FOLLOWERS

Monday, November 15, 2010

Hari Arafah (9 Zulhijjah bersamaan 16 November 2010)

Assalamualaikum wbth.
Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji pula digalakkan untuk berpuasa pada hari tersebut. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Semakin banyak pahala yang kita buat, semakin banyak yang Allah gandakan. InsyaAllah..=)
Di sini dipetik  sebuah hadis untuk renungan kita bersama.

Hadits Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

 “Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.” [HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah]




AMALAN-AMALAN UTAMA
1) Zikir
2) Berpuasa
3) Melakukan lain-lain amalan sunat seperti membaca Al-quran,solat sunat & sedeqah
4) Menjauhi maksiat
5) Bertakbir
6) Berkorban

Selamat Beramal & Selamat Hari Raya Aidil Adha.

No comments:

Post a Comment