Saturday, November 20, 2010

Fitnah Terhadap Permaisuri Siti Aishah Terbongkar

Bismillahirrahmanirrahim...
Memandangkan kini TTB bermastautin di tanah Selangor, rase terpanggil untuk mengambil berat tentang isu2 yang berlaku disini apatah lagi pabila menyentuh isu yang berkaitan dengan kerabat diraja, insan yang patut disanjung tinggi
Pernah menyandang sebagai Raja Permaisuri Agong pada 6 April 1999 - 21 November 2001


Tau kan pasal isu ni?alaa, yang dicanang2kan dan ditimbulkan oleh UncleSeekers, sejak 2 November lepas sehinggalah last entry beliau pada 18 November. Semuanya entry berkenaan dengan isu YAM Permaisuri Siti Aishah yang dikatakan mempunyai hubungan "cinta syhh" yang karut lagi marut untuk tatapan umum. Satu perkara yang jelas ingin mengaibkan Permaisuri dan menjejaskan kredibiliti sesebuah insititusi diraja tanah melayu. (apsal ayat skema sgt ni??)


Pendedahan yang dilakukan oleh hamba Allah tu semuanya berunsur fitnah. TTB pernah dimaklumkan oleh seorang rakan mengenai isu ini beberapa hari lepas, namun tidak mudah bagi TTB tampil kehadapan untuk turut postkan isu ini. Kerana penulisan blog bukan hanya untuk meraih populariti semata2 dengan entry2 yang tidak masuk akal dan murahan. Sebaliknya ia patut disajikan dengan pelbagai fakta mahupun ilmu yang boleh disalurkan kepada orang ramai.

Sejak beberapa hari lepas, TTB mencari fakta sebenar mengenai perkara ini. Satu demi satu info yang diperolehi, sehinggalah TTB berani membuat kesimpulan yang smua yang didedahkan oleh UncleSeekers tu adalah tidak lari daripada untuk memperolehi publisiti murahan. Dakwaan beliau yang mempunyai hubungan dengan YAM permaisuri jelas menimbulkan perasaan tidak senang kepada pelbagai pihak.
Berikut merupakan bukti yang diperolehi daripada kerabat diraja tanah air yang mempunyai hubungan akrab dengan YAM Permaisuri: 


"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA AGONG...INI SEMUA FITNAH,.....SEMENJAK KEMANGKATAN ALMARHUM TUANKU SULTAN...MANTAN PERMAISURI MENGHADAPI TEKANAN PERASAAN DAN MENGHIDAP SEJENIS PENYAKIT MISTERI YANG MEMBUATKAN BELIAU BERTINDAK LUAR KAWALAN SEPERTI BUKAN DIRINYA YANG SEBENAR.....SAYA AKAN PERTAHANKAN BELIAU KERANA ALLAH....K......ERANA SAYA TAHU KEBENARANNYA.....LAKNATULLAH UNCLE SEEKERS"


Berkenaan dengan gambar-gambar yang disiarkan oleh UncleSeekers di dalam blog nya, ini ulasan yang diperolehi: 


"gambar gambar permaisuri semasa ini keadaanya tidak normal..beliau menghadapi tekanan perasaan dan gangguan jiwa semenjak kemangkatan almarhum....anda semua tidak tahu bagaimana susah perit sakit pedih bonda kepada permaisuri yang terpaksa ......mengikut beliau kemana sahaja mengikut kerenahnya yang mnghadapi penyakit misteri....saya pernah saksikan dengan mata kepala saya sendiri bersaksikan ALLH SWT dan malaikat kiri dan kanan....saya saksikan sendiri air mata ibunya mengalir menahan derita yang dirahsiakan selama ini....akibat kesan penyakit ini..permaisuri sering kali bertindak luar batasan yang bukan kehendaknya....KALAU BELIAU SIHAT DAN NORMAL..BELIAU TAKKAN BODOH NAK ROSAKKAN IMEJ BELIAU SEBAGAI MANTAN PERMAISURI AGONG....! CUBA FIKIR?"


Ini adalah komen daripada sumber yang boleh dipercayai. Melihat kepada ayat yang digunakan, jelas menunjukkan insan ini terlalu marah dan kechiwa terhadap apa yang telah berlaku. So, bagi mereka yang telah terjerumus dan tertipu dengan UncleSeekers, balik lah kepangkal jalan.


"Wahai orang-orang Muslim, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa dan janganlah mencari kesalahan orang lain dan janganlah mengumpat sebahagian yang lain, Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha penyayang" (49,12) 


Sebagai penutup, TTB ingin mengimbas kembali penipuan2 yang telah dilakukan oleh UncleSeekers.


Penemuan tapak kaki bigfoot yang terkantoi tipu setelah dikaji sendiri oleh 
 penyelidik luar negara yang dalam gambar tu.

Surat pembongkaran penipuan yang dikeluarkan oleh wartawan sendiri.

Pengakuan oleh Londo berkenaan dengan Penipuan Program SEEKERS di NTV7.

Pernah ditahan kerana menyamar jadi polis.

And for the last but not least, nama yang UncleSeekers gunakan. Nama sebenar adalah Syed Abdullah tanpa Al-Attas (seperti yang tercatit dalam kad pengenalan). Begitu juga dengan bapa (HUSSIEN), TANPA AL-ATTAS. 
Kesimpulannye, nama beliau adalah BUKAN SYED ABDULLAH AL-ATTAS.

Banyak lagi gambar2 dan info2 yang TTB perolehi berkenaan dengan salah laku uncle seekers ni..tp TTB 'hold' dulu demi kesejahteraan ummah..hehe...


p/s: Semoga YAM Pemaisuri sentiasa tabah dalam menghadapi semua dugaan ini..Kepada yang berkenaan, udah2 la menipu....

10 comments:

  1. ye erk?
    tak tahu nak caya ke x..
    tapi xbaik la kan buat camtuh

    ReplyDelete
  2. btol2...mnjatuhkan maruah org je..xtau ape motif sbnr dia..

    ReplyDelete
  3. hurmm..in the first place..betul jugak, kenapa uncle nak buat entry macam tu kalau bukan sbb publisiti murahan atau berniat menjatuhkan? kalau or normal yang btul2 baik, mesti nak jaga nama baik bekas permaisuri kan..

    ReplyDelete
  4. mne ko dpt maklumat ni shahrul? meh share skit~

    ReplyDelete
  5. saya percaya, bila masanya tiba...yang benar akan terlihat..
    pandai2 kita memilah...
    salam..

    ReplyDelete
  6. dah tau dah pasal ni kat sini..nice info..
    semuanye tipu rupenye..ish3 pkcik ni

    ReplyDelete
  7. let the truth reveal itself!! aiit!!

    ReplyDelete
  8. info dari internet je smua...tp kne usaha utk korek sikit,,hehe..btol2...nnti kite tau yg mne benar..insyaAllah..

    ReplyDelete
  9. uncle seeker antar antu kat ko bru tau.haha

    ReplyDelete