FOLLOWERS

Sunday, August 6, 2017

Langkah Kewangan Yang Perlu Di Ambil Sekarang



Mengambil langkah awal dan perancangan kewangan yang betul memudahkan kita mencapai kestabilan kewangan dan persaraan yang kita impikan. Sampai sekarang jika kita masih belum merancang, inilah masanya untuk bermula. Mula sekarang.

1.Cari jalan selesaikan Hutang

Kita perlu menghadapi persaraan dengan hutang yang sedikit sahaja atau pun zero debt. Bincang dengan pasangan, dan perancang kewangan,dan cari jalan dan strategi untuk lunaskan hutang sebelum bersara. Hutang mengangu masa depan dan masa silam kita. Sebagai pelabur dan pengguna, kita sudah berperang dengan inflasi. Jangan korbankan hari esok semata-mata untuk keseronokan hari ini.

2. Hidupkan semangat Entreprenuer

Sekarang adalah zaman era digital dan bukan lagi zaman industri. Dengan laptop, telefon pintar dan blog/web, sesiapa sahaja dengan pengetahuan dan komited boleh bermula busines tepi dengan modal yang amat minimal. Rujuk atau bertanya dengan mereka yang pernah berjaya lakukan nya. Guna social media untuk berhubung dengan mereka. Saluran seperti Linkedin dan facebook group adalah bagus untuk berkongsi pendapat dan bertanya soalan.

3. Sertai Polisi Takaful Hayat

Polisi Takaful ialah cara paling mampu milik untuk memastikan keluarga anda betul-betul bersedia hadapi sebarang kemungkinan buruk. Sesetengah orang yang baru saja memasuki fasa baru dalam kehidupan memerlukan Takaful Hayat – seperti baru berkahwin atau memperoleh cahaya mata. Ingat makin lama anda menunggu untuk sertai Takaful, semakin mahal premium bulanan.

4. Ambil kesempatan keatas Compounding Interest

Dengan pelaburan, masa ialah duit. Compound interest ialah interest atau dividen yang terhasil dari jumlah prinsipal dan interest. Cari jalan untuk simpan dan melabur secara konsisten untuk ambil kesempatan dan utilized sepenuhnya kuasa compounding interest.

5. Berkawan dengan Penasihat Kewangan

Jika anda belum ada, pertimbangkan untuk ada kenalan penasihat kewangan. Kajian menunjukkan, mereka yang menpunyai perancang kewangan akan bersara 29% lebih kaya dari mereka yang tiada perancang kewangan. Mereka akan membantu menasihati strategi pelaburan yang sesuai dengan keperluan dan kadar risiko anda.

No comments:

Post a Comment