Thursday, November 11, 2010

AC Berniaga secara HARAM??

Memang TTB dah agak berlarutan sehingga beberapa hari, malah boleh cecah berminggu-minggu!. TTB dah ramai lagi anak2 blogger malaysia telah pun mengikuti perkembangan terkini dan saling bertukar maklumat bagi mengukuhkan lagi dakwaan kenyataan mengenai kes penipuan AC Mizal dan konco2nya. 
pegi pasar jual gelang
Hari ni, skali lagi kluar kes mengenai Syarikat AC Konsortium tidak mempunyai lesen perniagaan JUALAN LANGSUNG. Mak aih, dah untung bjuta2, dah makan kenyang2, masih lagi takde lesen? Baik berniaga pasar malam, jual gelang n rantai mainan. Apply lesen berniaga pasar malam sudey. Asalkan lesen berniaga tu ade.
Bawah ni petikan daripada Utusan Malaysia.




Syarikat jualan langsung yang diasaskan oleh seorang selebriti terkenal tanah air dipercayai beroperasi tanpa lesen Akta Jualan Langsung 1993 seperti diwajibkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Syarikat pembekal gelang dan rantai magnetik kesihatan yang telah beroperasi sejak setahun lalu itu seharusnya memohon dan memiliki lesen tersebut berdasarkan konsep perniagaan berbentuk jualan langsung dijalankan.
Bagaimanapun, semakan Utusan Malaysia dalam laman web kementerian itu tidak menemui nama syarikat dalam senarai 'Syarikat Yang Pernah Memohon Lesen Di Bawah Akta Jualan Langsung 1993' sehingga 2 November lalu.
Sumber kementerian itu memberitahu, pihaknya telah memulakan siasatan dan memantau rapi kegiatan syarikat tersebut berikutan aduan orang ramai.
"Kementerian sedang menyiasat syarikat itu yang didapati menjalankan perniagaan berkonsepkan jualan langsung tetapi tidak memiliki lesen diwajibkan.
"Kami sedang mengumpul kesemua aduan disalurkan oleh orang ramai dan siasatan dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Sumber: Utusan Malaysia


p/s: Ekau beronti buek MLM, pehtu jual berger. Lagi Konyang!

2 comments: