juga perlu pastikan perlindungan mengambil kira perkara berikut:

1) Hutang Pinjaman Perumahan dan lain-lain hutang
2) Perbelanjaan Penjagaan Anak-anak dan tangungan dibawah
3) Hutang yg dijamin bersama
4) Kos Rawatan perubatan untuk pasangan yang tidak bekerja
5) Kos pengebumian

Selepas mengambil kira bagaimana keluarga kita mampu menanggung perbelanjaan ini tanpa pendapatan kita, anda akan dapati bahawa perlindungan RM1 Juta adalah cukup untuk menampung perbelanjaan.