Sunday, August 6, 2017

HealthEnrich+ (Plan Baru Kad Perubatan)

Apabila keadaan menduga, mereka yang dilindungi terus terpelihara.

Satu insiden penyakit kritikal sudah cukup untuk melenyapkan simpanan seumur hidup anda. Akibat kos perubatan yang meningkat sejajar dengan kenaikan berterusan kos sara hidup, anda memerlukan pelan yang mampu melindungi diri anda serta mereka yang anda sayangi daripada kejadian yang tidak diduga dan sekaligus menyempurnakan hidup anda.

HealthEnrich+ (HE+) mampu melindungi kesihatan anda pada setiap peringkat hidup. Direka dengan ciri-ciri baharu dan komprehensif, HE+ memastikan perlindungan optimum untuk keperluan perubatan anda. Anda dan keluarga tersayang tidak perlu lagi bimbang dan lihatlah ke masa hadapan dengan penuh harapan.

Kenapa anda perlu fikirkan tentang penyakit kritikal sekarang?

Di PruBSN, kami menyalurkan segenap usaha untuk membantu anda memahami dan bersedia untuk keperluan masa depan anda. Kami mendapati
bahawa kajian-kajian mengenai penyakit kritikal terarah kepada kesimpulan yang sama – walaupun pemodenan bidang perubatan telah meningkatkan
kadar kelangsungan hidup mereka yang diancam penyakit kritikal, kos rawatan kini mencecah paras tertinggi dan akan terus melonjak. Kami faham bahawa ini sudah cukup untuk memudaratkan anda dan mereka yang anda kasihi. Atas sebab ini, kami menawarkan HE+ untuk anda.

Perkara yang perlu anda tahu mengenai HE+

Apakah HE+?

HE+ adalah satu rider perubatan melalui sumbangan berkala yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit luar. HE+ adalah satu rider dan perlu digabungkan dengan salah satu pelan berkaitan pelaburan kami.

Berapakah sumbangan yang perlu dibayar?

Sumbangan yang dibayar adalah berdasarkan umur kemasukan anda.


Apakah pilihan yang disediakan untuk HE+?

Terdapat empat pilihan pelan HE+ dan setiap satunya dicipta khusus untuk gaya hidup anda yang unik.




HE+ Vital

Buat pasangan yang baru membina kehidupan berkeluarga bersama. Pelan HE+ Vital menyediakan perlindungan perubatan yang terpenting agar anda dapat menghabiskan masa berkualiti membesarkan keluarga anda.

HE+ Select

Pengorbanan untuk keluarga anda memerlukan pengorbanan dan perubahan kepada gaya hidup anda. Pelan HE+ Select yang lengkap memastikan perbelanjaan perubatan anda dijaga agar anda mendapat ketenangan fikiran yang diperlukan untuk memenuhi tanggungjawab yang semakin meningkat.

HE+ Advanced

Seseorang yang gigih bekerja seperti anda mungkin mempunyai masa yang terhad untuk meneliti keutamaan hidup anda di masa hadapan. HE+ Advanced adalah pelan ideal yang memberikan perlindungan optimum bagi keperluan kesihatan anda. Tidak perlu lagi mengorbankan kesihatan anda untuk mencapai apa yang anda impikan.

HE+ Premier

Anda telah bekerja keras untuk mencapai kejayaan anda hari ini dan anda layak menerima segala yang terbaik dalam kehidupan termasuk penjagaan kesihatan. HE+ Premier memberikan perlindungan kesihatan menyeluruh dan keistimewaan ekslusif, supaya anda dapat menikmati hidup yang luar biasa tanpa perlu mengabaikan aset anda yang paling berharga.


Jadual manfaat-manfaat HE+




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma atau penerangan mengenai plan ini, boleh hubungi saya di talian 019-4552664 (Shahrul Afzam)

No comments:

Post a Comment